Loyal Followers

Sunday, April 29, 2012

cuti


assalamualaikum



arghhh tension laa, baru 2 minggu lepas cuti mid-sem tapi dah rasa macam sebulan. before cuti tak de pulak keje byk mcm neh. i need a vacation after this, truly need. jeles la tengok gambar rozi ngan pop pegi pulau redang. kojaq! kojaq! pegi bercuti tak tunggu aku ngan bie cuti. ape la skrg ni universiti punye cuti pun dah tak selaras, mengong lah! nk jumpa member-member pun susah kot, aku cuti diorang tak cuti, diorang cuti dan bercuti aku pulak tak cuti, cisss sungguh la! cer buat mcm dulu kan best, sekolah cuti universiti pun cuti, nak gi jalan-jalan ngan family pun senang, nak jumpa kawan pun senang. i don't need 3 months holiday, kalau dah mcm ni la gayanya cuti lama-lama pun buat apa. 



Saturday, April 28, 2012

mid sem


assalamualaikum.


frustration is about something that you know but you don't have enough time to put in writing.


exam mid sem tadi aku tak sempat nak jawab isu no 3 padahal yang tu lah yang paling senang dan aku memang tahu tapi disebabkan masa tak sempat so aku boleh jawab sikit je dengan tulisan macam cacing gelang. tu semua sebab aku tak de jam, dalam kelas pun tak de jam, tulis punya tulis tengok-tengok masa dah tinggal 10 minit, apa lagi yang aku mampu nak mencarut dalam masa 10 minit tu, dengan nak fikir lagi. serius weh rasa down sebab study pulun kot tapi yang paling senang tu la tak sempat jawab, yang isu no 1 no 2 yang susah tu pun mmng la byk tulis tapi tak tahu betul ke tak. memang la 20 markah je tapi frust sebab tahu tapi tak sempat nak tulis dengan proper, kalau aku tak tahu sebab tak study tu lain cerita. ini semua salah jam, aku yang tak de jam sebab tu tak boleh nak bajet masa. arghhhh stress weh, nak cakap ngan orang pun malas. dalam setahun aku rasa 2 kali je aku jadi macam ni, sape-sape yang nak tengok aku moody dan malas nak bercakap dengan orang, sila lah simbah petrol supaya cepat aku berapi. 


Ya Allah, semoga dengan apa yang aku sempat jawab tu dapat la markah nak tampung carrymark. amin.


somebody please cheer me up! hehehe



Friday, April 27, 2012

mid night



assalamualaikum.


ya rabbi, busy-nya minggu ni. dengan assignment yang bertimbun yang dah di-submit dan bakal di-submit minggu depan, assignment trade yang 3 lagi tak siap plus assignment equity & trust yang baru dapat, dengan mooting nya esok for the whole day then next day got land law mid sem test, then 3 Mei got to submit ethic assignments plus small group role play. after all done, I MUST REWARD myself with something fun before final examination come at the very early of june! 


Ya Allah, please give us strength to go through all these future tiring day. we believe of on You and we rely solely on You. in whatever situation, Allah knows best.


it's now 3.30 a.m. and I just wake up from sleep hoping that I can survive for land law until tomorrow morning. thank you. :)


Saturday, April 21, 2012

jangan fitnah



assalamualaikum.


amboi, blogspot pun skrg dah upgrade, baru 2-3 hari tak update dah lain jadinya. bagus bagus hidup perlukan perubahan.


dalam pukul 2 lebih tadi aku on twitter, pastu terkejut tengok satu tweet ni tulis "al-fatihah atas pemergian saudara bob kuman ke rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat." aku memeng terkejut la sebab semalam baru tengok video yang Haji Hadi melawat dan bagi sumbangan kat dia, alih-alih hari ni dapat khabar dah meninggal. plus aku selalu duk cakap kt iqbal, kesian kat bob kuman, dulu selalu wat lawak bagi kita semua gelak tapi sekarang dah sakit dan perlukan bantuan.


dalam 5 minit lepas tu kuar tweet-tweet yang mengatakan bahawa "bob kuman still alive, don't spread news without confirmation." alhamdulillah, nak sebar fitnah pun agak-agak la weh, sebar berita kematian padahal bob dah beransur pulih. semoga dengan al-fatihah yang disedekahkan tu, makin bertambah sihat lah saudara bob kita dan boleh teruskan buat lawak untuk orang Malaysia.




pengajarannya, sebelum nak sebar berita pastikan kesahihannya dulu. tak perlu nak jadi orang pertama yang post kat facebook, twitter mahupun blog. dosa memfitnah lebih dahsyat daripada membunuh habaq hanggg! sama-sama lah kita doakan semoga Allah mempermudahkan urusan saudara seagama kita yang dalam kesempitan.


Dari korang tweet khabar angin, baik korang sebarkan nombor akaun Bob Kuman 
(HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047



Tuesday, April 17, 2012

kawen

assalamualaikum



datang je kelas first lepas seminggu aku bercuti midsem, aku dikejutkan dengan berita batchmate aku dah kawen mase cuti. fuhhh gila advance cuti seminggu je, tup tup dapat berita dah jadi suri hidup orang. weweittt sweet sangat kan? tak sangka sangat weh, dalam diam-diam kau, orang lain yang kecoh duk berkapel dah bape lama pun tak de khabar berita lagi. anyway, selamat pengantin baru kepada kakak manis dan suami, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


lepas tu, dengar pulak soseh soseh berita ade kawan dah tetap tarikh tunang, ada yang dah rancang tarikh nak nikah. waaaa hebat kawan-kawan aku nie, aku pulak yang rasa excited nak gi kenduri kawen diorang, padahal tak tau bila lagi. hehehe maklum la bukan senang nak gi kenduri kawen kawan-kawan masa tengah belajar nie, masa ni la nk buat rombongan kelas. hahaha. kepada kawan-kawan aku yang dah ada perancangan nak kawen tu, aku tumpang gembira untuk korang semua, nak tunang ke nak kawen ke nanti jangan lupa ajak tau, dapat pegi ke tak dapat pegi ke itu belakang kira. hahaha tak ajak nanti aku 5 tahun aku sentap.


haih, bila dah elok bercerita pasal tunang & kawen, baru lah terasa rupanya diri dah bukan budak-budak lagi. tapi kena sedar diri sebab belajar pun tak habis lagi. wuwuwu lagi setahun kena hadap buku. sabar yer sabar.



# kawan-kawan, kalau nak ajak anak orang kawen ikut la cara ally iskandar, jangan ikut cara awal ashaari
selamat beramal. :)



Monday, April 16, 2012

member

assalamualaikum



ok fine, aku je ke yang tengah study tak habis-habis lagi sedangkan ada segelintir member-member aku yang dah keje gaji beribu-ribu. ada keje bank, ada keje bursa saham, ada keje kat hospital, ada keje kat kedai jakel. adakah sebab aku ni muda lagi dan diorang sume tua dari aku ataupun sebab diorang dah habis diploma dan dah boleh dapat gaji 2 ribu sebulan tapi aku still buat degree lagi. 


dan ini pandangan abah aku,

"awak jangan la duk jeles dengan kawan-kawan yang dah kerja tu, dah tu rezeki diorang, rezeki awak masa depan tak ada siapa tahu. mane tahu lepas habis blaja nanti beribu-ribu sebulan dapat, masyuk jugak. tak rugi pun blaja tinggi-tinggi nanti kelulusan tu boleh guna untuk mintak kerja kat mana-mana yang awak suka, yang penting grad dulu, kerja cepat ke lambat ke belakang kira."


pikir-pikir balik betul jugak apa abah aku cakap tu, mungkin aku ni terpsycho dengan member-member yang cakap pasal keje, sedangkan kita duk sibuk dgn assignment lg. tak pe la kurang-kurang aku dah naik 1 level lagi dari diorang walaupun diorang dah keje. hehehe saje nak sedapkan hati. kawan-kawan, semoga kita berjaya didunia dan tidak melupakan akhirat.


akhir kata,

"tuntutlah ilmu sampai ke negeri china"