Loyal Followers

Tuesday, June 11, 2013

happy birthday nana!

assalamualaikum!


pagi tadi bangun tido, rasa macam semalam ada mimpi something, tapi dah lupa apa. then cubit pipi, betul ke aku dah umur 23? yessss! hari ni umur aku 23 tahun 1 hari. hehehe semalam tak sempat nak sedar diri sebab sibuk exam evidence yg macam ppftttttt tuh! puiii!



terima kasih kepada kawan-kawan, boyfriend, cikgu yg wish birthday semalam tak kira la face-to-face, call, di facebook, sms, mms, twitter, whatsapp, bbm xde sbb miskin tak topup BIS. tak sempat lagi nak reply kat facebook tu haa, sibuk nak exam. sobss sobss. terima kasih atas segala doa dan ingatan dari kalian, semoga kita terus berjaya, dipermudahkan jalan di dunia dan di akhirat. ameen.



#Pagi tadi terkejut dapat mesej birthday dari Pn. Haslinda. heee
#Muhammad Iqbal masih mengekalkan kejuaraannya menjadi org pertama wish birthday
#Abah wish birthday kat facebook "happy birthday imana!" - so awkward. hahaha





kbye!



Tuesday, June 04, 2013

last law school final exam ever!


assalamualaikum.


jangan tanya aku kenapa aku dah lama tak blogging. kalau cakap aku sibuk kang tak percaya pulakkk! tapi serius walaupun tak sibuk sangat tapi sebenarnya sibuk dengan final year. siapa yang dah penah lalu final year diorang akan tahu macammana sibuk. bg yang ada fyp, sibuklah dgn fyp korang, bg yang ada thesis bagai tu, sibuklah dgn thesis diorang, aku sibuk dengan apa tak tau, tapi yg aku tahu aku sibuk.


sebelum sebelum ni sibuk dengan kelas ganti dan kelas tambahan mcm budak sekolah tu sebab lecturer semua sayang kitorang dan tak nak bg kitorang semua ketinggalan dalam pelajaran, SPM sangattt. but yeah sekarang dah start final exam. MUAHAHAHAA the last law schol final exam everrr! Insya Allah.


hey esok exam civil procedure II tapi sekarang aku tengah update blog yg last entrynya bulan March lepas. whattheheck!!!


Jurisprudence II   -------------------->  3 Jun 2013
Civil Procedure II   ------------------>  5 Jun 2013
Probate & Succession   --------------> 9 Jun 2013
Law of Evidence II   -----------------> 10 Jun 2013
Criminal Procedure II  --------------> 13 Jun 2013



13 Jun 2013 habisss degree YEHAAAAA!!!




Wednesday, March 06, 2013

March bulan sedih!


assalamualaikum.



# sebelum apa-apa, aku nak ingatkan entry aku ni bukan cerpen atau pun penulisan kreatif, aku tulis apa yang aku rasa nak tulis je.



pagi ahad lepas, aku dapat dua berita buruk. pertama dapat mesej dari ma cakap motor adik lelaki aku, faiz, kena curi kat depan tangga rumah dan berita kedua nenek aku masuk hospital. terkejut tak usah cakap, serabut memang tak boleh elak. aku jenis manusia yang bila dah jadi sesuatu, aku akan mula berfikir macamana boleh jadi? apa perasaan orang? itu semua duk bermain dalam fikiran aku selama beberapa hari yang membuatkan makan entah kemana dan tak boleh tidur, akhirnya aku gastrik dan sakit kepala. percaya atau tidak memang begitulah kesannya kalau aku susah hati.



sedih tu memang, tapi aku lebih kepada ralat sebab adik aku memang sayang sangat motor dia. motor Yamaha 125ZR biru tu baru dua bulan beli, abah aku hadiahkan sempena adik aku habis diploma. Abah pernah cakap dulu, dia memang dah berjanji akan beli motor untuk abg ngah bila dah habis belajar sebab dia rajin tolong abah & ma, mintak tolong apa pun tak pernah di bantah. sekarang dia tengah praktikal, bila abah belikan motor baru, dia memang jaga betul-betul, tiap-tiap hari lepas balik dari kerja memang dia akan polish, basuh tak usah cakap, selang 2-3 hari je dia basuh, motor cantik berkilat. aku? selagi kereta nampak lagi cat asal aku memang tak akan basuh. begitu lah cermat dan sayangnya dia pada motor tu. lock tak usah cakap, ada 2-3 jenis lock kt motor dia, kat bawah porch rumah aku tu ada 3 biji motor lain yang lingkung motor adik aku tu, then kt sebelah ada kereta abah. tapi pencuri sial tu boleh angkat semua motor-motor tu ketepi dan angkat motor adik aku keluar then dia ketuk buang lock kt breakdisc. begitu celaka lahanatnya si pencuri tu. bangun pagi esok tengok motor dah tak ada. kesian abg ngah, puas dia cari motor dia, duk termenung. ma cakap, sehari tu puas ajak makan tapi tak nak. abah suruh amik cuti tapi dia cakap tak pe lah, dia boleh kerja. itu adik aku boleh tenang, kalau aku rasanya pecah rumah tu aku menangis. aku memang sakit hati, kalau pencuri tu buat duit dengan mencuri motor adik aku tu, aku tak akan halalkan sesen pun, aku sumpah pencuri tu jadi sial 7 keturunan, biar pencuri-pencuri tu mati accident atas jalan.



orang nak buat apa-apa kat aku, orang nak sakitkan hati aku, tak pa aku tak kisah tapi satu pantang aku, jangan usik ma abah dan adik-beradik aku. kalau ada orang buat diorang susah hati, sampai orang tu jadi mayat pun aku cari lagi. aku memang sakit hati, ni sebab aku jauh, kalau masa tu aku ada kat rumah aku memang dah ikhtiar sehabis daya. aku redha kalau ditakdirkan tak ada rezeki, tapi sekurang-kurangnya boleh ikhtiar. aku bukan sedih sebab motor hilang, aku cuma sedih bila fikirkan yang adik aku akan susah hati sebab dia sayang motor tu. aku tak suka bila tahu adik-adik aku susah hati. kalau lah sekarang ni aku dah kerja, dah ada duit sendiri memang aku belikan motor baru untuk dia. aku akan buat apa je asalkan boleh baik seperti sediakala. aku tak tahu la kenapa dengan aku, aku memang rasa dalam family, aku dengan abah yang kena jaga ma dan adik-adik, sebab tu aku tak boleh tengok diorang susah hati. aku bukan over-protective, aku buat macam tu sebab aku sayang.



abah pun kesian jugak, dah la ahad tu first day dia kerja kat Kota Bharu selepas lebih kurang 8 bulan berkhidmat di Putrajaya, mak dia pulak sakit, motor anak pulak kena curi. kesian abah, mesti dia susah hati. aku tahu perasaan abah sebab apa-apa pun abah akan cerita dekat aku je. ingat lagi, abah selalu cerita apa yang dia rasa kat dalam kereta masa aku nak hantar abah naik bas balik ke Putrajaya. abah cakap dia boleh bercerita pada aku sebab aku je yang boleh tolong dia jaga keluarga sebab aku anak sulung, dia selalu pesan apa yang dia cerita jangan bgtau ma dan adik-adik yang lain. "long, abah ketua keluarga, apa-apa pun jadi orang tak boleh tengok abah sedih. abah selalu berat hati nak tinggal ma & adik-adik awak tapi nak buat macamana, nak cari rezeki. kalau abah teringatkan isteri dan anak-anak, hanya pada Allah saja tempat abah bercerita." aku ingat lagi abah cakap ni masa dalam kereta, sebak tapi aku boleh tahan lagi, bila dah hantar abah naik bas terus berjurai-jurai air mata sampai la ke rumah. aku ingat aku ni dah keras hati, tapi bila pasal hal-hal keluarga ni aku memang tak boleh tahan, kalah. hari tu terbaca status update abah di facebook, sedih lagi. aku rasa semester last aku ni memang semester sedih.






adikku abg ngah, bersabarlah menerima ujian Allah SWT. walau sebagaimana sayang pun kita pada sesuatu, jika ditakdirkan kita tiada rezeki, kita kena redha. mungkin Allah SWT tarik rezeki ini untuk digantikan dengan rezeki yang lebih besar dalam bentuk lain, tak siapa tahu. ingatlah bahawasanya Allah SWT tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang hambanya tidak mampu. kak long janji bila dah ada duit skit, nanti kak long gantikan dengan benda lain, tidaklah semahal motor tu tapi insyaallah boleh mengembirakan.


ma, terima kasih sebab menjaga kami adik-beradik dan sentiasa berada bersama-sama kami tak kira susah dan senang. terima kasih selalu masakkan makanan yang sedap-sedap. kak long janji nanti bila dah kerja, ma tak payah nak fikir seratus kali untuk beli blouse & tudung.




abah, long rasa kagum dengan abah, walau kerja berjauhan dengan keluarga, walau isteri kurang sihat, walau setiap minggu berulang alik dari putrajaya ke tanah merah, walau anak-anak perempuan suka mintak duit, walau anak-anak lelaki suka habiskan duit beli barang motor, walau banyak ujian, abah tetap cool & steady. tahniah atas kenaikan pangkat dan dapat kembali berkhidmat di Kelantan. kak long bangga dengan abah, walau dah berumur, walau banyak halangan, tetap berjaya menamatkan pengajian dan berkhidmat dengan cemerlang.




datukku Raja Man Raja Abdullah dan nenek-nenekku Selamah Chik & Mek Som Awang Teh, nana doakan tok ayah, mek dan mok cepat sembuh seperti sediakala. maaf banyak-banyak nana tak dapat balik menjenguk dan menjaga kalian semua masa masuk hospital. ikutkan hati nak je balik kampung tapi tak boleh. kita jumpa bulan April nanti.





adik-adikku, mimi, ayuk dan caca, belajar la bersungguh-sungguh. duit makan pakai semua abah & ma dah sediakan. dengarlah cakap mereka dan semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. kak long sayang korang semua, walaupun selalu berleter, itu dah biasa.




Muhammad Iqbal, terima kasih kerana menjadi pendengar setia, terima kasih atas doa-doa, terima kasih untuk hadiah-hadiah, terima kasih untuk segalanya. 



dan aku sekarang dah masuk pusingan terakhir di law school, doakan aku dan kawan-kawan berjaya. okey dah pukul 5.00 pagi. byeeeeee!



xoxo,

Friday, January 04, 2013

travel


assalamualaikum.



macam syok je tengok member-member yang fly oversea duk buat posting and upload gambar pi melancong kat london la, new york la, paris la, casablanca la bla bla bla. ada jugak terfikir, banyak sangat ke MARA ngan JPA bagi kat diorang ni sampai boleh gi melancong sakan? wallahualam sebab ai tak pernah merasa duit scholarship dari government, dah kita ni kurang pandai macam orang lain, belajar pun kat local university je, siapa la nak bagi. sobs sobs sobs. tapi insyaallah kalau ada peluang untuk buat master kat oversea, who knows kan? heeee mudah-mudahan ada rezeki di situ walaupun tak pernah mengharap.


bercakap pasal melancong, actually ai ada minat untuk travel pegi tempat-tempat yang cantik, yang ada bahan sejarah, yang kita boleh amik gambar, yang orang-orang nya unik, tapi biasa lah kan orang kurang duit macam ai ni memang tak pernah berkesempatan la nak buat tu semua. usahakan nak travel pergi oversea, dalam Malaysia pun belum tentu boleh pegi lagi. one more thing, nak amik gambar pun pakai camera handset je, tu pun camera bb tu yang kejap elok kejap meragam. xpe xpe, tu sebab kena belajar sungguh-sungguh, nanti bila dah kerja, dah ada duit sendiri, boleh la nak buat apa kita suka. hehehe. sekarang tak boleh la macam tu, buat mewah sekarang, hujung semester makan daun tepi jalan. HAHAHA


bila dipikir-pikirkan balik, menyesalnya dulu masa kat mrsm tak belajar sungguh-sungguh, kalau tak sekarang dah boleh merasa pengalaman study kat oversea. bukan lah nak mengagungkan universiti luar negara, tapi saja nak cari pengalaman. rasanya ai tak de la bodoh sangat tapi malas. HAHAHA dah ada platform baekkk punya tapi sia-siakan peluang, mungkin masa tu tak nampak masa depan lagi kot. tapi ai percaya, setiap apa yang Allah SWT takdirkan untuk kita pasti akan ada hikmahnya. mana tahu walapun tak dapat study abroad tapi dapat keje kat sana, kan? alahai tingginya angan-angan, kang jatuh sakit pulak. heee


insyaallah, ai akan usahakan dengan apa cara pun untuk at least sekali dalam hidup untuk merasa pengalaman tu. ai nak travel sorang-sorang, pergi tempat yang ai tak pernah pergi, cuba cari duit dengan apa sahaja kepakaran yang ai ada, dengan orang sekeliling yang tak pernah ai kenal, melihat dan menghargai apa yang telah Allah SWT ciptakan untuk para manusia. wahhhh gitew! HAHAHA. tapi ai serius ni, tolong la percaya. heee


and one more thing, tolong la percaya bahawasanya esok ai ada exam, paper criminal procedure 1 and seriously tak hafal lagi. ngeh ngeh ngeh. nampak tak kenapa Allah dah tentukan ai tak boleh buat medic? sebab ni lah, esok nak final exam malam ni boleh post entry lagi. chill babe, it's a kind of release :P


babe, doakan ai for another 3 remaining papers!
see you when i see you.
kbye.



Wednesday, January 02, 2013

happy new year!


assalamualaikum.



happy new year 2013! *boommm*banggg*dunggg*danggg* maap ler tak boleh pasang bunga api dalam ni, kang letop netbook ai, ni je yg ada, ekekeke :P




even dah masuk tahun baru pun tak de ape sangat sbb this year 1st Jan 2013 kitorang kena sit our 3rd paper, sebab tu kot tak de feel sangat. ape je kita nak celebrate? tahun baru bermakna umur dah meningkat. nak celebrate sebab umur dah 23? haaa tak la kot nye.


typical question for new year, "apa azam tahun baru?" ahaaa seingat ai dari dulu tak pernah ada azam tahun baru sebabnya nak hidup dengan apa yang Allah SWT atur je, kalau dapat tu dapat lah, kalau tak dapat nak buat macammana, cuba lagi tahun depan. bunyi macam tak de usaha, tapi betul la kan, bila kita dah buat part kita, selebihnya serah la pada Allah SWT tentukan. apa guna banyak berazam kalau satu pun tak tercapai. kan? katakan lah azam tahun ni nak graduate on time, itu bukan azam la kot sebenarnya, dah memang kalau xde halangan akan graduate this year. gagaga ape ntah ai merepek ni.


ada jugak tengok kt twitter, kawan-kawan duk cakap pasal azam tahun baru ni diorang nak kahwin & nak ada anak. tapi terfikir la jugak kalau bulan Mac tak kawen lagi mana sempat nak ada anak dalam tahun ni, klu sempat pun ngam ngam jela. HAHAHA ok selingan je tu, lawak hambar. 


ok lah, apa-apa pun azam korang harapnya biar lah realistik sikit, kalau dah berazam, kena lah usaha lebih, jangan bila masuk tahun 2014 nak convert azam ke tahun depan pulak. 


remaining papers are on 5th, 8th & 9th January, lepas tu boleh hooreyy hooreyyy! and it means another 1 semester to remember, kita doakan sama-sama berjaya eh? :)


thank you, you guys made my 2012 worth!