Loyal Followers

Tuesday, September 20, 2011

# mereka bukan bodoh

assalamualaikum wbt.


dengan penatnya balik dari program interaksi senior junior law society
lepas tu online sambil makan burger ayam abang western dan tetiba terbaca headline


kalau korang nak baca lebih lanjut boleh klik headline tu

Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine and Richmend Mangi yang tidak dapat menduduki UPSR

aku bukan apa, geram kottt baca berita ni. ada ke patut pihak sekolah kurung 3 orang murid ni dalam satu bilik darjah sebab tak nak bagi diorang ni ambik UPSR. alasannya 3 orang murid ni lemah dalam pelajaran so kalau diorang ambik UPSR akan rosakkan prestasi sekolah. keji sungguh la perangai pihak-pihak yang terlibat ni, sepatutnya sebagai pendidik, masa depan murid tu perlu diutamakan bukannya prestasi sekolah. memang dulu kat maktab/universiti memang diajar untuk menaikkan nama sekolah ke? bukan untuk menaikkan prestasi pelajar. fikir la sendiri kalau mereka ni semua tak ambik UPSR macammana mereka nak sambung ke sekolah menengah? kecewa dengan sikap warga pendidik yang berperangai macam ni dan kesian tengok budak-budak ni, sepatutnya jika mereka lemah para pendidik tu kena bantu, tambah-tambah mereka ni tinggal di pedalaman.


# kepada bloggers yang terdiri daripada warga pendidik atau bakal tergolong dalam kalangan pendidik, jalankan lah tugas dengan amanah, betulkan niat asal kenapa nak jadi warga pendidik dan jangan jadi manusia yang tidak berperikemanusiaan macam mereka.


my coursemate opinion pertaining this matter


I would state that no person is stupid
though some people are more capable than others
stupidity does not define an individual person's capability




^_____^

6 comments: