Loyal Followers

Saturday, March 17, 2012

| maaf

assalamualaikum.



salah ke kalau pergi berkelah kat air terjun, dah berjanji tak nak mandi tapi at last mandi sebab kawan-kawan semua syok mandi air terjun. memang bawak baju spare sebab takut kena air. dah mintak izin parents nak datang mandi-manda, mereka tak ada halangan. dah bgtau dengan orang yang kita janji tak nak mandi tapi at last kena marah sebab kata kita tipu. salah ke kalau datang berkelah dan mandi kat air terjun, mungkin risau kan keselamatan tapi tak kan nak tengok je orang lain semua mandi-manda, sedangkan kita duduk tercongok tunggu barang and tolong snap gambar. ape purpose datang berkelah, kalau setakat nak makan ramai-ramai kat bilik pun boleh. family semua pergi bercuti cameron highland, genting highland, tapi tak dapat follow pun sebab tak cuti, nasib baik boleh bercuti dengan kawan-kawan, walaupun sekejap. tolong lah faham, kat sini jauh, tak ada apa-apa pun, sekali sekala keluar dengan kawan-kawan macam ni tak kan tak boleh. kita mandi bukan pakai baju mandi, kita tutup aurat, kita datang nak bersama kawan-kawan berseronok bukan datang mengorat lelaki. besar ke salah kita tu? niat update status kat facebook untuk mengekspresikan kegembiraan, tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa. kalau mungkir janji itu dianggap sebagai tipu, minta maaf sangat-sangat. rasanya diri tidak mampu untuk menjadi sempurna. bukan marah, tapi sedih sebab benda macam ni dianggap perkara besar. mintak maaf sekali lagi, diakui mungkir janji itu memang satu kesalahan. 




sometimes, some things are better left untold.


Wednesday, March 14, 2012

| bukan sombong

assalamualaikum.





kami pelajar universiti yang hanya mengambil jurusan undang-undang, kami manusia biasa dan kami tidak lah sombong seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka-mereka di luar sana. tolong la jangan berperasaan prejudis pada kami, mungkin orang lain yang sombong tapi kami tak sombong. kalau kalian tegur kami akan tegur balik, kalau kalian senyum kami akan senyum kembali. mungkin kami sudah terikat dengan ideologi tradisional dahulu kala yang mana kalau pelajar undang-undang mesti kena bergaul sesama mereka dan perlu menjaga etika. percayalah kami bukan macam tu, keadaan macam ni memang terjadi di semua universiti yang ada fakulti undang-undang. kalau kalian tak percaya pergilah survey sendiri. saya dah letih nak terangkan kepada semua orang kenapa kami dianggap macam ni, terpulanglah kepada anda sekalian.





| keberuangan kesubangan

assalamualaikum.



selepas beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan report dan presentation land law, aku terus membawa diri ke suatu tempat yang aku rasa tak ada seorang pun kenal aku. percutian buatan sendiri kali ini memang segigih yang dulunya dengan ketibaan di destinasi seawal jam 5.00 pagi dan terpaksa menunggu hingga subuh menjelma. sesudah itu kegilaan mencari teksi untuk bersama-sama para pekerja kerajaan dan swasta yang berpusu-pusu berebut menaiki komuter, walaupun aku ditolak, aku tetap bersabar, memandangkan ini adalah tabiat paling biasa rakyat malaysia.



tiba di destinasi sebenar, kelihatan tiada siapa yang menunggu. hayunkan juga langkah mengikut kaki sambil menyoroti gelagat dan senda gurau para pemakan gaji yang ingin menuju ke tempat punca rezeki mereka. akhirnya kaki berhenti menapak di 'Di Naina' dan pagi itu secawan horlick panas dan roti-canai-tunggu-sampai-sejuk telah menjadi santapan mewah. sambil menunggu dan terus menunggu manusia yang entah berada di mana pada waktu dan ketika itu. terasa geram sikit, lalu geram banyak dan akhirnya geram sangat, baru lah nampak kelibat manusia berbaju merah. yaaaaa kegeraman untuk penantian yang agak lama berbaloi bila ternampak bungkusan kotak besar dalam plastik giftshop. ohhhh la la la terus tak jadi marah!








tiada apa yang mampu dikatakan selain dari ucapan terima kasehhh dari hati yang tidak terhingga. semoga dengan pemberian ikhlas ini, dia akan mendapat balasan ganjaran daripada Allah saw. di akhirat kelak. 



terima kaseh untuk segalanya. :)






Thursday, March 01, 2012

| land law done!

assalamualaikum.



untuk makluman semua, petang tadi aku dan jau mem'present' land law dengan jayanya. satu perkara aku heran, kes yang kitorng present tu menarik sangat ke sampai kena drag masa sampai sejam. plus soalan datang bertubi-tubi. bagus la mcam tu, aku syak korang dah faham apa yang kitorang nak sampaikan, maksudnya presentation kami berjaya memuaskan hati sendiri. weekend ni nak pi enjoyyyy! hehehe.