Loyal Followers

Saturday, March 17, 2012

| maaf

assalamualaikum.



salah ke kalau pergi berkelah kat air terjun, dah berjanji tak nak mandi tapi at last mandi sebab kawan-kawan semua syok mandi air terjun. memang bawak baju spare sebab takut kena air. dah mintak izin parents nak datang mandi-manda, mereka tak ada halangan. dah bgtau dengan orang yang kita janji tak nak mandi tapi at last kena marah sebab kata kita tipu. salah ke kalau datang berkelah dan mandi kat air terjun, mungkin risau kan keselamatan tapi tak kan nak tengok je orang lain semua mandi-manda, sedangkan kita duduk tercongok tunggu barang and tolong snap gambar. ape purpose datang berkelah, kalau setakat nak makan ramai-ramai kat bilik pun boleh. family semua pergi bercuti cameron highland, genting highland, tapi tak dapat follow pun sebab tak cuti, nasib baik boleh bercuti dengan kawan-kawan, walaupun sekejap. tolong lah faham, kat sini jauh, tak ada apa-apa pun, sekali sekala keluar dengan kawan-kawan macam ni tak kan tak boleh. kita mandi bukan pakai baju mandi, kita tutup aurat, kita datang nak bersama kawan-kawan berseronok bukan datang mengorat lelaki. besar ke salah kita tu? niat update status kat facebook untuk mengekspresikan kegembiraan, tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa. kalau mungkir janji itu dianggap sebagai tipu, minta maaf sangat-sangat. rasanya diri tidak mampu untuk menjadi sempurna. bukan marah, tapi sedih sebab benda macam ni dianggap perkara besar. mintak maaf sekali lagi, diakui mungkir janji itu memang satu kesalahan. 




sometimes, some things are better left untold.


No comments:

Post a Comment