Loyal Followers

Wednesday, December 12, 2012

support system

Assalamualaikum.


Ya Allah, rasanya dah berbulan-bulan tak menulis kat sini. bukan malas, bukan dah tak berminat, tapi macam biasa la kekangan masa yang teramat amat mengekang. Jangan tak tahu, sekarang ai dah semester 7 uolsss! lagi satu semester je lagi, lepas chambering 9 bulan ai dah boleh kawen. gitewww! HAHAHA kalau bgtau abah mesti kena parang.


start semester hari tu sampai la sekarang yg lagi dua minggu nak final exam ni, ai punye busy ya rabbi jela yang tahu. tak tercerita kalau nak suruh cerita pun. macam-macam benda yg jadi, kelas sampai malam toksah cakap la, hari-hari pun balik lepas pukul 11 malam, tak termasuk meeting lawsoc pukul 11 malam baru nak start tu, bila habis pulak tu memang tak tahu, tak cerita lagi assignments presentations yang berdozen tu, tak tergambar kegeraman menghadapi masalah subjek professional practice tambah pulak dengan orang-orang kepala angin. SABAR! SABAR! SABAR!


dan ya, sebab sabar la boleh steady lagi sampai sekarang walaupun kadang-kadang collapse jugak. HEHEHE. itu biasa la, mental down bila sometime kita rasa dah tak boleh tahan dengan beban. tapi ai rasa belajar ni lagi senang kot dari kerja. tak tergambar wajah ai bila chambering nanti, mesti banyak jerawat kat muka sebab selalu stress, mesti banyak garis-garis halus sebab muka selalu berkerut, master suruh buat drafting tapi tak reti, then bawah mata ada eyebeg besar lutut sebab keje kat ofis tak siap bawak balik rumah and stay up sampai lewat malam, pastu mata bengkak-bengkak sebab lepas kena maki ngan master, masuk menangis kat pantry. aduhaiiiii scary betol!


tapi disebalik kesusahan ini semua, ai beruntung sebab ai ada fan club yang menyokong. fan club tak nak cerita ramai pulak start dari atuk nenek, ma abah, adik beradik, sedara-mara sepupu sepapat semua tu. HAHAHA. yang paling besar jasa dan sokongannya ialah dari ABAH & MA. terima kasih kali ke sejuta pada abah sebab bagi ai bawak kereta datang universiti. betul orang cakap, ibubapa tahu apa yang terbaik untuk kita. dulu abah tak bagi kereta sebab mungkin semester awal tak perlu sangat, boleh je pergi kelas naik bas. tapi bila dah masuk semester 7, abah seakan-akan memahami yang ai akan perlukan kereta tu untuk ke kelas malam, ke library dan ke kelas. kata abah. "long, abah dah bagi kereta dan duit belanja, abah dah provide semua untuk kemudahan awak untuk ke kelas, tugas awak hanya untuk belajar saja." tak lupa juga terima kasih kali ke sejuta pada ma sebab selalu call tanya khabar, tanya macamana pelajaran, duit ada lagi ke, jangan lupa makan, jaga kesihatan etc etc. adik-adik kesayangan juga, sekarang kecik-kecik lagi dah pakai hp sendiri, tiap-tiap malam duk mesej "kak long ada kelah ko malam ni?" "kak long makan dah ke? caca tak makan hari ni, caca diet." " kak long bila nak balik?" bla bla bla bla bla. tak boleh dinafikan mereka-mereka lah support system ai sepanjang menjalani hidup ni.


sorang lagi supporter ai yang tak boleh dan tak akan dilupakan, Muhammad Iqbal. walaupun malam-malam dia balik kerja penat-penat dan tido, ai pulak call tengah-tengah malam marah-marah sebab tak angkat call, emo-emo sebab geram dengan orang lain tapi nak lepaskan kat orang lain, walaupun obviously salah ai tapi dia yang minta maaf. walaupun ai asyik membebel sebab dia malas dan lambat isi application untuk pjj tapi dia tetap cool sampai at last dah lepas tarikh tutup. masa ai tengah down dia bagi semangat ala-ala tanam pokok lepas tu membuahkan hasil etc etc. mana ai nak dapat lelaki macam ni lagi? 


tak lupa sanak saudara, sepupu sepapat dan sahabat handai yang sangat dan tak jemu-jemu membantu dalam proses pembelajaran. semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian semua.


salam sayang.



No comments:

Post a Comment