Loyal Followers

Wednesday, March 14, 2012

| keberuangan kesubangan

assalamualaikum.



selepas beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan report dan presentation land law, aku terus membawa diri ke suatu tempat yang aku rasa tak ada seorang pun kenal aku. percutian buatan sendiri kali ini memang segigih yang dulunya dengan ketibaan di destinasi seawal jam 5.00 pagi dan terpaksa menunggu hingga subuh menjelma. sesudah itu kegilaan mencari teksi untuk bersama-sama para pekerja kerajaan dan swasta yang berpusu-pusu berebut menaiki komuter, walaupun aku ditolak, aku tetap bersabar, memandangkan ini adalah tabiat paling biasa rakyat malaysia.



tiba di destinasi sebenar, kelihatan tiada siapa yang menunggu. hayunkan juga langkah mengikut kaki sambil menyoroti gelagat dan senda gurau para pemakan gaji yang ingin menuju ke tempat punca rezeki mereka. akhirnya kaki berhenti menapak di 'Di Naina' dan pagi itu secawan horlick panas dan roti-canai-tunggu-sampai-sejuk telah menjadi santapan mewah. sambil menunggu dan terus menunggu manusia yang entah berada di mana pada waktu dan ketika itu. terasa geram sikit, lalu geram banyak dan akhirnya geram sangat, baru lah nampak kelibat manusia berbaju merah. yaaaaa kegeraman untuk penantian yang agak lama berbaloi bila ternampak bungkusan kotak besar dalam plastik giftshop. ohhhh la la la terus tak jadi marah!








tiada apa yang mampu dikatakan selain dari ucapan terima kasehhh dari hati yang tidak terhingga. semoga dengan pemberian ikhlas ini, dia akan mendapat balasan ganjaran daripada Allah saw. di akhirat kelak. 



terima kaseh untuk segalanya. :)






No comments:

Post a Comment