Loyal Followers

Thursday, December 22, 2011

| pandai tapi tak cerdik


assalamualaikum 


memandangkan tujuan asal aku berblogging hanya untuk suka-suka, maka sekali setahun lah aku update blog aku nih. bukan tak ada cerita nak share tapi malas nak menulis, maklumlah aku bukan macam hanis zalikha, fatin liyana mahupun maria elena yang mampu menarik beribu-ribu follower masuk blog diorang. blog roman picisan kepunyaan orang pemalas macam aku ni sape nak masuk. cewahhhhh ayat makan hati macam tak makan nasi. kehkehkeh.

paragraph intro aku tu tak de kena mengena pun dengan entry aku ni, sebenarnya kalau tak nak baca pun tak ape. berbalik pada tajuk asal, masa aku kat rumah 2-3 hari lepas, aku terdengar abah aku cakap, 

"Malaysia nie tak lama lagi nak kena bala jugak nie, ada perempuan ramai-ramai pun pegi kawen dengan kaum sejenis jugak. belajar je pandai tapi otak tak cerdik!"

"Kenapa bah?"

"Awak tak baca paper, tak tengok berita ke?"

"Tak pun."

"Tu lah merayap rumah orang je tahu, apa yang jadi kt Malaysia ni pun awak tak amik tahu"

kena setempek! memang aku akui la yang aku nie jarang baca paper, setakat berita 'pemuda kahwin wanita andalusia.', 'imam kahwin wanita muda', kereta mewah fasha sandha hilang kt beautifulnara tu aku tau la. jadi utk clarify isu yg bapak aku cakap tu aku pun bukak fb sbb aku rasa fb je medium terpantas utk dapatkan berita panas & sensasi. tetibe panggggggg keluar gambar ni




bapaklah geli siotttt, kambing ngan lembu pun tak kissing sesama jenis woi. nie aku tak tahu la Ariff Alfian nie manusia spesies ape kat mukabumi Allah nie. betul la ape abah aku cakap tu, nak kata bodoh tak bodoh sampai petronas boleh taja pegi blaja oversea, otak dah pandai tapi tak cerdik sebab tak boleh fikir yang mana agama suruh dan yang mana agama larang. yang paling tak boleh blah, si Ariff Alfian nie buat statement yang dia masih beragama Islam dan akan beragama Islam sampai dia mati. perghhh! memang siot la dia nie, dah kalau kahwin dengan kaum sejenis yang dah memang sah-sah akan dilaknat Allah tambah pulak kahwin dalam gereja, Islam ape macam tu? 

pada pandangan peribadi aku, pelajar-pelajar yang study kat oversea nie diorang terbahagi kepada 4 kategori:

1. Yang Alim Bertambah Alim

Yang mana kat Malaysia nie pun diorang dah alim, dah kuat agama, bila dah pergi belajar oversea lagilah bertambah keimanan diorang, walaupun duduk di negara orang yang banyak dugaan, tetap boleh pakai tudung, solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan & buat perkara-perkara yang wajib.

2. Yang Alim Jadi Sosial

Contoh yang paling cool yang aku boleh bagi ialah khairul izwan ahli kumpulan saujana yg dulu. kalau tak kenal korang boleh google. dia dulu penyanyi nasyid pastu dapat sambung medic kat oversea then balik Malaysia jadi bapuk then masuk audition OIAM. rambut panjang, blonde lagi, dulu ade video tp skrg dah diremove kot. aku bukan niat nak jatuhkan maruah dia tapi itulah contoh pelajar yang nampak beriman tapi belum tentu lagi iman dia kuat untuk menangkis dugaan dan cabaran sosial di negara-negara luar. contoh paling dekat, Ariff Alfian.

3. Yang Biasa Jadi Alim

Alim yang aku maksudkan ialah tinggi nilai keagamaanya. Pelajar biasa yang pegi belajar kat oversea then kat sana diorang lebih dekat dengan Islam dan selalu belajar ilmu agama. Pada pandangan peribadi aku la, diorang ni mungkin ada niat dalam hati untuk mencari sesuatu dan mereka menjumpai sesuatu itu di negara orang yang membuatkan mereka lebih menghargai ciptaan Allah.

4. Yang Sosial Bertambah Sosial

Contoh yang paling ngam, Fateen Min Bahari atau nama sebenarnya Mohammed Fadzil Min Bahari. dia transgender, cantik gila kalah perempuan pure. kawen ngan mat salleh kat UK pastu tinggal mcm tu je sampai nak gila laki dia. macam tu sekali penangan pondan Malaysia.


itu yang boleh aku simpulkan dari apa yang aku tahu dan aku perhatikan. mungkin orang akan cakap 'ape kau tahu, kau bukan pernah pegi oversea pun, jangan nak sembang kencang la.' yezza! memang aku tak pernah pegi oversea melainkan Thailand, tapi aku ada kawan-kawan yang tinggal dan belajar kat sana dan aku bercakap dan menulis berdasarkan apa yang aku dapat tengok dari diorang. Mohon maaf kalau ada sesuatu dari penulisan aku yang membuatkan orang terasa, aku tak de niat pun nak jatuhkan maruah sesiapa tapi sekadar untuk berkongsi. kita mungkin bijak dan pandai dalam pelajaran tapi tak semestinya kita waras untuk menilai baik dan buruk setiap tindakan kita. walau dimanapun kita, biarlah hidup kita berpaksikan agama Islam, insyaallah kita tak akan sesat.




^_____^


4 comments:

  1. eeeeiiii !! tak malu betol !! kissing pakai baju melayu pulak tuh !! uweeeekkk !!

    ReplyDelete
  2. wah.. so sweet.. comolot gitu.. harharhar

    ReplyDelete