Loyal Followers

Saturday, October 15, 2011

abah!

assalamualaikum wbt.


maghrib tadi lepas balik drpd Pertandingan Syariah Mooting terus tido sbb penat sgt
ready dari pukul 7.00 pagi sampai la ke 7.15 petang baru la sampai bilik
nampak katil terus terjun dan hanyut sampai la ke tengah malam nie


masa tgh tido tu aku mimpi abah aku meninggal
masa tu family aku susah sangat, aku tak ada semangat nak belajar
hari-hari menangis teresak-esak rindukan abah aku
sampai satu malam mama aku bagi aku sebatang pen
pen tu yang abah aku selalu guna setiap kali dia kerja
mama aku cakap dia bagi pen tu untuk aku simpan
supaya setiap kali aku rindu abah, aku boleh tengok pen tu
lepas tu aku nangis teresak-esak berjurai air mata
tetiba aku terjaga dengan pipi aku basah dgn air mata
aku tak perasan yang aku menangis teresak-esak dalam tidur
tengok jam dah pukul 1.00 pagi


masyaallah! 
aku rasa sgt bersyukur sebab apa yg terjadi tu hanya dlm mimpi
aku bangun terus carik hp dan call abah aku
tp x berjawab mungkin sebab ma & abah aku dah tido
sedih & sayu yang tak tahu macamana nak cakap
sambil tulis blog sambil menangis


From: Abah
Message: sorry kak long, abah dah tido. awak kenapa call tgh mlm? ada masalah ke? 

From: Kak Long
Message: x de apa, nanti esok kak long call abah balik. selamat malam.




Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan mimpi itu, sekurang-kurangnya aku tidak leka dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan dalam hidup. Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu menyayangi kedua ibu bapa dan ahli keluargaku, kau panjangkan lah umur mereka supaya dapat aku membalas segala jasa dan pengorbanan mereka untukku selama ini. Ya Allah, lindungilah mereka sepanjang mereka berada jauh daripada pandangan mataku. Sesungguhnya hanya Engkau yang berkuasa atas segalanya.


dad is often overprotective and somewhat annoying, 
but do you think you can be who you are without him?



^________^


2 comments: