Loyal Followers

Wednesday, August 31, 2011

stanza kemedekaan

assalamualaikum wbt.



kemerdekaan bukan untuk ditayang, tetapi untuk dirasai bersama


tahun ni kita dah sambut kemerdekaan yang ke 54. wajiblah semua rakyat Malaysia bangga sebab kita dah hidup aman damai selama 54 tahun. tapi berapa ramai yang tahu pasal sejarah Malaysia, atau lebih tepat sejarah membawa kepada kemerdekaan? yang SPM subjek Sejarah dapat A++ tu boleh ke cerita balik sejarah-sejarah lama tu? silibus subjek sejarah sekolah menengah tu cukup ke untuk tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia? persoalan-persoalan yang tak ada jawapan tu hanya diri korang sendiri yang boleh jawab. 


zaman sekarang kita yang muda belia bangga ni dapat jadi anak pasca merdeka, tapi tau ke kita siapa pejuang kemerdekaan? kalau tanya bapa kemerekaan mungkin kita boleh jawab Tunku Abdul Rahman sebab cikgu sejarah dah banyak kali sebut dalam kelas, tak cukup dengan itu iklan-iklan kt RTM pun selalu mention mcm tu. kita sepatutnya berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya datang dari pelbagai kaum, yang kita tak tahu di ceruk mana mereka tinggal, apa yang mereka dah buat untuk mempertahankan Tanah Malayu dari Inggeris di kawasan mereka, ada yang sanggup menyorok dalam hutan, ada yang sanggup mati sebab nak serang british, askar-askar melayu yang menentang musuh dalam hutan yang akhirnya terkorban dan ada juga yang lari ke dalam hutan dan langsung tak balik-balik. tapi kenapa kita hanya mengagungkan para pejuang kemerdekaan yang kebanyakannya berilmu, yang belajar tinggi saja? rakyat-rakyat yang berjasa yang sama-sama berjuang menentang british di kampung-kampung atau di tempat-tempat lain kenapa kita tak pernah tau. memang bukan salah kita sebab kat tv pun tak pernah ada cerita-cerita pasal mereka tapi kita sebagai anak pasca merdeka ni kena la ada inisiatif sendiri, yang mana ada datuk ke nenek ke moyang ke yang hidup zaman sebelum mereka tu cuba kita tanya mereka macammana susahnya hidup mereka dulu, macammana mereka berjuang untuk kemerdekaan, sempena hari raya ni semua anak cucu balik elok lah tanya supaya mereka bercerita dan anak-anak cucu yang lain boleh dengar dan tahu sejarah dulu yang tak ada dalam buku sejarah sekarang ni yang cikgu panitia sejarah sendiri pun tak tahu cerita tu. bayangkan betapa ruginya mereka kalau mereka meninggalkan anak cucu mereka tanpa menceritakan pengalaman hidup mereka dulu, sekurang-kurangnya ada generasi yang boleh bawak cerita mereka tu pada generasi lain. 


aku rasa terpanggil nak tulis macam ni sebab kat kampung aku ni ada jugak segelintir yang kita boleh gelarkan sebagai pejuang kemerdekaan, mereka adalah golongan-golongan tua termasuklah datuk aku yang dulunya berkhidmat sebagai guru dan dalam masa yang sama berjuang menentang British di tempat aku. apa yang mereka ceritakan semuanya aku tak pernah tahu dan tak ada pun dalam buku, dan aku terfikir betapa hebatnya mereka bercerita lengkap siap dengan nama, siap hari bulan dgn tahun lagi. bercerita dengan penuh semangat hinggakan berair kelopak mata, aku yang dengar ni pun rasa sayu. aku rasa satu kerugian besar bila mereka meninggal tanpa mereka warisi cerita-cerita mereka tu pada orang lain. ada jugak niat di hati aku nak tulis dan buku kan cerita-cerita mereka tu untuk simpanan sendiri tapi masa tak mengizinkan. point dari apa yang aku duk membebel tu hanyalah untuk korang semua hargai apa saja sejarah kemerdekaan yang ada di sekeliling korang tu, sebab bila kita lebih banyak tahu lebih dalam kita rasa erti kemerdekaan tu dan bukan hanya setakat tahu kibar bendera yang orang stesen minyak bg free tu je.


melayu, cina, india 
kita berbeza agama
kita berbeza bangsa
kita berbeza budaya
kita memang banyak beza
namun kita hidup di negara yang sama
kita rasai kemerdekaan yang sama
jadi, hidup harmoni lah kita bersama-sama



SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 54!



# you watch this video, you rock! :)




^__________^

Tuesday, August 30, 2011

stanza aidilfitri

assalamualaikum wbt.




ucapan sepantas kilat #


Selamat Hari Raya Aidilfitri

seribu kemaafan dipohon andai ada 

terkasar bahasa
tersilap bicara
terguris rasa

Maaf Zahir & Batin


# kepada kawan-kawan, sorry sebab tak hantar & ada yang tak reply msj raya
hp rosak semua contact no dah hilang, tak boleh nk msj korang semua
save drive yaaaaa!



^_________^


Thursday, August 25, 2011

Happy 21st Birthday Yanie! :D


Assalamualaikum wbt.




hey yanie!
you are going to be a year older on your birthday and I'm writing to wish you millions of blessings and happiness. you are a remarkable buddy of mine. on this very special day, I pray that your every wish will come true. birthdays are not meant for adding days to your life, they are meant for adding life to your days. I'm glad that you have touched so many lives in the years of your existence.




# once again, I'm wishing you a Rocking Happy birthday. I love you even more my dear friend :)





^________^

Monday, August 22, 2011

barang yang lepas.

assalamualaikum wbt.




walaupun dulu kita pernah ada masalah tapi aku bukan la jahat macam yang kau sangka
di hari baik bulan baik ni, aku maafkan segalanya apa adanya kau
semoga menjadi manusia berguna di masa akan datang





^_______^

Monday, August 08, 2011

happy wedding anniversary!

assalamualaikum wbt.



HAPPY 23rd WEDDING ANNIVERSARY
MAMA & ABAH


08-08-88


we love both of you! 



Nik Nur Imana
Nik Ahmad Faiz
Nik Nur Syamimi
Nik Ahmad Farouq Aiman
Nik Nurilham Batrisyia




^_____^

Friday, August 05, 2011

tak de sivik punye budak!

assalamualaikum wbt.


ni bukan entry utk orang kurang upaya (OKU) yg berkepala besar
tapi ni utk budak yang harap kepala je besar tapi xde sivik


semalam aku pergi ke satu pasaraya ni sbb nak beli buah nk buat dessert 
then masa nak bayar kt kaunter tu punye lah ramai org duk beratur
tetiba dtg la 2 orang pompuan cashier ni bukak kaunter baru kt sebelah aku
aku pun menapak la kt situ dgn harapan nak bayar tanpa kena beratur.


aku pun letak la satu persatu barang kt kaunter, tiba-tiba

cashier : eh, boleh pergi tengok tak harga betik ni berapa sekilo?
aku : kenapa sy pulak yg kena pegi tengok? kan dah ada harga tu, tadi sy dah timbang la.
cashier : sy bukan nak tahu harga ni, sy nak tahu harga sekilo je. (dengan muka bongkak)

ok x pe, sebab malas nak gaduh di bulan yg mulia ni 
aku pun berjalan la 1 km lagi pegi balik tempat buah tu
aku pun x fhm buat ape nk harga sekilo sdgkan dah ada harga kt situ


lepas tu budak tu smbung balik kira barang aku
tengah2 buat keje tu boleh lg melalak2 berbual dgn cashier lelaki kaunter sebelah
aduhai annoying betol!

cashier : RM 23.60
aku : (aku bg duit RM 50 sekeping lepas tu syiling 60 sen)
cashier : tak de duit kecik ke?
aku : xde la, tu je yang ada
cashier : huh! datang kedai duit kecik pun tak de (mulut terkumat-kamit)

aku yang dengar ni berdesing telinga oiii
dah orang bagi duit tu, bagi jelah bakinye
tak kan supermarket sebesar tu tak de duit baki kottt

cashier : nah duit baki.
aku : jap. (tgh sumbat barang dlm plastik)
cashier : cepat la kak!
aku : (ambik duit baki dgn muka tak puas hati)

bila sampai kt kereta, aku tngok resit & kira balik brg-brg aku beli tu
tak de la byk mana pun brgnya, tapi pelik knpe boleh sampai RM 23.60
kira punya kira, barang aku semua harga RM 15.50 je
tapi budak tu kira lebih ape halllll
bengang betol la aku, tgh2 puasa ni sabar jelahhh


aku pegi balik kt kaunter tu suruh budak tu kira balik
dia buat muka tak puashati giler ngan aku
aku bacakan dia satu-satu harga barang aku tu
nahhh! last2 keluar la jumlah RM 15.50!
lepas dia pulang balik duit aku tu

aku : awak lain kali kalau nk kerja buat la kerja elok2, layan customer tu jangan la kurang ajar sgt. bukan awak sorang je puasa, orang lain pun puasa jugak. jangan la buat muka mcm kena cirit-birit je, nnt orang dah tak nak datang.
cashier : (jeling sampai juling! hahaha)

alahai pompuan, kau tu muda lagi tapi tak de adab dgn orang
kau ingat kau pakai maskara smpai lekat2 bulu mata tu kau boleh berlagak ke
harap kepala je besar tapi x de sivik punya budak
aku dulu yg tak belajar sivik kt sekolah pun tahu moral & sivik ni
semoga kau tak berperangai mcm tu dgn orang tua kau.





^____^


Suji-Suji GA Contest | Aku dan Baju Kurung

assalamualaikum wbt.


I've been tagged by Miss Fizah to join Suji-Suji GA Contest 
although today is the last day to join this contest but I just wanna try
if you guys wanna join this contest, kindly click the banner below 




actually this contest just need you to upload picture with your baju kurung
and make a short & simple entry about the contest
the story behind the baju kurung is an advantage for you , if any
you'll be selected as a winner based on 
# best picture
# best dress
# best posed

and also you'll be impressed with the prizes
1 st winner >> Cotton Viscose
2 nd winner >> Cotton Gold



and this is me with my baju kurung or to be more precise, my baju raya
 special thing about the baju kurung, I sewed all the manik & labuci by my own
although it is so not like 'baju butik-butik sangat'
but still it being praised by my family because of my hardwork :)
and the funniest thing is my dad said that I was looked like 'pokok pisang' 
when I was wearing this baju kurung. bhahaha!



I hope that the Cotton Viscose will be mine as the prize for becoming Aidilfitri
Happy Blessed Ramadhan!



people being tagged :


^____^

Tuesday, August 02, 2011

1 Ramadhan | Menu Berbuka

assalamualaikum wbt.


alhamdulillah sempurna sudah 1 ramadhan
ada rasa sedih, gembira, sayu, teruja semua bercampur-baur
malam ni sempat la pergi terawih walaupun semalam duk terawih atas bas je
kuikuikui!


kalau bulan puasa je mesti nak makan sodap je kan
bazar ramadhan kat tempat aku tak nak pulak kalah Jom Heboh!
berpusu-pusu manusia serang, lepas asar tu penuh nak parking pun x boleh
bukan macam kt kampus aku, cehhh nk jumpa onde-onde sedap pun susah oiii!
nasib baik tahun nie boleh puasa penuh kat rumah. hihihi.


sebelum itu, perhatian kepada semua bloggers!
blog aku nih bukan lah blog masakan eh, saje je aku nak share menu berbuka hari ni
kalau rasa tergoda puasa korang dinasihatkan skroll ke bawah lagi
hehehehehe :)


jeng!

jeng!

jeng!



kalau korang nak try masak bawal 3 rasa ni senang je
masak bagi parents korang makan sumpah kena puji sampai puasa tahun depan 
ngehngehngeh!



hohoho. ni pulak resepi daging beriani, resepi ni aku belajar ngan makcik aku
sebenarnya benda ni orang biasa makan dgn nasi beriani ke nasi kandar ke
tapi aku masak tadi makan dengan nasi putih biasa pun licin jugak!
hahahaha :D



p/s: masak sendiri lagi best dari beli kat bazar ramadhan
ada yg berniaga tak ikhlas buat makanan pun cincai-cincai je. huh!




^_____^