Loyal Followers

Saturday, December 15, 2012

perangai buruk



assalamualaikum.


ai ada satu perangai buruk yang paling buruk dalam kalangan perangai-perangai buruk. dan perangai buruk yang satu ni ialah ai mampu mengamuk menangis gila-gila punya menangis sampai bengkak mata kalau apa yang ai nak tak ada atau ai tak dapat buat waktu tu. 


contohnya, masa kereta ai kena langgar dengan orang yang tak dikenali identitinya, ai beriya menangis sepuas hati sebab tak tahu sape yang langgar kereta tu, dah la masa tu tak sampai sebulan pun beli, then masa tu dh dekat nak raya so tak de workshop yang bukak. reasons ai menangis waktu tu ialah pertamanya, ai nak sangat tahu siapa yang langgar tapi memang tak de orang tahu siapa sebab masa tu kt tempat parking, lepas langgar terus blah, abah pulak kt dlm bank, so marahnya tak tahu pada siapa, dan keduanya ai nak repair biar jadi mcm sediakala time tu jugak, tapi impossible la kan nk ketuk pastu nk cat balik kemek tu dalam 1 hari. so ai menangis dari petang sampai malam, sampai tak berbuka puasa pun hari tu. heee teruk kan perangai?


contoh kedua ialah ai boleh menangis sebab geram bila ai call orang tak jawab. sekali dua tak jawab tak pe lagi, tapi kalau dah sampai bepuluh kali tu memang laaa. ada orang cakap, kalau dah call tak jawab tu tak payah la call lagi, mungkin tidur ke, keluar tak bawak hp ke, hp silent ke. tapi ai tak kisah, selagi tak jawab memang ai akan keep calling sampai lebam tercabut keypad pun tak pe. uolllls mampu buat macam tu?


ai rasa ni lah perangai yang paling buruk yang attach kt diri ai dari dulu sampai sekarang. tapi tak selalu la berlaku, dalam setahun tu sekali dua jelah dan tak ramai la boleh tahan dengan perangai orang mcm ai ni. kalau ada adik-adik bawah umur yang baca ni, akak harap jangan la tiru perangai buruk ni, perangai ni tak elok untuk kesihatan dan kulit muka. kalau nak ikut pun, apply la untuk pelajaran, means kalau nak belajar sesuatu, nak belajar masa tu jugak, kalau tak dapat boleh nangis. haaa itu baru relevan. heeeee.


salam sayang.



No comments:

Post a Comment