Loyal Followers

Tuesday, June 16, 2015

Travel, for working purpose!

Assalamualaikum.


Standard, masa interview employer akan tanya 'are you willing to travel?' dan dengan terpaksanya kau akan jawab 'yeah why not?' walaupun dalam hati, 'cisss! nak campak aku ke mana pulak ni?' tak pun 'bestnya travel, aku tak kesah lagipun bujang lagi'.


YEAH! It's a reality babe.


Setelah kau setuju untuk travel, para employer pun beratur berebut berperang lah nak offer kau kerja dan bila kau dah kerja, they'll be like,

'eh lupa la hari ni ada case management la kt court Shah Alam, lupa enter diary, boleh pegi sekarang tak?'

'esok pegi court Temerloh eh, ada hearing'

'lusa pegi sabak bernam eh, ada execution wss'

'tulat pegi Kuantan eh, ada creditors' meeting'

'bla bla bla bla bla sampai seminggu'


Yer babe memang best travel, dapat claim mileage, dapat kenal tempat orang, dapat makan best best as recommended, tapi kalau dah setiap minggu kena travel, kau rase? Kalau travel dengan flight tak ape weh, kurang kurang kau boleh rehat sementara boyfriend kau bawak flight, ini drive sendiri wehh. diulangi, drive sendiri. 


Tidak dinafikan di awal awal kerja tu memang syok ah bos suruh gi situ gi sini. sekarang? kalau boleh aku nak suruh lawyer lain MOB (Mention On Behalf) je semua, dah malas nak gerak jauh jauh. Memang dapat claim wehh, tapi macam tak berbaloi dengan penat kau drive, dengan kau keluar ofis kerja atas meja tak surut-surut. 


Okey la, sekarang tak pe lagi sebab bujang, nak suruh pegi mana, ada kes kat mana sekalipun aku boleh pegi. Tapi kalau lah dah kawen pun macam ni gayanya, boleh kena cerai aku ni. hahahahaha. Tu je nak cakap, mula mula syok, tapi bila dah lama-lama jadi bosan. Buat masa ni kalau outstation kena travel ke Langkawi ke Penang ke Perhentian ke siap cuti 2 hari aku masih terbuka hati lagi. HAHAHA


K bye!


Love.
NANA


No comments:

Post a Comment