Loyal Followers

Saturday, December 24, 2011

| dan mati itu pasti

assalamualaikum


pagi tadi tak tahu kenapa aku rasa susah sangat nak masuk ilmu dalam dada bila baca buku. then aku bukak youtube dgn tujuan nak dengar zikir-zikir yang boleh jadi penenang hati untuk belajar, dan terjumpa satu video tentang kewafatan Rasulullah s.a.w.




subhanallah. betapa sedihnya aku bila tengok video nie, tak sedar air mata laju jatuh dari kelopak mata. betapa aku tidak pernah tahu tentang kisah sedih sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. betapa alpanya aku hidup sebagai manusia dalam mengingati mati. betapa aku kagum dengan kekuatan & ketabahan Rasulullah s.a.w. di saat-saat terakhir baginda menempuhi mati. dan betapa beruntungnya para sahabat kerana berpeluang hidup dan merasai kesusahan & kegembiraan bersama-sama  di zaman Rasulullah s.a.w. aku dapat lihat bagaimana sedih dan tidak percayanya umar tentang kewafatan Rasulullah sedangkan dulu dia lah yang paling menentang agama Islam dan dia adalah seorang sahabat yang kuat. betapa sedihnya abu bakar semasa mengumumkan kewafatan Rasulullah s.a.w. dan betapa terasa kehilangannya Bilal bila dia tidak lagi azan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.


Ya Allah, betapa ruginya aku kerana tidak berpeluang mengucup arwah datukku sebelum jasadnya dikafankan 5 tahun yang lepas. betapa bodohnya aku tidak mengambil peluang itu kerana sibuk menangisi pemergiannya. betapa sedihnya aku kerana setiap tahun sehari sebelum ulangtahun kelahiranku adalah adalah hari pemergian arwah datukku.


"tok ayah, kak long minta maaf banyak-banyak sebab ini sahaja yang kak long mampu capai setakat ni. kak long tak mampu nak jadi doktor macam yang tok ayah nak dulu, tapi insyaallah kak long akan beri kejayaan yang lain dan semoga cucu-cucu tok ayah yang lain boleh merealisasikan apa yang tok ayah nak tu. kami, anak-anak dan cucu-cucu akan sentiasa mendoakan tok ayah. terima kasih atas harta kesenangan dan pendidikan agama yang tok ayah tinggalkan sebelum meninggalkan kami." 

- Allahyarham Nik Mustapha Bin Raja Hasan, ikhlas dari cucu sulungmu, Nik Nur Imana Bt Nik Li



"Kesejahteraan kepada kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang sudah Allah tetapkan sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini."


betapa Rasulullah s.a.w. pun Allah uji dengan kesakitan dan pelbagai dugaan, ini kan pula kita manusia biasa.  semoga kita tidak alpa dalam mengingati mati dan semoga saudara seagama kita yang telah pulang kepada penciptanya akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 




aminnnnn.


2 comments: