Loyal Followers

Friday, January 04, 2013

travel


assalamualaikum.



macam syok je tengok member-member yang fly oversea duk buat posting and upload gambar pi melancong kat london la, new york la, paris la, casablanca la bla bla bla. ada jugak terfikir, banyak sangat ke MARA ngan JPA bagi kat diorang ni sampai boleh gi melancong sakan? wallahualam sebab ai tak pernah merasa duit scholarship dari government, dah kita ni kurang pandai macam orang lain, belajar pun kat local university je, siapa la nak bagi. sobs sobs sobs. tapi insyaallah kalau ada peluang untuk buat master kat oversea, who knows kan? heeee mudah-mudahan ada rezeki di situ walaupun tak pernah mengharap.


bercakap pasal melancong, actually ai ada minat untuk travel pegi tempat-tempat yang cantik, yang ada bahan sejarah, yang kita boleh amik gambar, yang orang-orang nya unik, tapi biasa lah kan orang kurang duit macam ai ni memang tak pernah berkesempatan la nak buat tu semua. usahakan nak travel pergi oversea, dalam Malaysia pun belum tentu boleh pegi lagi. one more thing, nak amik gambar pun pakai camera handset je, tu pun camera bb tu yang kejap elok kejap meragam. xpe xpe, tu sebab kena belajar sungguh-sungguh, nanti bila dah kerja, dah ada duit sendiri, boleh la nak buat apa kita suka. hehehe. sekarang tak boleh la macam tu, buat mewah sekarang, hujung semester makan daun tepi jalan. HAHAHA


bila dipikir-pikirkan balik, menyesalnya dulu masa kat mrsm tak belajar sungguh-sungguh, kalau tak sekarang dah boleh merasa pengalaman study kat oversea. bukan lah nak mengagungkan universiti luar negara, tapi saja nak cari pengalaman. rasanya ai tak de la bodoh sangat tapi malas. HAHAHA dah ada platform baekkk punya tapi sia-siakan peluang, mungkin masa tu tak nampak masa depan lagi kot. tapi ai percaya, setiap apa yang Allah SWT takdirkan untuk kita pasti akan ada hikmahnya. mana tahu walapun tak dapat study abroad tapi dapat keje kat sana, kan? alahai tingginya angan-angan, kang jatuh sakit pulak. heee


insyaallah, ai akan usahakan dengan apa cara pun untuk at least sekali dalam hidup untuk merasa pengalaman tu. ai nak travel sorang-sorang, pergi tempat yang ai tak pernah pergi, cuba cari duit dengan apa sahaja kepakaran yang ai ada, dengan orang sekeliling yang tak pernah ai kenal, melihat dan menghargai apa yang telah Allah SWT ciptakan untuk para manusia. wahhhh gitew! HAHAHA. tapi ai serius ni, tolong la percaya. heee


and one more thing, tolong la percaya bahawasanya esok ai ada exam, paper criminal procedure 1 and seriously tak hafal lagi. ngeh ngeh ngeh. nampak tak kenapa Allah dah tentukan ai tak boleh buat medic? sebab ni lah, esok nak final exam malam ni boleh post entry lagi. chill babe, it's a kind of release :P


babe, doakan ai for another 3 remaining papers!
see you when i see you.
kbye.



Wednesday, January 02, 2013

happy new year!


assalamualaikum.



happy new year 2013! *boommm*banggg*dunggg*danggg* maap ler tak boleh pasang bunga api dalam ni, kang letop netbook ai, ni je yg ada, ekekeke :P




even dah masuk tahun baru pun tak de ape sangat sbb this year 1st Jan 2013 kitorang kena sit our 3rd paper, sebab tu kot tak de feel sangat. ape je kita nak celebrate? tahun baru bermakna umur dah meningkat. nak celebrate sebab umur dah 23? haaa tak la kot nye.


typical question for new year, "apa azam tahun baru?" ahaaa seingat ai dari dulu tak pernah ada azam tahun baru sebabnya nak hidup dengan apa yang Allah SWT atur je, kalau dapat tu dapat lah, kalau tak dapat nak buat macammana, cuba lagi tahun depan. bunyi macam tak de usaha, tapi betul la kan, bila kita dah buat part kita, selebihnya serah la pada Allah SWT tentukan. apa guna banyak berazam kalau satu pun tak tercapai. kan? katakan lah azam tahun ni nak graduate on time, itu bukan azam la kot sebenarnya, dah memang kalau xde halangan akan graduate this year. gagaga ape ntah ai merepek ni.


ada jugak tengok kt twitter, kawan-kawan duk cakap pasal azam tahun baru ni diorang nak kahwin & nak ada anak. tapi terfikir la jugak kalau bulan Mac tak kawen lagi mana sempat nak ada anak dalam tahun ni, klu sempat pun ngam ngam jela. HAHAHA ok selingan je tu, lawak hambar. 


ok lah, apa-apa pun azam korang harapnya biar lah realistik sikit, kalau dah berazam, kena lah usaha lebih, jangan bila masuk tahun 2014 nak convert azam ke tahun depan pulak. 


remaining papers are on 5th, 8th & 9th January, lepas tu boleh hooreyy hooreyyy! and it means another 1 semester to remember, kita doakan sama-sama berjaya eh? :)


thank you, you guys made my 2012 worth!