Loyal Followers

Friday, June 12, 2015

Happy 25th Birthday Nana!

Assalamualaikum.



Dushhh! 10 Jun 2015 dah masuk hayat ke 25 tahun uolsss. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan kerja dan hidup, dikurniakan keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yang memahami dan boyfriend yang penyayang.


Dulu-dulu memang tak pernah ada pengalaman pun sambut birthday ni, maybe sebab keluarga memang tak amalkan celebrate birthday beli kek tiup lilin nyanyi lagu bla bla bla tuh semua tapi sejak sejak dah ada boyfriend ni la kira special skit nye haa. Kalau dulu orang tak ingat birthday kita pun lantak la tak sentap pun, sekarang ni pun sama jugak tapi not applicable to boyfriend. Kalau tak ingat lah birthday aku memang sentap dua belas bulan!


HAHAHA!


Nak dijadikan ceritanya, setiap tahun dalam beberapa tahun ni lah, boyfriend forever memang akan celebrate birthday aku, dan yang pasti tahun ni masih menggunakan taktik yang sama iaitu buka bonet kereta. Hahahaha cliche! Paling best sekali bila dia belikan tiramisu yang sama dengan kek tahun lepas, sedap wooo!


"Sorry lah takde hadiah, kek ni je mampu."

"Alah xpe la tak kesah pun." - padahal dalam hati elehhh tipu xkan xde hadiah kot hahaha

"Hahaha kalau nak hadiah pegi la bukak bonet kereta."

"Yeay!"


Nampak? 


Quarter Century Crisis

Bukak bonet kereta nampak ada beg pink dan bungkusan hadiah berbalut rapi. Gembira sambil dalam hati berkata 'beg lagi? perli ke?' hahaha ini benar kerana 2 minggu sebelum tu baru lepas dia belanja beg hitam tu takkan bagi beg lagi.


Add caption

Terima kasih Ya Allah memberikan aku bff yang memahami kehendak jiwa raga ku! hahaha terkejut bukak kotak dapat make up set, Estee Lauder pulak tu, selama ni kita pakai barang silky girl beli 1 percuma 1 tu je haaa. Ni dah ajar beli yang branded ni kang dah habis kena beli lagi la yer dak?




Sebenarnya bagi make up set ni adalah sindiran secara halus yang nak mengatakan bahawa 'selama ini daku selekeh!' ya fahammm. Nak belajar make up lah ni, jangan bising-bising.


Muhammad Iqbal, terima kasih. you know me well.

Ma, Abah & keluarga, terima kasih.

Kawan-kawan di dunia realiti & alam maya, terima kasih.

Ya Allah, terima kasih.

Aku happy! :)


Love,
NANA

No comments:

Post a Comment