Loyal Followers

Monday, December 17, 2012

pinjam telinga



assalamualaikum.



tak semua orang boleh bagi pinjam telinga diorang untuk dengar masalah kita, apatah lagi untuk dengar aduan-aduan rutin harian yang tidak munasabah. sebagai contoh, seorang perempuan, dia mesti ada orang atau tempat yang boleh dia mengadu, tak kira lah mak ke, adik beradik ke, kawan-kawan ke, boyfriend ke. tapi yang penting, mereka-mereka semua tu mesti la dengar apa yang perempuan ni nak cakap. kadang-kadang benda tu bukan penting pun, tapi biasa la kalau namanya perempuan, memang gatal mulut semua nak cerita.


ai pun dulu macam tu, semua benda nak cerita, tak kesah la kat sape-sape pun, makan apa hari ni pun nak cerita, apa yang jadi kat kelas pun nak cerita, hari ni duit habis berapa ringgit pun nak cerita. tapi lama-lama bila dah sibuk, orang yang kita nak mengadu pun sibuk dan tak ada masa lagi nak layan kita, kita akan terbiasa dengan tak cerita lagi perkara-perkara tak penting tu. bila ada masa bercakap pun rasa macam x pe la, dah tak penting atau dah terlambat nak bagitau, so baik simpan je. 


kita kena tahu tak semua orang boleh bagi telinga dia untuk dengar apa saja yang kita nak cakap. oleh sebab itulah ai aktifkan balik blog ni. walaupun penulisan tak seberapa tapi biarlah, sekurang-kurangnya ai boleh menulis dalam ni, tulis ape saje yang ai nak cerita tanpa susahkan orang untuk dengar cerita kita. kalau orang nak tahu, orang akan baca, kalau tak nak tahu, x payah baca. senang kan? 



salam sayang.


No comments:

Post a Comment