Loyal Followers

Thursday, May 31, 2012

ulat bulu & ulat gonggok


assalamualaikum wbt.



dah lama rasanya tak menulis, bukan sebab malas tapi kekangan masa yang melampau. tak nak pulun cerita kat sini sebab nanti korang mesti korang akan cakap, 

"eleh ingat dia sorang je busy, orang lain pun belajar jugak."

atau

"perasan busy, 24/7 online kat facebook boleh pulak!"

atau

"orang dah keje lagi busy lagi penat, masa belajar ni enjoy jelah"

atau

"baru banyak keje skit dah menggelabah."


entah la weh, tak tahu nak cakap macammana, hanya coursemates yang sewaktu dengan aku je yang faham situasi ni. start dari masuk lepas cuti mid sem hari tu, terus datang beban bertimbung, tang! tang! tang! tak berhenti-henti sampai minggu akhir kelas. dengan tak ada weekend, tak ada study week yang betul-betul tak ada, khamis kelas semua habis then jumaat terus first paper untuk final exam. dengan tenaga pengajar yang segelintir tak boleh berkompromi dan mengharapkan bahawa pelajarnya seperti ulat buku yang hakikatnya ialah ulat bulu dan ulat gonggok.

jutaan terima kasih kepada  tenaga pengajar yang memahami keadaan pelajar yang boleh tolerate dengan tidak membiarkan pelajar membaca keseluruhan topik untuk final exam yang sebenarnya tidak sempat pun untuk di cover di celah-celah kesibukan waktu kelas. ku pujuk diri dengan selalu yakini bahawa tidak mengapa, kesusahan masa sekarang akan menentukan kejayaan kita kelak, semoga Allah memberkati ilmu yang dipelajari sepanjang semester dan semoga diberi dilapangkan dada dan diberikan ilham yang baik semasa menduduki peperiksaan esok hari. 




kepada semua pelajar undang-undang semester 6, selamat maju jaya utk paper esok :)


1 Jun 2012   - International Trade Law
3 Jun 2012   - Legal Ethics

6 Jun 2012   - English for Small Group Communication
9 Jun 2012   - Equity & Trust II

12 Jun 2012 - Company Law & Corporate Governance II
14 Jun 2012 - Land Law II