Loyal Followers

Tuesday, April 05, 2016

Apa Nak Buat Kalau Kena Saman?

Assalamualaikum.


Nahhh dah tahun 2016, tak pernah tulis apa-apa lagi. Sibuk kerja, tak ada masa nak menulis untuk orang dan diri sendiri. Dah dewasa ni rasa perlu kongsi ilmu dengan orang lain, bukan sekadar menulis kebodohan seperti masa lampau.


Next week aku ada dapat call dari seorang Dato' XYZ dan Datin XYZ, diorang laki bini ni ada buat pinjaman dengan satu institusi kerajaan ni lah untuk company diorg tapi tak buat bayaran, so my client's instruction is to proceed with summon and winding up proceeding untuk dapatkan balik duit tu lah. Bila dah sampai part serve Petisyen Penggulungan Syarikat tu lah baru diorang naik gila sebab company diorang aktif. Lepas si laki nya call, si bini pulak call marah-marah which is aku tak nampak apa reason diorang nak marah aku. Aku serve saman diorang senyap, aku serve notis penghakiman diorang senyap, alih-alih nak gulung syarikat baru nak terjaga dari lamunan. Walaupun berkali-kali diorang tegaskan yang diorang ni Dato' dan Datin, tak sedikit pun aku heran.


Korang yang agak-agak berhutang tak bayar, akan disaman dan telah disaman tu, kalau terima apa-apa surat saman dari pejabat peguam atau mahkamah, sila lah jangan buat diam. Pertama sekali kalau dapat surat tu, seeloknya call dulu pejabat peguam tu bercakap dengan person-in-charge (bagi reference no file dalam surat) dan tanya ni proceeding apa? hutang apa? apa yang korang perlu buat? Jangan terus hadir ke Mahkamah pada sekian-sekian tarikh, takut nanti peguam dah masukkan penghakiman ingkar kalau korang tak masukkan Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari selepas terima surat saman. Aku nak terangkan pun takut tak faham, tapi MAIN POINT nya ialah dapat surat saman terus call peguam tersebut, FAHAM? Jangan jadi macam Dato' Datin yang bodoh sombong ni, dapat surat saman senyap pastu nak maki-maki orang apa cerita? Ntah-ntah kau Dato' beli mana aku tau!


Ok sambungan, bila dah call peguam tu normally diorang akan suruh korang pergi jumpa dengan officer in charge, kalau korang pinjam bank, kena pegi jumpa bank officer tu lah untuk bincang pasal settlement atau debt restructure. Pada hari Pengurusan Kes tu korang kena datang Mahkamah untuk inform Mahkamah yang korang mampu bayar berapa kalau nak bayar, kalau tak nak bayar pulak kenapa? ada defence korang? nak lawan boleh appoint peguam untuk represent korang. 


Apa jadi kalau korang senyap diam sunyi tak respon pada surat saman tu? Disebabkan korang tak respon atau hadir ke Mahkamah pada Pengurusan Kes tu, peguam Plaintif (orang yang saman korang) akan rekodkan Penghakiman Ingkar terhadap korang lah untu jumlah tuntutan termasuk 5% interest dan cost which you'll have to pay at the end of the day. Normally bila dah dapat Penghakiman Ingkar tu diorang akan serve Notis Penghakiman kepada korang untuk menuntut bayaran seperti dalam Penghakiman tu lah. Kalau korang diam lagi kali ni, diorang boleh proceed dengan tindakan pelaksanaan penghakiman seperti kebankrapan, penggulungan syarikat, penyitaan dan penjualan, saman penghutang penghakiman dan macam-macam lagi. So aku terangkan serba sedikit pasal tindakan-tindakan ini dan kesannya pada korang.


Kebankrapan: Tindakan kebankrapan ni biasanya kalau hutang korang lebih dari RM30,000.00 dan hanya untuk individu sahaja. Bukan terhadap peminjam sahaja, penjamin pun boleh bankrap sama. Jadi hati-hati lah kalau nak menjamin orang nak beli kereta ke nak buat pinjaman ke apa, kena selalu monitor diorang bayar ke tak pinjaman diorang ni, banyak kes yang penjamin ingat peminjam tu bayar, alih-alih terus dapat Notis Bankrap, yang paling worst sedar diri dah Bankrup bila bank account semua kena freeze. Apa jadi kalau kita dihukum Bankrup? Semua akaun bank akan dibekukan, tak boleh keluar duit tak boleh masuk duit. Semua property atas nama si Bankrup tidak boleh dijual, dan si Bankrup juga tidak boleh membeli property lain. Jadilah hidup tergantung.


Penggulungan Syarikat: Tindakan Penggulungan Syarikat ni biasanya kalau hutang syarikat tu lebih dari RM500.00 sahaja. Jadi berjaga-jaga lah yer, kalau company korang hutang dengan sesiapa, jangan sampai diorang keluarkan Notis 218 dan Petisyen Penggulungan, kalau bank jenis alert ni masa tu diorang dah freeze akaun dah. Tindakan terhadap syarikat tak akan affect Director atas dasar company dan Director adalah separate legal entity kecuali Director tu jamin pinjaman syarikat, then akan heret Director sekali. Ini lah yang terjadi pada Dato' dan Datin tersebut.


Penyitaan dan Penjualan (WSS): Tindakan Penyitaan dan Penjualan ni tak kisah la amount hutang korang berapa. Biasanya WSS ni akan dibuat di premis atau kediaman korang lah. Peguam akan hadir dengan Bailif Mahkamah untuk sita barang-barang dalam rumah korang then akan bagi masa 14 hari untuk penyelesaian, kalau tak settle jugak baru Mahkamah akan proceed dengan Lelongan Awam yang mana barang-barang korang tu akan dilelong tang tu jugak. So kalau tak nak malu dengan jiran, bayar hutang.


Saman Penghutang Penghakiman (JDS): Tindakan JDS ni adalah satu saman dikeluarkan untuk korang hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk disoal siasat oleh Mahkamah kenapa korang tak bayar hutang? Berapa income korang sebulan? Berapa expenses korang sebulan? dan lebihan duit setiap bulan tu lah Mahkamah akan perintahkan korang bayar kepada Plaintif setiap bulan. Terpulanglah RM100 ke RM150 ke RM200 ke setakat kemampuan koranglah. What if kalau korang tak datang Mahkamah? Yaaa satu waran tangkap akan dikeluarkan untuk heret korang ke Mahkamah lerr. Time ni lah sedih dgr luahan hati penghutang marhean yang tak dapat bayar hutang sebab tak de kerja lah, anak sakit lah, baru bercerai lah, dan mcm-mcm lagi.


OK SEKARANG AKU NAK KORANG FAHAM YANG TU JELAH DULU, NANTI CERITA LAIN PULAK. KESIMPULANNYA, KALAU BERHUTANG KENA BAYAR, JANGAN KORANG INGAT KALAU SENYAP HUTANG BOLEH SETTLE, TAK MAMPU? BOLEH BAYAR SIKIT-SIKIT.


Semoga membantu.


Kbye.