Loyal Followers

Wednesday, March 06, 2013

March bulan sedih!


assalamualaikum.



# sebelum apa-apa, aku nak ingatkan entry aku ni bukan cerpen atau pun penulisan kreatif, aku tulis apa yang aku rasa nak tulis je.



pagi ahad lepas, aku dapat dua berita buruk. pertama dapat mesej dari ma cakap motor adik lelaki aku, faiz, kena curi kat depan tangga rumah dan berita kedua nenek aku masuk hospital. terkejut tak usah cakap, serabut memang tak boleh elak. aku jenis manusia yang bila dah jadi sesuatu, aku akan mula berfikir macamana boleh jadi? apa perasaan orang? itu semua duk bermain dalam fikiran aku selama beberapa hari yang membuatkan makan entah kemana dan tak boleh tidur, akhirnya aku gastrik dan sakit kepala. percaya atau tidak memang begitulah kesannya kalau aku susah hati.



sedih tu memang, tapi aku lebih kepada ralat sebab adik aku memang sayang sangat motor dia. motor Yamaha 125ZR biru tu baru dua bulan beli, abah aku hadiahkan sempena adik aku habis diploma. Abah pernah cakap dulu, dia memang dah berjanji akan beli motor untuk abg ngah bila dah habis belajar sebab dia rajin tolong abah & ma, mintak tolong apa pun tak pernah di bantah. sekarang dia tengah praktikal, bila abah belikan motor baru, dia memang jaga betul-betul, tiap-tiap hari lepas balik dari kerja memang dia akan polish, basuh tak usah cakap, selang 2-3 hari je dia basuh, motor cantik berkilat. aku? selagi kereta nampak lagi cat asal aku memang tak akan basuh. begitu lah cermat dan sayangnya dia pada motor tu. lock tak usah cakap, ada 2-3 jenis lock kt motor dia, kat bawah porch rumah aku tu ada 3 biji motor lain yang lingkung motor adik aku tu, then kt sebelah ada kereta abah. tapi pencuri sial tu boleh angkat semua motor-motor tu ketepi dan angkat motor adik aku keluar then dia ketuk buang lock kt breakdisc. begitu celaka lahanatnya si pencuri tu. bangun pagi esok tengok motor dah tak ada. kesian abg ngah, puas dia cari motor dia, duk termenung. ma cakap, sehari tu puas ajak makan tapi tak nak. abah suruh amik cuti tapi dia cakap tak pe lah, dia boleh kerja. itu adik aku boleh tenang, kalau aku rasanya pecah rumah tu aku menangis. aku memang sakit hati, kalau pencuri tu buat duit dengan mencuri motor adik aku tu, aku tak akan halalkan sesen pun, aku sumpah pencuri tu jadi sial 7 keturunan, biar pencuri-pencuri tu mati accident atas jalan.



orang nak buat apa-apa kat aku, orang nak sakitkan hati aku, tak pa aku tak kisah tapi satu pantang aku, jangan usik ma abah dan adik-beradik aku. kalau ada orang buat diorang susah hati, sampai orang tu jadi mayat pun aku cari lagi. aku memang sakit hati, ni sebab aku jauh, kalau masa tu aku ada kat rumah aku memang dah ikhtiar sehabis daya. aku redha kalau ditakdirkan tak ada rezeki, tapi sekurang-kurangnya boleh ikhtiar. aku bukan sedih sebab motor hilang, aku cuma sedih bila fikirkan yang adik aku akan susah hati sebab dia sayang motor tu. aku tak suka bila tahu adik-adik aku susah hati. kalau lah sekarang ni aku dah kerja, dah ada duit sendiri memang aku belikan motor baru untuk dia. aku akan buat apa je asalkan boleh baik seperti sediakala. aku tak tahu la kenapa dengan aku, aku memang rasa dalam family, aku dengan abah yang kena jaga ma dan adik-adik, sebab tu aku tak boleh tengok diorang susah hati. aku bukan over-protective, aku buat macam tu sebab aku sayang.



abah pun kesian jugak, dah la ahad tu first day dia kerja kat Kota Bharu selepas lebih kurang 8 bulan berkhidmat di Putrajaya, mak dia pulak sakit, motor anak pulak kena curi. kesian abah, mesti dia susah hati. aku tahu perasaan abah sebab apa-apa pun abah akan cerita dekat aku je. ingat lagi, abah selalu cerita apa yang dia rasa kat dalam kereta masa aku nak hantar abah naik bas balik ke Putrajaya. abah cakap dia boleh bercerita pada aku sebab aku je yang boleh tolong dia jaga keluarga sebab aku anak sulung, dia selalu pesan apa yang dia cerita jangan bgtau ma dan adik-adik yang lain. "long, abah ketua keluarga, apa-apa pun jadi orang tak boleh tengok abah sedih. abah selalu berat hati nak tinggal ma & adik-adik awak tapi nak buat macamana, nak cari rezeki. kalau abah teringatkan isteri dan anak-anak, hanya pada Allah saja tempat abah bercerita." aku ingat lagi abah cakap ni masa dalam kereta, sebak tapi aku boleh tahan lagi, bila dah hantar abah naik bas terus berjurai-jurai air mata sampai la ke rumah. aku ingat aku ni dah keras hati, tapi bila pasal hal-hal keluarga ni aku memang tak boleh tahan, kalah. hari tu terbaca status update abah di facebook, sedih lagi. aku rasa semester last aku ni memang semester sedih.






adikku abg ngah, bersabarlah menerima ujian Allah SWT. walau sebagaimana sayang pun kita pada sesuatu, jika ditakdirkan kita tiada rezeki, kita kena redha. mungkin Allah SWT tarik rezeki ini untuk digantikan dengan rezeki yang lebih besar dalam bentuk lain, tak siapa tahu. ingatlah bahawasanya Allah SWT tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang hambanya tidak mampu. kak long janji bila dah ada duit skit, nanti kak long gantikan dengan benda lain, tidaklah semahal motor tu tapi insyaallah boleh mengembirakan.


ma, terima kasih sebab menjaga kami adik-beradik dan sentiasa berada bersama-sama kami tak kira susah dan senang. terima kasih selalu masakkan makanan yang sedap-sedap. kak long janji nanti bila dah kerja, ma tak payah nak fikir seratus kali untuk beli blouse & tudung.




abah, long rasa kagum dengan abah, walau kerja berjauhan dengan keluarga, walau isteri kurang sihat, walau setiap minggu berulang alik dari putrajaya ke tanah merah, walau anak-anak perempuan suka mintak duit, walau anak-anak lelaki suka habiskan duit beli barang motor, walau banyak ujian, abah tetap cool & steady. tahniah atas kenaikan pangkat dan dapat kembali berkhidmat di Kelantan. kak long bangga dengan abah, walau dah berumur, walau banyak halangan, tetap berjaya menamatkan pengajian dan berkhidmat dengan cemerlang.




datukku Raja Man Raja Abdullah dan nenek-nenekku Selamah Chik & Mek Som Awang Teh, nana doakan tok ayah, mek dan mok cepat sembuh seperti sediakala. maaf banyak-banyak nana tak dapat balik menjenguk dan menjaga kalian semua masa masuk hospital. ikutkan hati nak je balik kampung tapi tak boleh. kita jumpa bulan April nanti.





adik-adikku, mimi, ayuk dan caca, belajar la bersungguh-sungguh. duit makan pakai semua abah & ma dah sediakan. dengarlah cakap mereka dan semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. kak long sayang korang semua, walaupun selalu berleter, itu dah biasa.




Muhammad Iqbal, terima kasih kerana menjadi pendengar setia, terima kasih atas doa-doa, terima kasih untuk hadiah-hadiah, terima kasih untuk segalanya. 



dan aku sekarang dah masuk pusingan terakhir di law school, doakan aku dan kawan-kawan berjaya. okey dah pukul 5.00 pagi. byeeeeee!



xoxo,