Loyal Followers

Saturday, September 24, 2011

damn hotlink pelan baharu!

assalamualaikum!



bagi salam pun da geram sebab aku memang geram betol
semalam aku godek2 la hp maxis aku tu, saje jela gatai tangan
aku tekan la *100# tu, tengok2 ada hotlink pelan baharu
tak tau camne aku boleh tersalah tekan then shift kpd hotlink pelan baharu tu
wtf betol la! mmng la free benda tu tapi bila dah tukar pelan baharu tu
tapi lepas ni mmng dah tak boleh tukar ke pelan lain
bodoh la hotlink nie! 
ke aku yang bodoh sebab gatai tangan nak tekan?
memang aku dah tak boleh nak berpatah balik
membujur lalu melintang patah la jawabnya




ok korang abaikan dulu active10 tu eh

TENGOK !!!

maxis ngn maxis pun 10 sen/sms
kalau Hotlink Youth Club tu
dah boleh 10 msg dah kan??
call pun mahal jugak


so,
moral of the story
pastikan korang tau ape yang korang nak buat bila tekan *100# tu
jangan jadi bangang macam aku nak tukar2 pelan
rugi je laaa, nak terminate no ni pun sayang sbb dah lama guna
bodoh la hotlink ni! 
bodoh! 
pentingkan diri sendiri!
damn hotlink! damn! ! ! !





grrrrrrrrrrr!!!

Tuesday, September 20, 2011

# mereka bukan bodoh

assalamualaikum wbt.


dengan penatnya balik dari program interaksi senior junior law society
lepas tu online sambil makan burger ayam abang western dan tetiba terbaca headline


kalau korang nak baca lebih lanjut boleh klik headline tu

Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine and Richmend Mangi yang tidak dapat menduduki UPSR

aku bukan apa, geram kottt baca berita ni. ada ke patut pihak sekolah kurung 3 orang murid ni dalam satu bilik darjah sebab tak nak bagi diorang ni ambik UPSR. alasannya 3 orang murid ni lemah dalam pelajaran so kalau diorang ambik UPSR akan rosakkan prestasi sekolah. keji sungguh la perangai pihak-pihak yang terlibat ni, sepatutnya sebagai pendidik, masa depan murid tu perlu diutamakan bukannya prestasi sekolah. memang dulu kat maktab/universiti memang diajar untuk menaikkan nama sekolah ke? bukan untuk menaikkan prestasi pelajar. fikir la sendiri kalau mereka ni semua tak ambik UPSR macammana mereka nak sambung ke sekolah menengah? kecewa dengan sikap warga pendidik yang berperangai macam ni dan kesian tengok budak-budak ni, sepatutnya jika mereka lemah para pendidik tu kena bantu, tambah-tambah mereka ni tinggal di pedalaman.


# kepada bloggers yang terdiri daripada warga pendidik atau bakal tergolong dalam kalangan pendidik, jalankan lah tugas dengan amanah, betulkan niat asal kenapa nak jadi warga pendidik dan jangan jadi manusia yang tidak berperikemanusiaan macam mereka.


my coursemate opinion pertaining this matter


I would state that no person is stupid
though some people are more capable than others
stupidity does not define an individual person's capability




^_____^

Saturday, September 17, 2011

# anak malaysia!

assalamualaikum wbt.


aku tahu aku selalu jadi loser dalam bab buat entry pasal special day
i mean macam hari raya, hari merdeka tidak terkecuali hari malaysia
ok walaupun hari malaysia tu kita cuti semalam
tapi ok kot aku baru nak wish hari ni


Happy Malaysia Day


dan anak malaysia memang selalu jarang call mak bapak, termasuklah aku
dan tadi setelah habis makan mee sedap aku pun call bapak aku


teeetttt! teeettt! teeettt! teeettt! bunyi sepuloh kali.

abah : selamat hari malaysia. yer carik siapa? ni bukan rumah janda. (dgn nada suara mcm pondan)
aku  : errr. abah tak payah nak buat suara pondan lahhh.
abah : hah kak long nape tepon, nak duit lah tu. (dgn suara lelaki seperti sediakala)
aku  : bkn la abah, duit ada lagi. saja tepon sebab lepas balik sini tak penah tepon lagi.
abah : haa tau pun. abah pun malas nak membazir kredit tepon awak tu.
aku  : ek eleh. abis tu buat apa tadi lambat angkat tepon?
abah : eh biar la abah bukan buayafren awak, jawab call lambat pun tak pe.
aku  : erkkk. buayafren celah mana pulak.
abah : semalam cuti hari malaysia awak buat apa?
aku  : tak de buat ape pun, g kuala perlis je jalan-jalan ambik gambar.
abah : org lain hari malaysia g berarak, awak g jalan-jalan, tak patriotik langsung. kata belajar undang-undang, sejarah SPM dapat A.
aku  : aik! dah tu apa kena mengena nye?
abah : sepatutnya awak kena sambut hari malaysia tu macam hari merdeka jugak.. bla bla bla bla bla bla bla ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
tutttt... tutttt... tuttt... tuttt...

ok dah putus, tak pe malam ni boleh tepon lagi. :)


memang la cuti hari malaysia semalam aku kuar jalan-jalan tapi bukan saje-saje kot
aku ngan kawan-kawan aku g melawat nenek loyar lawa kat felda chuping
yela drpd aku jadi batu bersurat kat bilik tu baik la aku buat amal bakti 
lagipun seronok kot g felda chuping tu, cantik gilaaaa view
kalau korang yang mana suka ambik gambar tu boleh la photoshoot kt sini
aku ingat gmbar kitorang tu nak upload kt fb pastu nak tag rosyam noor ke rashid sibir ke
mana tau diorang berminat nak buat lokasi shooting
kesian pakcik makcik hia rumah cantik-cantik tapi tak de yg nak tolong promo


alang-alang keluar biar la balik malam
so kitorang pun decide la nak pegi kuala perlis
duit tu memang la tak de, tapi setakat nak mkn masakan panas tu mampu la lagi
bergambar sampai habis bateri segala kamera segala hp
aku rasa itu pun cara terbaik jugak untuk sambut hari malaysia
sebab bila kita bergambar, orang akan nampak bahawasanya malaysia ni cantik
dan aku pun berbangga sebab negara aku cantik!















ok abah, selamat hari malaysia! :)



^_____^

# hilang anak?

assalamualaikum wbt.


entry sepantas kilat ini bersempena dengan rasa kecintaan aku kepada budak-budak yang comel
minta perhatian, budak-budak comel dan tak menangis sahaja
kalau yang kuat menangis aku cubit biar depa menangis lagi kuat
sesiapa yang hilang anak boleh cuba buat pengecaman
kot lot la anak korang yang aku dukung nehhh
hehehehe


cousin # neesa 

cousin # shifa

anak buah # harith

cousin # muizzudin

cousin # amalin michiko

cousin loyar lawa # harris


adik dah besar
anak sendiri lambat lagi
bye! bye!


^_____^

Thursday, September 15, 2011

# 1 syawal basi!

assalamualaikum wbt.


oyeah raya dah basi! walaupun raya dah lama lepas tapi nak jugak update gambar raya
sebab semua orang dah lama update, aku je duk peram buat pekasam
kalau nak tengok kena puji
kalau tak nak pun kena puji
gambar sikit & tak cantik langsungggggg
ok byeeee!


ayuk yang masammmm! :)

mama & abah

pengumpul duit raya terbanyak di asia!

tok ayah & nenek yang perasan romantik! hehehe :)

ok one more!

sepupu sepapat yang kerja menghabiskan duit aku beli kfc

inspira baru!

muka loser terburuk!

separuh daripada anak cucu cucit Raja Abdullah

bukan merdekaraya!

sepupu # michiko versi malaysia!

malas nak upload banyak sebab baju raya sepasang je
ok miskin sangat raya tahun nih!



^_____^