Loyal Followers

Wednesday, February 29, 2012

| leap year

assalamualaikum.



erkkk. hari ni 29hb, kesian sgt sape yg birthday diorang hari ni, sambut birthday 4 tahun sekali je, kesiankan? kesiannyeeee. lagi kesian aku yang tak pernah sambut birthday nie. hahahahaha. bodoh, duk ketawakan orang tapi diri sendiri pun sama.


setahu aku tahun lompat atau pun orang putesss panggil 'leap year' ni datang 4 kali setahun je. tapi aku pun tak tahu mana asalnya tahun lompat ni, mungkin korang boleh tanya cikgu sains ataupun cikgu matematik, mungkin laaa. di sini tiada apa-apa makna pun 'leap year' ni bagi aku, yang aku tahu esok, 1 March 2012, aku kena present case review land law. selamat berjaya kepada aku.




Tuesday, February 28, 2012

| PM FC


assalamualaikum.






futsal tournament semalam, PM FC dapat tempat ketiga. ok la kan dari tak de nombor langsung. hahahahaha. 










Sunday, February 26, 2012

| happy birthday sweetie!

assalamualaikum.





hai siti mardhiyah! hari ni birthday siti yang ke 15 kan? walaupun kakak tak pernah jumpa siti, tapi malam tadi siti dengar akak wish birthday siti kan. hehehe. semoga siti sentiasa dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik. walaupun siti kanak-kanak istimewa yang tak seperti kanak-kanak lain, tapi siti tetap boleh jadi anak yang baik. semoga siti boleh membawa mak dan ayah siti ke syurga. selamat hari jadi   








| jangan nak berlagak sangat!


assalamualaikum


berbahagialah siapa yang dah masuk duit. berbahagialahhhhh! ingat banyak sangat ke duit tu, tak kira lah loan ke biasiswa ke, dapat duit tu jangan nak kelabu mata, ingat sikit duit tu untuk satu semester, bukan satu hari. tu diaaaaa! masuk je duit penuh beratur kat mesin atm, parking kosong sume dah keluar berjoli, kete sewa pun dah tak de yang available, pasaraya sume dah kurang stok barang. ini lah student, dapat duit belanja tak hingat dunia. dunia. dunia.




sape pun kau, dapat duit ptptn ke, duit jpa ke, duit mara ke, hujung sem mesti papa kedana jugekkk. kihkihkih.



Saturday, February 25, 2012

| cherry berry


assalamualaikum.


horeyyyyy! cuti semester dah habis dan sekarang aku dah jadi kakak senior sem 6. dah lama rupanya aku dah mengabdikan diri dalam hutan ceruk ni, dah nak dekat 3 tahun. tapi tu bukan cerita aku yang sebenarnya. hari tu plan awal aku nak balik kampus sabtu malam iaitu 18 Februari 2012 dah beli tiket bas pun. tapi cirit birit memang tak berbau, petang sabtu tu aku memang sakit perut betol, memang tak tipu. aku telan ubat cirit birit tak jalan, aku telan pil cikit-tek-on pun tak jalan, aku minum teh kelat pun tak jalan. bayang la weh dari petang sampai la ke pukul 10 malam tu dekat 15 kali aku masuk toilet. tak masuk perut memulas lagi, duduk pun sakit, tido pun sakit, berdiri lagi la sakit. minum air pun keluar balik. cuba fikir mcmn la aku nak naik bas malam tu? x kan aku nak pakai pampers? terpaksa la aku layangkan RM40 duit tiket bas aku tu. dan-dan nak cirit-birit tak tengok time langsung. kena la beli tiket baru. wuwuwu.


sungguh penat cirit-birit nie wehhh. habis air dalam badan aku ni keluar. aku tak tahu la aku makan ape sampai macam ni. esoknya pegi hospital doktor bagi cuti sakit sehari, puiii mana cukup! dah la semalaman aku duk tido dalam toilet bagi cuti sehari je. damnnnnn! damnnnnn! damnnnnnnnnnnnnnnn!





Thursday, February 09, 2012

| hari berbunga-bunga.


assalamualaikum



yezza! dah lama tak update. jangan salah faham aku bukan sibuk berbulan madu macam orang lain yang amik kesempatan musim cuti semester nie untuk merealisasikan impian mereka untuk kawen. itu bukan sebab gatai tapi dah mampu plus untuk elak maksiat, itulah yang sebaiknya. entry aku kali agak panjang, kena banyak-banyak bersabar kalau nak teruskan baca, tak pun stop kejap p bancuh kopi, pastu sambung baca balik naa.


sebenarnya entry ni cerita 20 Januari lepas, disebabkan faktor kekangan masa dan pelbagai pergolakan yang timbul di musim cuti semester ni aku terpaksa postpone niat suci aku ni. yesss! perjalanan bermula seawal lepas subuh iaitu pukul 8.00 pagi, lepas subuh orang melayu. kitorang konvoi 3 buah kete, baby JNB, WVS & DBP sampai ke KL dalam pukul 2.00 petang camtu. merewang kat curve dan bermeatball kt ikea sampai ke petang. dan yessssss lupa hari tu jumaat, mesti jalan jem sebab orang balik awal, bekejar nak balik kampung cuti raya cina. bahana bahana. terima kasih banyak-banyak pada wawa sebab dia lah tour guide terbaik asia, dia sanggup redah jem dalam hujan lebat dari damansara ke sungai buloh semata-mata nak tunjuk jalan ke stesen KTM sungai buloh, padahal sepatutnya dia dah boleh balik tido kat rumah. wawa baik wawa cantik tapi dah ada boyfren. begitu juga dengan mira miza yang cun yang sanggup drop aku kat KTM sungai buloh padahal lepas tu dia nak kena drive balik JB. wuwuwu. terharu sebab ada kawan-kawan yang baik hati dan cantik, termasuklah tq, adlina, sue, putri & azie.


sabar yer, tak habis cerita lagi. 


dari sungai buloh berasak-asak naik komuter sampai ke kl sentral then sekali lagi naik komuter ke subang. yesss ke subang! sebenarnya nak stay shah alam je tapi member tak habis exam lagi. terpaksa tukar plan ke rumah one of my friend kat subang. jangan salah sangka, niat aku baik datang sini sebab nak beli buku guna voucher buku RM200 yang najib bagi tu. kehkehkeh. bayangkan penat perjalanan dari awal pagi dan pukul 10.00 malam baru sampai subang. bayangkan betapa penatnyaaaaa!


masa tu hujan renyai-renyai, dia datang jemput aku. masa tu aku asyik cakap penatnyaaaa penatnyaaaa, tak fikir pun nak cakap hai ke, assalamualaikum ke, terukkan? pastu dia hantar aku, dia cakap naik la letak barang dulu, nanti mesti dah tak penat dah. aku dengan bongoknya terus naik sebab aku penat giler, kepala otak pikir nak landing je. penat oiii dari pagi sampai nak jumpa pagi balik, dengan tak mandi, pakai baju sama dari pagi. selekehnya aku jumpa dia, selekehnya aku. malu betol. wuwuwu. tapi buat tak tahu je lah, nak buat caner lagi. heeee.


bila aku on lampu, nahhhh surprise! aku memang terkejut tengok kat katil ada sejambak bunga ros merah dan sekotak perfume. tak tahu nak react macammana, hanya mampu tersenyum sebab aku rasa macam dalam drama. hahaha. sweet kan? tak tahu la pulak dia boleh jadi romantik macam nie. aku nie pulak bukan la kayu sangat tapi masa tu penat sangat, jadinya masa turun tu boleh senyum dan cakap terima kasih jelah. hehehe. 




hai boyprenggg! you know what, i tak pernah dapat bunga dari sesiapa apatah lagi sejambak besar macam tu, and the perfume too, you're the first yang bagi bunga and perfume kat i. thank you so much ya. i really appreciate it. mungkin you tak nampak tu dari riak muka i tapi jauh di sudut hati i memang rasa terharu, gembira dan terasa dihargai, dan betul cakap you, hilang semua rasa penat sebab surprise tu. terima kasih boyprenggg. by the way, i love surprise. hehehe.




nampak tak mata aku yang berair dan merah menyala tanda nak tido sangat-sangat. tapi lepas tu boleh lagi pegi melepak kedai mamak dengan dia pekena roti canai sebijik nescafe ais segelas baru la baik tido. hehehe.




bunga sejambak pun dah okey, tapi kalau agak-agak nak buat surprise lagi beli la satu bonet kereta, buat macam ala-ala surprise seth tan kat nora elena gitewww. hahaha. verangannnn!




yang paling aku terharu masa kat mid valley, dia teman aku pi sana sebab aku memang bajet nak beli buku & akta kat MPH sambil-sambil tengok wayang. sekali MPH buat clearance dan buku semua berterabur, rak semua kosong. perghhh memang bengang la aku mase tu, terus tak de mood nak cakap, jalan punye jalan memang takde mood. nak gi jalan tar memang dah malasss! and at the end, untuk mengembalikan balik mood aku tu, dia belikan handbeg yang aku suka tapi nak beli tak de duit tu. aku memang la suka sangat tapi rasa malu sebab asyik dia je belikan aku, padahal dia yang birthday boyyy tapi aku tak beli hadiah ape-ape pun. teruk kan aku? aku pun rasa aku memang teruk. grrrrr. memang patut ah kawan-kawan aku cakap aku ni tak romantik. wuwuwu. sedehnyaaaa. 


sebenarnye kan, masa dia pi solat aku merayau-rayau la kt mid tu nak carik kedai kek nak buat birthday surprise kat dia tapi sampai lenguh kaki aku jalan tak jumpe pun, roti boy ade la, takkan birthday nak makan roti boy kott. wuwuwu. sudahnya aku beli la baju nak hadiahkan kat dia, tak ada la mahal-mahal macam yang dia dah ada tapi tu je aku mampu mase tu. wuwuwu. aku rase macam sedehhh je cerita aku nie.




aku suka sangat sebab malam tu aku bagi baju, esoknya terus dia pakai. hehehe. aku rasa baju lengan purple ni memang sesuai untuk dia, pandaikan aku pilih? hehehe.




you, i mungkin tak seromantik perempuan lain yang selalu bagi hadiah mahal-mahal dan kata-kata puitis kat pakwe diorang, tapi itu saja yang i mampu, happy belated birthday ya. terima kasih yang tidak terhingga atas segala layanan baik, segala hadiah, surprise, makan, minum dan wayang yang u blanja selama i jumpa u, i memang tak mampu balas. i hargai semua kebaikan dan effort you untuk kehadiran i yang tak seberapa ni. i don't know how to be romantic, i don't know how to play with words, but the only thing i know for sure is, i love youuuuu.



and the song is for you.






* ni memang tak boleh blah, masa aku bawak bunga ni naik komuter nak pi shah alam, ada sorang akak tu tanya, "baru balik konvo ke dik?" aku dah agakkkk.

* yang paling tak boleh blah, sampai stesen ktm shah alam member aku jemput naik motor doe! bayangkan member aku merempit kat highway klang tu aku plak duk belakang pakai helmet bawak bunga, semua orang tengok malu siotttt! merempit bawak bunga. hahaha.

* terima kasih jugak pada watak sampingan dalam cerita ni, rozi, member aku yang bagi aku tumpang rumah dia, bagi aku makan maggi dia, temankan aku beli buku-buku yang aku nak dan bawak aku merempit ngan moto ntah ke mana-mana. hahaha.



once again, thank you Muhammad Iqbal.