Loyal Followers

Thursday, January 12, 2012

terima kasih!

assalamualaikum wbt.




walaupun hari dah 12 Januari 2012, tapi aku tetap nak ucap selamat tahun baru, aku bukan tak nak wish tapi malas nak menulis, itulah masalah tegar aku, banyak nak cerita tapi tak terluah dengan perkataan. bagi aku 2012 bukan tahun baru sebab sampai sekarang pun aku tak habis lagi final exam, best la junior awal-awal lg dah pack barang tarik beg troli depan aku. puiii! ingat aku jeles sangat ke? elehhh nak kerek je tarik beg troli, tak cool langsung.


masuk tahun 2012 ni maksudnya dah masuk 5 tahun aku jadi blogger dan sampai sekarang pun aku tak jadi kaya pun jasa duit nuffnang atau dari hasil berblogging. itu adalah satu realiti yang mengatasi fantasi nyata yang tidak zahir. tapi at least aku puas hati, aku dapat tulis sebahagian part penting yang jadi dalam hidup sepanjang tahun tu, walaupun aku memang tak pernah baca balik entry dan segala apa yang aku tulis masa lepas. 


bagi sesiapa yang pernah baca entry aku, tak kira la silent reader atau apa, aku tak pernah hipokrit dalam menulis, apa yang korang baca kat sini itulah yang aku rasa. apa yang orang tengok kat luar jarang menggambarkan apa yang aku rasa sebenarnya because i tend to hide my feeling through my face expression. it's comfortable for me to express my feeling in writing. kalau entry aku berunsur kasar maka garang lah ku, kalau entry aku berunsur sedih maka menangis lah aku, kalau entry aku berunsur ceria maka gembira lah aku. gaya penulisan membawa bersama satu perlambangan besar yang akan menggambarkan sikap penulis. 


aku suka menulis tapi kadang-kadang malas. tapi aku cukup tak suka orang cakap balik dan tanya tentang apa yang aku tulis tu depan muka aku, aku tulis untuk orang baca bukan untuk orang tanya. dari dulu lagi aku simpan satu impian nak jadi penulis tapi aku rasa tu memang angan-angan kosong. aku tak de pengalaman, aku tak de pendidikan formal pasal tu, kalau setakat nak karang cerita bodoh tu  boleh la. macam sekarang ni lah, orang tengok sibuk-sibuk study aku duk rilek atas katil sambil karang entry entah apa-apa ni dengan ditemani sekotak air teh kundur bersama dengan dialog-dialog dalam cerita Kashaf Imani yang dilakonkan beto khusyairi dan syarifah amani sedang terngiang-ngiang di telinga dengan harapan beto khusyari menang anugerah pelakon tv lelaki popular ABP 2011. cuaca redup dan cahaya samar-samar yang menerobos masuk melalui langsir jarang bilik aku ni memang tak bagi aku study, aku frust siot semalam exam susah dan keluar lepas exam dengan harapan nak makan McD dan end up dengan makan sate ayam 10 cucuk. kenyanggggg.


aku selalu berdoa semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk menulis lagi sampai ke hari ni sebab sekurang-kurangnya bila aku dah tak ada dan pergi tinggalkan orang-orang yang aku sayang, sekurang-kurangnya mereka boleh baca entry-entry aku dan mereka akan sedar yang mereka lah yang menciptakan sebahagian karangan hidup aku. aku juga berdoa kepada Allah semoga diberikan aku kejayaan dalam hidup supaya aku dapat membahagiakan keluarga dan kawan-kawan. dan semoga dikurniakan seorang lelaki soleh yang boleh menundukkan dan membimbing aku untuk menjadi seorang wanita yang baik. semoga tahun 2012 ni akan melakar satu lagi karangan indah yang boleh dicoretkan untuk dijadikan satu kenangan untuk diri sendiri. 


terima kasih kerana sudi membaca. 


#neraka tu panas siot, elakkan buat dosa. selamat beramal! :)