Loyal Followers

Friday, December 23, 2011

| santau paku

assalamualaikum


selamat hari jumaat yawww! pagi-pagi td masa aku online facebook, aku ade tertengok satu video pasal santau yang kawan aku post, santau paku. dengar pun dah gerun, saja aku nak share benda-benda mistik pasal santau nie ngan korang. jom tengok!




amacam? gerunkan tengok paku, kaca & jarum kuar ikut mulut & alat sulit. aku macam tak habis fikir macammana manusia boleh menganiaya manusia lain sampai macam nie. kesiannya tengok kakak tu. mengikut apa yang aku dengar akak baju merah nie dah start sakit lepas dua bulan dia kahwin, sampai la sekarang anak dia dah besar. nak kata orang santau sebab jeles ke ape ke wallahualam. tapi yang pastinya orang yang guna santau untuk jatuhkan orang lain tu lebih keji dari binatang.


sebagai makhluk Allah kita wajib percaya tentang wujudnya benda-benda ghaib. sihir ni telah difirmankan oleh Allah di dalam kitab suci Al-Quran yang mana ia dah wujud sejak zaman Nabi Musa lagi.


Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)



Rasulullah pun pernah disihir, inikan kita manusia biasa. ramai dalam kalangan kita nie tak ada pendedahan dan tak tahu pasal sihir yang bermacam-macam nie. tanda-tanda orang terkena sihir nie banyak, tapi yang paling ketara dan selalu terjadi macam ni:


1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.


2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.


3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.


Dalam Islam, ada banyak cara yang boleh kita amalkan untuk elak sihir, antaranya:

1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : “Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim”.
5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
6. Membaca zikir : “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir “ (sepuluh kali)
7. Membaca : “A’uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq”
sumber : zaharuddin.net

aku cuma sekadar nak berkongsi, yang mana baik jadikan ikutan, yang mana tak baik jadikan sempadan. kepada manusia-manusia yang ada sekelumit niat guna sihit untuk menjahanamkan manusia lain, meh baca sini 
Erti firman Allah : “Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah : 102)
Ia berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

semua ada otak kan? lu pikir la sendiri! selamat hari jumaat dan selamat beramal! :)




No comments:

Post a Comment