Loyal Followers

Monday, April 16, 2012

member

assalamualaikum



ok fine, aku je ke yang tengah study tak habis-habis lagi sedangkan ada segelintir member-member aku yang dah keje gaji beribu-ribu. ada keje bank, ada keje bursa saham, ada keje kat hospital, ada keje kat kedai jakel. adakah sebab aku ni muda lagi dan diorang sume tua dari aku ataupun sebab diorang dah habis diploma dan dah boleh dapat gaji 2 ribu sebulan tapi aku still buat degree lagi. 


dan ini pandangan abah aku,

"awak jangan la duk jeles dengan kawan-kawan yang dah kerja tu, dah tu rezeki diorang, rezeki awak masa depan tak ada siapa tahu. mane tahu lepas habis blaja nanti beribu-ribu sebulan dapat, masyuk jugak. tak rugi pun blaja tinggi-tinggi nanti kelulusan tu boleh guna untuk mintak kerja kat mana-mana yang awak suka, yang penting grad dulu, kerja cepat ke lambat ke belakang kira."


pikir-pikir balik betul jugak apa abah aku cakap tu, mungkin aku ni terpsycho dengan member-member yang cakap pasal keje, sedangkan kita duk sibuk dgn assignment lg. tak pe la kurang-kurang aku dah naik 1 level lagi dari diorang walaupun diorang dah keje. hehehe saje nak sedapkan hati. kawan-kawan, semoga kita berjaya didunia dan tidak melupakan akhirat.


akhir kata,

"tuntutlah ilmu sampai ke negeri china"



No comments:

Post a Comment