Loyal Followers

Friday, July 08, 2011

hidup wanita kos tinggi.

assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.


dah lama tak update blog, byk benda nak cerita tapi tak ada ayat berbunga. 10 Jun 2011, Selamat Hari Lahir kepada Nik Nur Imana Bt Nik Li, dah masuk umur 21 tahun semakin banyak la tanggungjawab hidup yang perlu dilunaskan, selangkah maju menuju mati, mara ke hadapan menuju dunia hakiki. Alhamdulillah sepanjang cuti semester, aku dah berjaya menjalani praktikum selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Banyak benda yang aku belajar, macam-macam ragam dan asam garam hidup manusia aku boleh tengok dalam masa sebulan. Lepas habis praktikal kena buat report pulak nak kena hantar kat kampus.


 haihhhhhhhh..bukan nak mengeluh panjang, cumanya memikirkan dugaan demi dugaan, ujian demi ujian yang datang. semuanya memerlukan kos yang tinggi. aku lah student high-maintenance! duit-duit aku semua habis untuk tampung lompang-lompang hidup. start dari semester lepas, laptop aku rosak teruk masa aku tengah banyak assignment nak kena hantar, nak hantar repair lambat sangat makan dengan megahnya aku guna duit loan belajar aku pegi beli netbook baru. alhamdulillah settle setelah habis seribu duit Malaysia. sebulan kemudian, hp sony ericsson kesayangan aku yang aku masuk toilet pun aku usung sama telah mengalami kerosakan pada riben ape ntah, biasa la hp slide dan telah memakan duit aku lagi sebanyak seratus duit Malaysia. aku jadi ebak lah sebab aku tak tahu nak korek duit dekat mana sebab masa tu pun mak bapak aku yang hantar duit belanja sebab duit loan aku dah lama habis. oleh yang demikian terpaksalah aku ikhtiar cara lain dengan menjual hp aku yang lama dan dapatlah bayar repair hp. setelah berbahagia dengan netbook baru dan hp yang dah tak rosak, aku dikejutkan pula dengan assignment berganda sempena kedatangan lembaga kelayakan undang-undang yang aku x reti pun nak buat iaitu 'motor vehicle accident'. sampailah mengis di malam hari buat assignment tak tahu nak rujuk kat mana, baca akta pengangkutan jalan lepas tu tulis dengan teresak-esak. dan tidak keseorangan pula dengan kos-kos nak print assignment berganda tuh. lepas siap semua hati pun rasa gembira macam fasa rama-rama. aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari. masa tengah-tengah final exam aku dikejutkan dengan kerosakan netbook yang tak sampai 6 bulan lagi aku beli. pegi check kat tempat beli kata nya rosak hardisk, mereng pulak kepala aku nak fokus jawab exam pun tak boleh, repair lambat pulak nak siap. dalam kepala aku duk fikir mana aku nak cekau duit nak bayar nanti, kalau bagitau mak bapak aku konpem kena leter, aku malas nak tadah telinga takut bernanah. satu masalah lagi aku dah beli tiket nak p KL tapi netbook tu aku tak tau sempat siap ke tak dan dengan itu aku terpaksa la jual balik tiket tuh. lepas je abis paper last dengan izin Allah cina kedai tu call cakap netbook aku dah siap dah kena cas beberapa ratus, almarhum lagi duit aku, tu pun duit pinjam. setelah itu aku pulang bercuti semester selama 3 bulan dengan amannya di rumah. 6 hb Jun aku dah start praktikal di high court kota bharu, bayangkan rumah aku sejam dari situ yang memerlukan aku berulang alik dengan kereta, kos minyak kereta RM15 sehari, tiket parking RM2 sehari, belanja makan RM10 sehari, maknanya sehari aku kena spent RM27 duit Malaysia. Dalam masa 22 hari bekerja aku dah habis duit sebanyak RM594 duit Malaysia! itu baru sebulan abang-abang kakak-kakak, dah la praktikum tak dapat elaun 1 sen pun, duit habis lagi adalahhhhhhhh. plus dengan report yang nak kena print then buat hard cover, habis la 50 duit Malaysia lagi.  Baru 2-3 hari habis pratikal, semalam pulak aku accident dengan suzu dimax (kereta ala-ala toyota hilux), aku nak cross t-junction then tak nampak langsung kereta tu then kereta tu langgar kereta aku sampai aku terbabas ke tepi jalan, aku brek tapi masa tu hujan jalan pun licin dan oleh sebab nak elak dari melanggar makcik yang jual murtbak kat tepi jalan tu, aku pusing stereng aku ke kanan tehn langgar pondok telefon sampai la kerete aku bahagian depan rosak teruk dan tayar belah kiri depan aku tercabut. tapi alhamdulillah syukur kepada Tuhan sbb aku dan 2 adik perempuan aku yang lain tak cedera. itulah dinamakan takdir, aku duk ulang-alik hari-hari pegi praktikal tu tak de pulak nak accident, tengok-tengok semalam jugak yang kena. megikut segala teori yang aku belajar dan jawab masa exam tort pasal motor vehicle accident tu, aku terus pegi buat report polis. tapi ape yang merunsingkan aku, mana aku nak carik duit nak bayar repair kereta yang aku rasa nak kena spent almost RM1000 duit Malaysia, then nak bayar copy report RM300, bayar saman kecuaian RM300, nak kena bayar kt Telekom sbb aku langgar public phone tu, nak kena bayar kat tauke kedai emas sebab iklan kedai dia rosak yg aku pun tak tahu berpa anak kena bayar, kena bayar tolltruck yg bawak kereta aku pegi workshop semalam. aku pun tk tahu berapa ribu nak kena cari duit, tak kan aku nak suruh abah aku yang bayar, aku yang buat salah aku lah yang kena bayar, tapi masalahnya mana aku nak dapat duit banyak macam tu, kalau aku dah keje lawyer lain lah perasaannya. yang paling tak boleh blah, masa aku praktikal tu aku tengok orang duk mintak kurangkan kadar saman kat majistret, ni aku sendiri pulak yang kena merayu kat tuan/puan majistret tu nanti. hidup aku memang betul-betul praktikal lah! belajar motor vehicle accident, terus accident. tengok cara-cara orang kena masuk majistret, at last aku kena jugak macam tu. effective dan produktif betul la hidup aku nih. maka dengan itu terkuburlah hasrat aku nak simpan duit nak pergi melancong ke langkawai, pangkor dan penang semester depan dan aku rasa bulan puasa ni aku kena pegi bukak kedai kat bazar ramadhan jual agar-agar bentuk ikan. kadang-kadang rasa sedih tapi kadang-kadang rasa macam aku akan lebih matang dan kuat untuk terima dugaan-dugaan berbentuk kos tinggi macam ni. mcm dulu aku dah pernah accident kat highway langgar sign board, ni aku langgar kereta dengan pondok telefon pulak. aku ni agaknya memang vendalisma berprofil tinggi lah gamaknya, suka menghancurkan kemudahan-kemudahan awam secara tidak sengaja. ni hari ni famouslah aku pagi-pagi buta lagi dah ramai orang datang nak melawat aku, diorang kata ada orang cerita aku cedera, ada yang pergi tengok pondok telefon tumbang ingatkan aku cedera parah, macam-macam ceritalah. famouslah aku buat seketika ini. macam-macamlah cubaan dunia, bagi yang tak pernah alami pengalaman macam aku ni, korang boleh sangat lah kalau nak try tapi kena pastikan yang korang banyak duit dalam bank in case senang kalau korang langgar lamborgini ke, wolkwogen ke murah sikit nak bayar.


-sekian, selamat hari jumaat.-

2 comments: