Loyal Followers

Thursday, June 04, 2015

Selepas 2 Tahun

Assalamualaikum!


Heyya People! Kinda miss blogging so much. 


Dah bertahun tinggal dunia blogging-an ni, dah tak ada skill menulis dah ni haa. Dulu boleh la masa belajar banyak masa, nak exam masuk blog, nak balik kampung masuk blog, nak keluar makan masuk blog, putus cinta masuk blog, macam haremmm dah tak ada kerja lain. Tengah duk scroll down post-post yang lama tu, rasa macam Subhanallah, aku ke yang tulis ni? sikit lagi nak muntah bila baca balik. Hahaha but well, itulah perjalanan hidup namanya. Tak gitu? hah! cover malu lettew!


Okey, back to reality! Dalam masa 2 tahun tak menulis ni rasanya banyak dah berubah, cuma kurus je belom wakakaka! Okey itu cerita lain. Ni nak cakap dulu stop menulis lepas habis belajar then sekarang berazam nak start menulis balik (harap istiqomah) sebab dah kerja. I admit that within time yang habis belajar dan sekarang memang 'hectic life like there's no tomorrow'! Habis je belajar terus balik kampung tanpa berlengah lagi, then dalam masa seminggu start practical, kalau tak silap bulan puasa masa tu tahun 2013. Then dah submit report semua, rehat 2-3 hari kat rumah lepas raya terus cari firma guaman untuk buat Latihan Dalam Kamar (Chambering). Chambering ni satu stage yang korang kena lalui yang mana korang kena kerja selama 9 bulan di firma guaman and have to sit for ethic exam in order for you to be admitted to the BAR as an Advocate & Solicitor. paham tak ni? senang cerita kalau nak jadi lawyer kena buat chambering 9 bulan dulu, kalau tak, tak boleh jadi lawyer. hah faham? ok dah habis disitu.


Chambering stage is where law students can gain knowledge through legal practice. Serious wehhh masa chambering lah segala-galanya kau nak belajar. Rasa macam apa benda aku belajar setahun asasi undang-undang, empat tahun degree undang-undang ni? As for me, memang beruntung sebab masa chambering dapat firm best, staff peramah dan bos/master yang nak mengajar. Ini firm kecik, so I don't expect high allowance from them, as long as they're willing to teach me, then it should be good enough. Malas la nak cerita pasal kawan-kawan yang dapat firm besar bayar tinggi tapi x dapat belajar banyak, dapat firm best bos pulak problem, dapat bos baik staff pulak problem, dapat firm okey, staff okey tapi bos x harap pegi court, macam-macam. But semua tu rezeki masing-masing. I guess I completed my chambering smoothly, passed 3 Bar Council exams in one sit and have to re-sit for ethics exam (they said it's very common for pupil to re-sit ethics exam, so I didn't consider myself stupid) LoL!


Okey dah habis chambering, filing papers, bla bla bla tiba lah masa nak Long Call (long call ni macam majlis penerimaan masuk Peguambela & Peguamcara) jangan tanya kenapa ia dipanggil Long Call. 12 September 2014 akhirnya seorang Nik Nur Imana telah pun diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara. Up gambar skit!



Bukan lawyer KL lah kau kalau tak pernah ambik gambar kat tangga KL Court Jalan Duta nihhh


A must captured moment!

Selepas daripada itu, jadilah daku seorang lawyer marhaen yang mencari rezeki di Kuala Lumpur. Luckily my previous bos masa chambering dulu offer kerja terus kat firm dia, so here I am! Ingat kerja lawyer best ke? Nama jela lawyer tapi sebenarnya kuli client, yang buat litigation ni okey lah lagi, yang buat conveyancing tu kesian kalau dapat client yang nak cepat je tahu, hari-hari call duk tanya update fail dia macam dia bayar servis lawyer beratus ribu, end up bila time nak bayar mintak diskaun. MALU! eh emo pulak, padahal buat litigation, tumpang emo dengar cerita member.


Lagi 6 hari dah nak masuk umur 25 tahun, jadinya ini sahajalah pencapaian sepanjang tahun. Boleh la dibanggakan daripada tak ada langsung. Masih orang yang sama, perangai yang sama, dan masih pakai viva. Itu sahaja. K bye!


Love,
NANA






No comments:

Post a Comment