Loyal Followers

Saturday, December 22, 2012

life


assalamualaikum.



I'm not a kind of person that will receive solely what people said and did. No, I'm not rebel but just arguing on the basis of my dissatisfaction. I know in certain circumstances, I might not be right but it just that I still wanna say something, don't wanna lose with empty hands. and please remember that in life, what you did you will get back.



bye.




Wednesday, December 19, 2012

meroyan



assalamualaikum.



dulu ai selalu bagi nasihat kat orang kalau pakwe/suami diorang suka keluar malam, nasihat itu, nasihat ini, biar la dia nak keluar jumpa kawan, bukan selalu pun, bla bla bla bla bla bla dan ai heran kenapa ai punye mak cik selalu meroyan kalau pak cik ai keluar tengok bola malam-malam dengan kawan dia bila balik kampung.



nah sekarang padan muka! rasakannn!



eh ai okey, ai steady je. padahal meroyan baca juris tak paham sepatah haram.
ok bye!




Tuesday, December 18, 2012

cerita hari ini



assalamualaikum.



disebabkan tak de orang pun nak dengar cerita ai hari ni, so ai tulis kat sini jela. hari ni pegi servis DCC 892, nasib baik mas dan jau temankan, kalau tak kena pegi produa service center sorang-sorang. sobs sobs. basically second service ni tukar yg basic jela, engine oil, filter, battery protector, windshield washer camtu jela. nasib baik kena caj murah je, around RM90 camtu jela. stand by RM100, duit lebih boleh makan pizza. heee :)


masa balik tu singgah TESCO, pusing punya pusing punya pusing last last beli maruku je 2 paket. tak tahu la kenapa jadi mcm tu, agaknya kitorang ni memang dah nak kena keluar dari Kedah ni, dah bosan sangat sampai tak tahu dah nak beli ape. ni dah datang TESCO, kalau kat C-Mart tu ape pun tak lalu nak beli. hampeh!


then, singgah Dominos Jitra. omm nomm nomm! LAPARRRRRRRRR! sebab pusat servis tadi takde nasi lemak, selalunya datang ade je. sobs sobs. ai rasa makan kat dominos ni lagi ok kot sebab pertama, pizza dominos lagi sedap dari pizza hut, kedua harga lebih berpatutan, ketiga takde service charge cuma gov tax je, keempatnya garlic bread sedap tak macam pizza hut tak beshhh dan kelimanya dominos banyak promotionnnn! tadi pun makan ada discount RM5.60 tau, lupa nak tanya discount untuk ape. heeee.





sampai balik terus tido sebab penat dan kenyang. tiberrr mimpi baya tembak sebab tak siap nota, cepat-cepat bangun buat nota. HAHAHAHAHAHA!


kbye.


Monday, December 17, 2012

pinjam telinga



assalamualaikum.



tak semua orang boleh bagi pinjam telinga diorang untuk dengar masalah kita, apatah lagi untuk dengar aduan-aduan rutin harian yang tidak munasabah. sebagai contoh, seorang perempuan, dia mesti ada orang atau tempat yang boleh dia mengadu, tak kira lah mak ke, adik beradik ke, kawan-kawan ke, boyfriend ke. tapi yang penting, mereka-mereka semua tu mesti la dengar apa yang perempuan ni nak cakap. kadang-kadang benda tu bukan penting pun, tapi biasa la kalau namanya perempuan, memang gatal mulut semua nak cerita.


ai pun dulu macam tu, semua benda nak cerita, tak kesah la kat sape-sape pun, makan apa hari ni pun nak cerita, apa yang jadi kat kelas pun nak cerita, hari ni duit habis berapa ringgit pun nak cerita. tapi lama-lama bila dah sibuk, orang yang kita nak mengadu pun sibuk dan tak ada masa lagi nak layan kita, kita akan terbiasa dengan tak cerita lagi perkara-perkara tak penting tu. bila ada masa bercakap pun rasa macam x pe la, dah tak penting atau dah terlambat nak bagitau, so baik simpan je. 


kita kena tahu tak semua orang boleh bagi telinga dia untuk dengar apa saja yang kita nak cakap. oleh sebab itulah ai aktifkan balik blog ni. walaupun penulisan tak seberapa tapi biarlah, sekurang-kurangnya ai boleh menulis dalam ni, tulis ape saje yang ai nak cerita tanpa susahkan orang untuk dengar cerita kita. kalau orang nak tahu, orang akan baca, kalau tak nak tahu, x payah baca. senang kan? 



salam sayang.


Saturday, December 15, 2012

perangai buruk



assalamualaikum.


ai ada satu perangai buruk yang paling buruk dalam kalangan perangai-perangai buruk. dan perangai buruk yang satu ni ialah ai mampu mengamuk menangis gila-gila punya menangis sampai bengkak mata kalau apa yang ai nak tak ada atau ai tak dapat buat waktu tu. 


contohnya, masa kereta ai kena langgar dengan orang yang tak dikenali identitinya, ai beriya menangis sepuas hati sebab tak tahu sape yang langgar kereta tu, dah la masa tu tak sampai sebulan pun beli, then masa tu dh dekat nak raya so tak de workshop yang bukak. reasons ai menangis waktu tu ialah pertamanya, ai nak sangat tahu siapa yang langgar tapi memang tak de orang tahu siapa sebab masa tu kt tempat parking, lepas langgar terus blah, abah pulak kt dlm bank, so marahnya tak tahu pada siapa, dan keduanya ai nak repair biar jadi mcm sediakala time tu jugak, tapi impossible la kan nk ketuk pastu nk cat balik kemek tu dalam 1 hari. so ai menangis dari petang sampai malam, sampai tak berbuka puasa pun hari tu. heee teruk kan perangai?


contoh kedua ialah ai boleh menangis sebab geram bila ai call orang tak jawab. sekali dua tak jawab tak pe lagi, tapi kalau dah sampai bepuluh kali tu memang laaa. ada orang cakap, kalau dah call tak jawab tu tak payah la call lagi, mungkin tidur ke, keluar tak bawak hp ke, hp silent ke. tapi ai tak kisah, selagi tak jawab memang ai akan keep calling sampai lebam tercabut keypad pun tak pe. uolllls mampu buat macam tu?


ai rasa ni lah perangai yang paling buruk yang attach kt diri ai dari dulu sampai sekarang. tapi tak selalu la berlaku, dalam setahun tu sekali dua jelah dan tak ramai la boleh tahan dengan perangai orang mcm ai ni. kalau ada adik-adik bawah umur yang baca ni, akak harap jangan la tiru perangai buruk ni, perangai ni tak elok untuk kesihatan dan kulit muka. kalau nak ikut pun, apply la untuk pelajaran, means kalau nak belajar sesuatu, nak belajar masa tu jugak, kalau tak dapat boleh nangis. haaa itu baru relevan. heeeee.


salam sayang.



Wednesday, December 12, 2012

support system

Assalamualaikum.


Ya Allah, rasanya dah berbulan-bulan tak menulis kat sini. bukan malas, bukan dah tak berminat, tapi macam biasa la kekangan masa yang teramat amat mengekang. Jangan tak tahu, sekarang ai dah semester 7 uolsss! lagi satu semester je lagi, lepas chambering 9 bulan ai dah boleh kawen. gitewww! HAHAHA kalau bgtau abah mesti kena parang.


start semester hari tu sampai la sekarang yg lagi dua minggu nak final exam ni, ai punye busy ya rabbi jela yang tahu. tak tercerita kalau nak suruh cerita pun. macam-macam benda yg jadi, kelas sampai malam toksah cakap la, hari-hari pun balik lepas pukul 11 malam, tak termasuk meeting lawsoc pukul 11 malam baru nak start tu, bila habis pulak tu memang tak tahu, tak cerita lagi assignments presentations yang berdozen tu, tak tergambar kegeraman menghadapi masalah subjek professional practice tambah pulak dengan orang-orang kepala angin. SABAR! SABAR! SABAR!


dan ya, sebab sabar la boleh steady lagi sampai sekarang walaupun kadang-kadang collapse jugak. HEHEHE. itu biasa la, mental down bila sometime kita rasa dah tak boleh tahan dengan beban. tapi ai rasa belajar ni lagi senang kot dari kerja. tak tergambar wajah ai bila chambering nanti, mesti banyak jerawat kat muka sebab selalu stress, mesti banyak garis-garis halus sebab muka selalu berkerut, master suruh buat drafting tapi tak reti, then bawah mata ada eyebeg besar lutut sebab keje kat ofis tak siap bawak balik rumah and stay up sampai lewat malam, pastu mata bengkak-bengkak sebab lepas kena maki ngan master, masuk menangis kat pantry. aduhaiiiii scary betol!


tapi disebalik kesusahan ini semua, ai beruntung sebab ai ada fan club yang menyokong. fan club tak nak cerita ramai pulak start dari atuk nenek, ma abah, adik beradik, sedara-mara sepupu sepapat semua tu. HAHAHA. yang paling besar jasa dan sokongannya ialah dari ABAH & MA. terima kasih kali ke sejuta pada abah sebab bagi ai bawak kereta datang universiti. betul orang cakap, ibubapa tahu apa yang terbaik untuk kita. dulu abah tak bagi kereta sebab mungkin semester awal tak perlu sangat, boleh je pergi kelas naik bas. tapi bila dah masuk semester 7, abah seakan-akan memahami yang ai akan perlukan kereta tu untuk ke kelas malam, ke library dan ke kelas. kata abah. "long, abah dah bagi kereta dan duit belanja, abah dah provide semua untuk kemudahan awak untuk ke kelas, tugas awak hanya untuk belajar saja." tak lupa juga terima kasih kali ke sejuta pada ma sebab selalu call tanya khabar, tanya macamana pelajaran, duit ada lagi ke, jangan lupa makan, jaga kesihatan etc etc. adik-adik kesayangan juga, sekarang kecik-kecik lagi dah pakai hp sendiri, tiap-tiap malam duk mesej "kak long ada kelah ko malam ni?" "kak long makan dah ke? caca tak makan hari ni, caca diet." " kak long bila nak balik?" bla bla bla bla bla. tak boleh dinafikan mereka-mereka lah support system ai sepanjang menjalani hidup ni.


sorang lagi supporter ai yang tak boleh dan tak akan dilupakan, Muhammad Iqbal. walaupun malam-malam dia balik kerja penat-penat dan tido, ai pulak call tengah-tengah malam marah-marah sebab tak angkat call, emo-emo sebab geram dengan orang lain tapi nak lepaskan kat orang lain, walaupun obviously salah ai tapi dia yang minta maaf. walaupun ai asyik membebel sebab dia malas dan lambat isi application untuk pjj tapi dia tetap cool sampai at last dah lepas tarikh tutup. masa ai tengah down dia bagi semangat ala-ala tanam pokok lepas tu membuahkan hasil etc etc. mana ai nak dapat lelaki macam ni lagi? 


tak lupa sanak saudara, sepupu sepapat dan sahabat handai yang sangat dan tak jemu-jemu membantu dalam proses pembelajaran. semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian semua.


salam sayang.