Loyal Followers

Wednesday, August 31, 2011

stanza kemedekaan

assalamualaikum wbt.



kemerdekaan bukan untuk ditayang, tetapi untuk dirasai bersama


tahun ni kita dah sambut kemerdekaan yang ke 54. wajiblah semua rakyat Malaysia bangga sebab kita dah hidup aman damai selama 54 tahun. tapi berapa ramai yang tahu pasal sejarah Malaysia, atau lebih tepat sejarah membawa kepada kemerdekaan? yang SPM subjek Sejarah dapat A++ tu boleh ke cerita balik sejarah-sejarah lama tu? silibus subjek sejarah sekolah menengah tu cukup ke untuk tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia? persoalan-persoalan yang tak ada jawapan tu hanya diri korang sendiri yang boleh jawab. 


zaman sekarang kita yang muda belia bangga ni dapat jadi anak pasca merdeka, tapi tau ke kita siapa pejuang kemerdekaan? kalau tanya bapa kemerekaan mungkin kita boleh jawab Tunku Abdul Rahman sebab cikgu sejarah dah banyak kali sebut dalam kelas, tak cukup dengan itu iklan-iklan kt RTM pun selalu mention mcm tu. kita sepatutnya berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya datang dari pelbagai kaum, yang kita tak tahu di ceruk mana mereka tinggal, apa yang mereka dah buat untuk mempertahankan Tanah Malayu dari Inggeris di kawasan mereka, ada yang sanggup menyorok dalam hutan, ada yang sanggup mati sebab nak serang british, askar-askar melayu yang menentang musuh dalam hutan yang akhirnya terkorban dan ada juga yang lari ke dalam hutan dan langsung tak balik-balik. tapi kenapa kita hanya mengagungkan para pejuang kemerdekaan yang kebanyakannya berilmu, yang belajar tinggi saja? rakyat-rakyat yang berjasa yang sama-sama berjuang menentang british di kampung-kampung atau di tempat-tempat lain kenapa kita tak pernah tau. memang bukan salah kita sebab kat tv pun tak pernah ada cerita-cerita pasal mereka tapi kita sebagai anak pasca merdeka ni kena la ada inisiatif sendiri, yang mana ada datuk ke nenek ke moyang ke yang hidup zaman sebelum mereka tu cuba kita tanya mereka macammana susahnya hidup mereka dulu, macammana mereka berjuang untuk kemerdekaan, sempena hari raya ni semua anak cucu balik elok lah tanya supaya mereka bercerita dan anak-anak cucu yang lain boleh dengar dan tahu sejarah dulu yang tak ada dalam buku sejarah sekarang ni yang cikgu panitia sejarah sendiri pun tak tahu cerita tu. bayangkan betapa ruginya mereka kalau mereka meninggalkan anak cucu mereka tanpa menceritakan pengalaman hidup mereka dulu, sekurang-kurangnya ada generasi yang boleh bawak cerita mereka tu pada generasi lain. 


aku rasa terpanggil nak tulis macam ni sebab kat kampung aku ni ada jugak segelintir yang kita boleh gelarkan sebagai pejuang kemerdekaan, mereka adalah golongan-golongan tua termasuklah datuk aku yang dulunya berkhidmat sebagai guru dan dalam masa yang sama berjuang menentang British di tempat aku. apa yang mereka ceritakan semuanya aku tak pernah tahu dan tak ada pun dalam buku, dan aku terfikir betapa hebatnya mereka bercerita lengkap siap dengan nama, siap hari bulan dgn tahun lagi. bercerita dengan penuh semangat hinggakan berair kelopak mata, aku yang dengar ni pun rasa sayu. aku rasa satu kerugian besar bila mereka meninggal tanpa mereka warisi cerita-cerita mereka tu pada orang lain. ada jugak niat di hati aku nak tulis dan buku kan cerita-cerita mereka tu untuk simpanan sendiri tapi masa tak mengizinkan. point dari apa yang aku duk membebel tu hanyalah untuk korang semua hargai apa saja sejarah kemerdekaan yang ada di sekeliling korang tu, sebab bila kita lebih banyak tahu lebih dalam kita rasa erti kemerdekaan tu dan bukan hanya setakat tahu kibar bendera yang orang stesen minyak bg free tu je.


melayu, cina, india 
kita berbeza agama
kita berbeza bangsa
kita berbeza budaya
kita memang banyak beza
namun kita hidup di negara yang sama
kita rasai kemerdekaan yang sama
jadi, hidup harmoni lah kita bersama-sama



SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 54!



# you watch this video, you rock! :)




^__________^

No comments:

Post a Comment