Loyal Followers

Tuesday, December 27, 2011

| saje tulis

assalamualaikum




Muhammad Izz Gaddaffi

Muhammad Idzuafi Hadiff

Muhammad Idzriff Mikhail

Nur Dahlia Imani

Nur Deena Melissa





#saja tulis, kang kalau tak tulis takut lupa. heeee.




Sunday, December 25, 2011

| seadanya aku


Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu




# aku bukan peminat nubhan, tapi hanya terasa lagu ini memang sedap bila singgah di telinga.


Saturday, December 24, 2011

| dan mati itu pasti

assalamualaikum


pagi tadi tak tahu kenapa aku rasa susah sangat nak masuk ilmu dalam dada bila baca buku. then aku bukak youtube dgn tujuan nak dengar zikir-zikir yang boleh jadi penenang hati untuk belajar, dan terjumpa satu video tentang kewafatan Rasulullah s.a.w.




subhanallah. betapa sedihnya aku bila tengok video nie, tak sedar air mata laju jatuh dari kelopak mata. betapa aku tidak pernah tahu tentang kisah sedih sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. betapa alpanya aku hidup sebagai manusia dalam mengingati mati. betapa aku kagum dengan kekuatan & ketabahan Rasulullah s.a.w. di saat-saat terakhir baginda menempuhi mati. dan betapa beruntungnya para sahabat kerana berpeluang hidup dan merasai kesusahan & kegembiraan bersama-sama  di zaman Rasulullah s.a.w. aku dapat lihat bagaimana sedih dan tidak percayanya umar tentang kewafatan Rasulullah sedangkan dulu dia lah yang paling menentang agama Islam dan dia adalah seorang sahabat yang kuat. betapa sedihnya abu bakar semasa mengumumkan kewafatan Rasulullah s.a.w. dan betapa terasa kehilangannya Bilal bila dia tidak lagi azan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.


Ya Allah, betapa ruginya aku kerana tidak berpeluang mengucup arwah datukku sebelum jasadnya dikafankan 5 tahun yang lepas. betapa bodohnya aku tidak mengambil peluang itu kerana sibuk menangisi pemergiannya. betapa sedihnya aku kerana setiap tahun sehari sebelum ulangtahun kelahiranku adalah adalah hari pemergian arwah datukku.


"tok ayah, kak long minta maaf banyak-banyak sebab ini sahaja yang kak long mampu capai setakat ni. kak long tak mampu nak jadi doktor macam yang tok ayah nak dulu, tapi insyaallah kak long akan beri kejayaan yang lain dan semoga cucu-cucu tok ayah yang lain boleh merealisasikan apa yang tok ayah nak tu. kami, anak-anak dan cucu-cucu akan sentiasa mendoakan tok ayah. terima kasih atas harta kesenangan dan pendidikan agama yang tok ayah tinggalkan sebelum meninggalkan kami." 

- Allahyarham Nik Mustapha Bin Raja Hasan, ikhlas dari cucu sulungmu, Nik Nur Imana Bt Nik Li



"Kesejahteraan kepada kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang sudah Allah tetapkan sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini."


betapa Rasulullah s.a.w. pun Allah uji dengan kesakitan dan pelbagai dugaan, ini kan pula kita manusia biasa.  semoga kita tidak alpa dalam mengingati mati dan semoga saudara seagama kita yang telah pulang kepada penciptanya akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 




aminnnnn.


Friday, December 23, 2011

| ludah panglima ludah beracun

assalamualaikum


aku tahu ramai yang duk bercakap-cakap pasal budak UPSI yang turunkan bendera najib kat PWTC hari tu, then tak pasal-pasal sekarang UPSI dapat nama. yang tak pernah tahu UPSI duk belah mana pun sekarang dah aware pasal nie. hahaha. cepat betul menjulang populariti. ok aku bulan nak cakap pasal UPSI mahupun abang kacak yang turunkan bendera tu, tapi syok tengok geng-geng bina badan duk main video nak ludah-ludah mahasiswa. hahaha. pada sape-sape yang tak tengok lagi boleh la tengok. kihkihkih.




hihihi. nie aku tak tahu ape purpose diorang buat video macam nie, nak bodek ke nak ape aku tak tau. darah panglima celah mana pun aku tak tau jugak. terpekik terlolong nak ludah la nk tampar la, ape barang weh? malu kat budak-budak. ingat muka orang ni ape nak ludah-ludah? orang bayar cukai la wehhh. menggelabah la bro-bro neh! hahaha. aku rasa ramai duk gelak berguling-guling tengok video bodoh neh. puiiiii! ada lagi satu video balasan pada video nie. kelakar giler weh, geli usus aku tengok. selamat menonton! puiiii! 




apa macam bro? ada bran? hahaha. jangan sampai nanti diorang berdemo turunkan bendera mark zuckerberg pulak, haru nanti kita dah tak boleh guna facebook. bhahaha. puiiii!


| santau paku

assalamualaikum


selamat hari jumaat yawww! pagi-pagi td masa aku online facebook, aku ade tertengok satu video pasal santau yang kawan aku post, santau paku. dengar pun dah gerun, saja aku nak share benda-benda mistik pasal santau nie ngan korang. jom tengok!




amacam? gerunkan tengok paku, kaca & jarum kuar ikut mulut & alat sulit. aku macam tak habis fikir macammana manusia boleh menganiaya manusia lain sampai macam nie. kesiannya tengok kakak tu. mengikut apa yang aku dengar akak baju merah nie dah start sakit lepas dua bulan dia kahwin, sampai la sekarang anak dia dah besar. nak kata orang santau sebab jeles ke ape ke wallahualam. tapi yang pastinya orang yang guna santau untuk jatuhkan orang lain tu lebih keji dari binatang.


sebagai makhluk Allah kita wajib percaya tentang wujudnya benda-benda ghaib. sihir ni telah difirmankan oleh Allah di dalam kitab suci Al-Quran yang mana ia dah wujud sejak zaman Nabi Musa lagi.


Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)



Rasulullah pun pernah disihir, inikan kita manusia biasa. ramai dalam kalangan kita nie tak ada pendedahan dan tak tahu pasal sihir yang bermacam-macam nie. tanda-tanda orang terkena sihir nie banyak, tapi yang paling ketara dan selalu terjadi macam ni:


1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.


2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.


3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.


Dalam Islam, ada banyak cara yang boleh kita amalkan untuk elak sihir, antaranya:

1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : “Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim”.
5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
6. Membaca zikir : “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir “ (sepuluh kali)
7. Membaca : “A’uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq”
sumber : zaharuddin.net

aku cuma sekadar nak berkongsi, yang mana baik jadikan ikutan, yang mana tak baik jadikan sempadan. kepada manusia-manusia yang ada sekelumit niat guna sihit untuk menjahanamkan manusia lain, meh baca sini 
Erti firman Allah : “Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah : 102)
Ia berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

semua ada otak kan? lu pikir la sendiri! selamat hari jumaat dan selamat beramal! :)




Thursday, December 22, 2011

| pandai tapi tak cerdik


assalamualaikum 


memandangkan tujuan asal aku berblogging hanya untuk suka-suka, maka sekali setahun lah aku update blog aku nih. bukan tak ada cerita nak share tapi malas nak menulis, maklumlah aku bukan macam hanis zalikha, fatin liyana mahupun maria elena yang mampu menarik beribu-ribu follower masuk blog diorang. blog roman picisan kepunyaan orang pemalas macam aku ni sape nak masuk. cewahhhhh ayat makan hati macam tak makan nasi. kehkehkeh.

paragraph intro aku tu tak de kena mengena pun dengan entry aku ni, sebenarnya kalau tak nak baca pun tak ape. berbalik pada tajuk asal, masa aku kat rumah 2-3 hari lepas, aku terdengar abah aku cakap, 

"Malaysia nie tak lama lagi nak kena bala jugak nie, ada perempuan ramai-ramai pun pegi kawen dengan kaum sejenis jugak. belajar je pandai tapi otak tak cerdik!"

"Kenapa bah?"

"Awak tak baca paper, tak tengok berita ke?"

"Tak pun."

"Tu lah merayap rumah orang je tahu, apa yang jadi kt Malaysia ni pun awak tak amik tahu"

kena setempek! memang aku akui la yang aku nie jarang baca paper, setakat berita 'pemuda kahwin wanita andalusia.', 'imam kahwin wanita muda', kereta mewah fasha sandha hilang kt beautifulnara tu aku tau la. jadi utk clarify isu yg bapak aku cakap tu aku pun bukak fb sbb aku rasa fb je medium terpantas utk dapatkan berita panas & sensasi. tetibe panggggggg keluar gambar ni




bapaklah geli siotttt, kambing ngan lembu pun tak kissing sesama jenis woi. nie aku tak tahu la Ariff Alfian nie manusia spesies ape kat mukabumi Allah nie. betul la ape abah aku cakap tu, nak kata bodoh tak bodoh sampai petronas boleh taja pegi blaja oversea, otak dah pandai tapi tak cerdik sebab tak boleh fikir yang mana agama suruh dan yang mana agama larang. yang paling tak boleh blah, si Ariff Alfian nie buat statement yang dia masih beragama Islam dan akan beragama Islam sampai dia mati. perghhh! memang siot la dia nie, dah kalau kahwin dengan kaum sejenis yang dah memang sah-sah akan dilaknat Allah tambah pulak kahwin dalam gereja, Islam ape macam tu? 

pada pandangan peribadi aku, pelajar-pelajar yang study kat oversea nie diorang terbahagi kepada 4 kategori:

1. Yang Alim Bertambah Alim

Yang mana kat Malaysia nie pun diorang dah alim, dah kuat agama, bila dah pergi belajar oversea lagilah bertambah keimanan diorang, walaupun duduk di negara orang yang banyak dugaan, tetap boleh pakai tudung, solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan & buat perkara-perkara yang wajib.

2. Yang Alim Jadi Sosial

Contoh yang paling cool yang aku boleh bagi ialah khairul izwan ahli kumpulan saujana yg dulu. kalau tak kenal korang boleh google. dia dulu penyanyi nasyid pastu dapat sambung medic kat oversea then balik Malaysia jadi bapuk then masuk audition OIAM. rambut panjang, blonde lagi, dulu ade video tp skrg dah diremove kot. aku bukan niat nak jatuhkan maruah dia tapi itulah contoh pelajar yang nampak beriman tapi belum tentu lagi iman dia kuat untuk menangkis dugaan dan cabaran sosial di negara-negara luar. contoh paling dekat, Ariff Alfian.

3. Yang Biasa Jadi Alim

Alim yang aku maksudkan ialah tinggi nilai keagamaanya. Pelajar biasa yang pegi belajar kat oversea then kat sana diorang lebih dekat dengan Islam dan selalu belajar ilmu agama. Pada pandangan peribadi aku la, diorang ni mungkin ada niat dalam hati untuk mencari sesuatu dan mereka menjumpai sesuatu itu di negara orang yang membuatkan mereka lebih menghargai ciptaan Allah.

4. Yang Sosial Bertambah Sosial

Contoh yang paling ngam, Fateen Min Bahari atau nama sebenarnya Mohammed Fadzil Min Bahari. dia transgender, cantik gila kalah perempuan pure. kawen ngan mat salleh kat UK pastu tinggal mcm tu je sampai nak gila laki dia. macam tu sekali penangan pondan Malaysia.


itu yang boleh aku simpulkan dari apa yang aku tahu dan aku perhatikan. mungkin orang akan cakap 'ape kau tahu, kau bukan pernah pegi oversea pun, jangan nak sembang kencang la.' yezza! memang aku tak pernah pegi oversea melainkan Thailand, tapi aku ada kawan-kawan yang tinggal dan belajar kat sana dan aku bercakap dan menulis berdasarkan apa yang aku dapat tengok dari diorang. Mohon maaf kalau ada sesuatu dari penulisan aku yang membuatkan orang terasa, aku tak de niat pun nak jatuhkan maruah sesiapa tapi sekadar untuk berkongsi. kita mungkin bijak dan pandai dalam pelajaran tapi tak semestinya kita waras untuk menilai baik dan buruk setiap tindakan kita. walau dimanapun kita, biarlah hidup kita berpaksikan agama Islam, insyaallah kita tak akan sesat.




^_____^


Sunday, December 11, 2011

| sengkek guwa!







duit kuar macam cirit-birit
duit masuk macam sembelit
sengkek weh sengkek!








^_____^





Monday, December 05, 2011

| adik khairul fahmi meninggal dunia

assalamualaikum



just a quick update



tidak reda lagi dengan kontroversi percintaan dengan Dalia Teck
satu lagi ujian menimpa Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi kehilangan adiknya, Mohd Amirul Izzat Che Mat (16)
yang telah pulang ke rahmatullah pd jam 11.30 pagi td akibat demam denggi


Berikut ialah kata-kata Apek:
Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

sumber : beautifulnara



takziah kepada Khairul Fahmi sekeluarga
sesungguhnya dari Dia kita datang
dan pada Dia kita pulang



Al-Fatihah


# sudah-sudah la para wartawan dan masyarakat Malaysia, asyik tulis pasal kontroversi/gosip pasal Khairul Fahmi dengan pompuan tu pompuan nie.  he's not a celebrity, he has his own life, why don't just let him live his life to the fullest. if you are one of his million supporters, just support his career as a goal keeper. that's it, easy right? :)




^___^



Saturday, December 03, 2011

| dan bila esok


dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki 
untuk selama-lamanya

dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
untuk selama-lamanya






# danbilaesokbysofaz



^____^