Loyal Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan

assalamualaikum wbt.


aku sekarang ni ada kat dalam bas Sani Ekspress nak balik Kelantan
setelah seminggu lebih aku kt Kuala Lumpur sebab shifa masuk hospital
alhamdulillah shifa pun dah keluar wad hari ni setelah seminggu berkurung dlm wad
 dan aku pun boleh la balik menyambut ramadhan kt rumah
semoga shifa sembuh sepenuhnya dan boleh balik beraya dgn gembira




dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan
semoga di bulan yang mulia ini akan bertambah amalan kita
dan semoga kita lebih diberkati oleh Allah S.W.T.



p/s: nampaknya sahur kat dalam bas la aku malam ni
tak tau sempat ke tak sampai rumah 



^_____^

Thursday, July 28, 2011

media zaman sekarang

assalamualaikum wbt.


ni bkn entry yang berunsurkan pemberontakan jauh sekali utk cetuskan perhimpunan haram
tetapi hanya utk melunaskan ketidakpuashatian terhadap segelintir pihak
bkn apa, ni pasal akhbar-akhbar sekarang yg dah tak telus dan meyakinkan
bukan nak clarify situasi sebenar tapi penulisan untuk memburuk-burukkan
sebagai medium untuk menyalurkan info yang tepat dan terkini pd masyarakat
akhbar-akhbar perlulah telus dalam menyampaikan berita dan informasi
tidak perlulah nak berat sebelah pada mana-mana pihak



ini terjadi bukan sahaja pada media cetak, media massa pun sama
sekarang bila malam nak tengok berita dah jadi macam meluat
berita asyik nak memburuk-burukkan pihak-pihak yang tertentu
rasanya sekarang ni dripada duk tengok berita kat dalam tv
lebih baik tengok Al-Jazeera ke berita Singapore ke
sekurang-kurangnya berita yg disampaikan oleh mereka telus
zaman sekarang semua perkara boleh dimanipulasi
selagi kita tak tengok dengan mata kepala dah tak boleh percaya dah
lu pikir lah sendiri!



p/s: lebih baik beli sinar harian, berita anak penghulu kahwin pun ada dalam tu :D


^____^

Wednesday, July 27, 2011

Khairul Fahmi & Elia, retak menanti belah

assalamualaikum wbt.


post ni bukan bertujuan untuk mengumpat tetapi hanya untuk menyampaikan berita
hari tu aku dengar-dengar cerita yang Khairul Fahmi (apek) ada skandal baru
siapa skandal dia tu xde la pulak aku tahu, tapi tu lah yang aku dengar
hari tu masa nak tunang pun apek xnak sebenarnya tapi family tunangnya yang beriya


aku xde la amik tahu sangat kisah cinta berbulu si elia dgn apek ni
bila dengar-dengar cerita tu pun tak tahu kesahihannya
tapi bila terbaca status si elia tu kat facebook, ternyata ada retaknya




semoga Allah S.W.T. menunjukkan jalan yang terbaik buat mereka
aminnnnn.


^_____^


Kelantan Juara Piala Presiden 2011

assalamualaikum wbt.


phewww! alhamdulillah negeri guwa jadi juara lagi beb!
kali ni jadi juara Piala Presiden 2011
guwa bangga beb! guwa bangga gila!
bkn setakat senior, junior pun nak jd juara jugak
kalahkan Majlis Perbandaran Muar (MPM) dengan aggreget 2-1
kali ni Aris Zaidi dan Khairul Izuan yang jaringkan gol
sekurang-kurangnya kita dah tambah koleksi piala juara negeri kita
harap-harap lepas ni senior pulak pertahankan kejuaraan Piala Malaysia 
yang kita arak tahun lepas tu. 


yang paling aku bangga tengok penyokong kat stadium
piala presiden pun penuh stadium buruk tu orang kerumun
bagus penyokong Kelantan, semangat mcm ni lah yang kita nak!




p/s: lepas ni penyokong Malaysia kena pergi penuhkan stadium Bukit Jalil pulak
kita kasi goyang itu Singapore! :D


^_____^




Tuesday, July 26, 2011

shifa, semoga cepat sembuh

assalamualaikum wbt.


semalam aku busy sangat menguruskan sepupu aku, aneesa (4 tahun)
adik dia, shifa afeeqa (18 bulan) kena masuk wad kt Hospital Pakar Al-Islam
doktor kata dia kena Pneumonia (respiratory problem), kesian sgt tengok dia
bayangkan la asyik menangis sebab hidung tersumbat, kahak x keluar
bernafas pun ada bunyi, klu time tido tu dada dia berombak mcm org asma
rasa nak tumpah air mata tengok dia, kecik-kecik lagi dah kena penyakit




pak su aku pulak tok sah cakap la, dah macam kucing hilang anak
muka serabut duk fikir pasal anak sakit, dengan hp nya hilang entah ke mana
nasib baik la semalam dah gaji, kalau tak mana nak cekau duit nk bayar bil hospital
aku pun tak tahu mcmn lagi nak tolong, nak bagi duit aku tak ada duit
aku tinggal kt rumah dia, at least aku boleh tolong jagakan aneesa


semalam masa kat hospital, kesian sangat tengok shifa duk menangis
kena pakai oksigen sume, kena masukkan air, kena amik darah
aku yang dah besar ni pun tak pernah lagi kena sampai macam tu
menangis atas bahu duk panggil abah! abah! ibu! ibu!
alahai sedih betul. ni la membuatkan aku takut nak ada anak
bkn la takut nak beranak tapi takut tak terjaga anak sampai mcm tu


semoga Nik Nur Shifa Afeeqa Bt Nik Fauzee cepat sembuh
dan boleh pergi main kat taman mainan sama-sama
korang pun tolong la doakan dia supaya cepat sembuh.


^______^

Monday, July 25, 2011

genting sempah - janda baik

assalamualaikum wbt.


semalam masa on the way ke KL aku lalu kat R&R genting sempah
lepas tu pusing pulak naik ke janda baik, aduhai syahdu-merdu betol la
rasanya dah dekat 2 tahun aku tak lalu ikut situ, banyak kenangan manis
kalau aku nak pegi KL sekalipun aku sanggup pegi ikut Perak, gila kan?
tak bersedia lagi nak lalu tempat banyak kenangan tu, nnt jadi teringat balik
tapi sekarang hati dah kuat, sedih tu mesti la ada tapi tak terkesan sangat


R&R Genting Sempah

Janda Baik

aku ni bukan la ikutkan hati sgt, tapi jenis appreciate setiap benda
even kalau aku pernah jejak tempat tu dgn kau, sampai bila pun aku ingat
kalau aku prnh pegi rmh kau, nampak signboard ke rmh kau pun aku rasa nk cabut
kalau lagu tu aku buat ringtone utk call kau, bila2 aku dgr lagu tu pun aku ingat kau
susah weh jadi macam tu, rasa macam menghantui diri sendiri
tapi alhamdulillah aku boleh hadapi walaupun bukannya mudah
orang lain mungkin tak nampak, tapi tempat tu menyimpan seribu satu kenangan 
itulah orang panggil 


'sentimental value'


hahaha. aku harap dapat jumpa kau kat situ dalam masa 5 tahun lagi
nak sembah kereta aku depan muka kau! bhahaha.
selamat berkhidmat untuk negara dan jadi warganegara yang baik.


^____^




Saturday, July 23, 2011

perintah berkurung tamat.

assalamualaikum wbt.


ni nk bgtau korang sume bahawasanya perintah berkurung aku dah tamat
perintah berkurung tu bukan la maknanya kena kurung, tapi saje je kurung diri
kan hari tu aku acident, so untuk mengelakkan orang tanya itu ini dan aku pun malas nk jwb
dengan itu aku mengurungkan diri sendiri di rumah tanpa keluar ke mana-mana selama 2 minggu
rumah atuk nenek pun aku x pegi, anta & jemput adik sekolah pun tak,
jalan-jalan rumah jiran apetah lg, kuar pegi bandar memang tak lahhh.




so, setelah genap 14 hari aku accident dan aku yakin tak de org nak tanya dah pasal tu
aku pun mula lah tunjuk muka dan berhadapan dengan masyarakat kt kg aku
antara soalan-soalan dan reaksi mereka ialah:


# ni pegi mane dah lama tak nampak? bukan dah habis praktikal ke?
# mana kereta? apesal bawak motor tengah-tengah hujan?
# ni mcmn boleh pegi langgar hilux pulak, tak nampak ke ape?
# macammana kereta dah siap ke belom? habis berapa ribu?
# kenapa lama tak nampak muka, kena trauma ke?
# aik, bila pulak acident? hari tu jumpa elok aje lagi.
# laaa. hidup lagi rupanya, ingatkan dah kena tanam dalam kubur mana.


p/s: yang penting aku tak allergic nak drive lagi :D


^___^

Thursday, July 21, 2011

puding jagung kastad.

assalamualaikum wbt.


hihihi. petang tadi jeles tengok intanurulfateha buat spaghetti bolognese
 aku pun teringin la nk test skill tapi x de bahan la pulakkk
geledah punye geledah jumpa la 1 tin jagung dgn susu cair
so aku pun buatlah puding jagung kastad utk minum petang
dan hasilnya,


jeng


jeng


jeng


Puding Jagung Kastad Buatan Sendiri 

sedap woooo, adik-adik aku makan sume cakap yummy!
kalau cakap x sedap lain kali aku tak buat dahhh. hahaha.
kalau korang nak try buat boleh la ikut resepi aku ni eh.


Bahan-bahan:
1 tin jagung manis
1 tin susu cair (klu nk kolesterol tinggi ganti santan pun boleh)
1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula (klu nk kena diabetes mellitus tmbh la gula byk2)
secubit garam

Cara-cara:
Panaskan jagung, susu dan gula selama beberapa minit dan masukkan tepung kastad.
Kacau sehingga likat dan berkilat kalau tak nanti puding tu jd lembik.
Masukkan dalam loyang dan sejukkan, lepas tu boleh la ngapppp!


senang je kan? rugi ohh kalau tak try
selamat mencuba! :)


0____0

kegelian k-pop.

Assalamualaikum wbt.


eh tak perasan ke aku dah tukar header baru? 
hihihi. penat bangun pagi-pagi buat benda alah tu tahu! 


oraittt berbalik kepada topik asal, aku tahu dah ramai org tulis pasal k-pop.
aku dulu pun tak de la amik tahu sgt cuma ada la kadang2 tngok kt tv.
tapi skrg aku rasa k-pop kt Malaysia ni semakin menggelikan.
for korean, it's ok la for them to be fanatic to their singers
org Malaysia pun boleh minat kat penyanyi atau band negara luar
aku pun minat band indon, aku pun tengok cerita korea
tp x perlu lah rasanya kita ni nak taksub sangat 
setakat tampal gambar kt bilik, buat profile picture facebook tu biasa la
tp jgn la sampai nak tiru gaya, fesyen, rambut diorang tu semua
kt jalan TAR banyak aku nampak kedai-kedai yang jual baju fesyen ala-la K-Pop
x cukup dgn itu ada budak2 melayu yg pakai fesyen mcm tu
kononnya nk nampak k-pop sangat. ewwwww.
annoying ok! x perlu lah nk tiru gaya diorang smpai hilang budaya ketimuran
budaya orang diangkat-angkat, budaya kita dipijak-pijak




kesian kot tengok budak gula-gula yang poyo nak tiru gaya k-pop neh
posing tertonggek-tonggek macam cirit-birit
alahai kak ingat cun sangat ke buat style macam tu
balik kampung jd pelayan kedai kopi la baru laku.

Antara beberapa alasan kenapa perempuan suka k-pop

  • Saya suka k-pop sebab diorang dance! Kadang kadang sampai terikut dance diorang dan kadang kadang siap hafal kot step lagu tu dan semua lagu ada step feveret.
  • Saya suka k-pop sebab lagu diorang catchy tak la lembab meleleh leleh macam lagu tolong jangan ingatkan aku ana rafali menang ajl25 tu.
  • Saya suka k-pop sebab bila diorang nyanyi live crowd diorang sangat best, cuba la youtube yang live mesti ada suara crowd cakap apa ntah saya pun tak faham.
  • Saya suka k-pop sebab diorang bukan tau dan hafal step dengan lagu sendiri je tapi lagu orang lain pun sama. Paling best bila group lelaki dance lagu group perempuan. Terus semua jadi pondan T_T.

aku tak tahu lepas trend k-pop ni hilang, trend ape pulak yang datang 
yang penting kita ni minat pun kena la berpada-pada
peminat k-pop jangan marah, chill sudeh! :)


p/s: benci gila tengok Erul AF9. booo!



0___0

Sunday, July 17, 2011

:'(

Dear Diary - Mocca

Dear Diary,
Let me tell you about my story,
I know it's rather sad,
but that's the way I feel..

Dear Diary,

I don't know if this is right or wrong,
Started thinking of leaving him,
But I'm afraid it might hurt him..

All I want is for everything in the right place,

So everyone is happy,
Is it too much ask for?
All I want is for everything in the right place,
So everyone is happy,
Is that too much ask for?

Dear Diary,

Strong is not exactly the right word,
Started thinking of leaving him,
But I'm afraid it might hurt him..

All I want is for everything in the right place,

So everyone is happy,
Is it too much ask for?
All I want is for everything in the right place,
So everyone is happy,
Is that too much ask for?..

Dear Diary,

Strong is not exactly the right word,
I don't know what to do now,
Confusion is all over.. me...


******************************************


-___-





I don't know if this is right or wrong,
Started thinking of leaving him,
But I'm afraid it might hurt him..
All I want is for everything in the place,
So everyone is happy,
Is it too much ask for?
All I want is for everything in the place,
So everyone is happy,
Is that too much ask for?

Dear Diary
Strong is not exactly the right words,
Started thinking of leaving him,
But I'm afraid it might hurt him..

All I want is for everything in the place,
So everyone is happy,
Is it too much ask for?
All I want is for everything in the place,
So everyone is happy,
Is that too much ask for?..

Dear Diary,
Strong is not exactly the right word,
I don't know what to do now,
Confusion is al

Friday, July 08, 2011

hidup wanita kos tinggi.

assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.


dah lama tak update blog, byk benda nak cerita tapi tak ada ayat berbunga. 10 Jun 2011, Selamat Hari Lahir kepada Nik Nur Imana Bt Nik Li, dah masuk umur 21 tahun semakin banyak la tanggungjawab hidup yang perlu dilunaskan, selangkah maju menuju mati, mara ke hadapan menuju dunia hakiki. Alhamdulillah sepanjang cuti semester, aku dah berjaya menjalani praktikum selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Banyak benda yang aku belajar, macam-macam ragam dan asam garam hidup manusia aku boleh tengok dalam masa sebulan. Lepas habis praktikal kena buat report pulak nak kena hantar kat kampus.


 haihhhhhhhh..bukan nak mengeluh panjang, cumanya memikirkan dugaan demi dugaan, ujian demi ujian yang datang. semuanya memerlukan kos yang tinggi. aku lah student high-maintenance! duit-duit aku semua habis untuk tampung lompang-lompang hidup. start dari semester lepas, laptop aku rosak teruk masa aku tengah banyak assignment nak kena hantar, nak hantar repair lambat sangat makan dengan megahnya aku guna duit loan belajar aku pegi beli netbook baru. alhamdulillah settle setelah habis seribu duit Malaysia. sebulan kemudian, hp sony ericsson kesayangan aku yang aku masuk toilet pun aku usung sama telah mengalami kerosakan pada riben ape ntah, biasa la hp slide dan telah memakan duit aku lagi sebanyak seratus duit Malaysia. aku jadi ebak lah sebab aku tak tahu nak korek duit dekat mana sebab masa tu pun mak bapak aku yang hantar duit belanja sebab duit loan aku dah lama habis. oleh yang demikian terpaksalah aku ikhtiar cara lain dengan menjual hp aku yang lama dan dapatlah bayar repair hp. setelah berbahagia dengan netbook baru dan hp yang dah tak rosak, aku dikejutkan pula dengan assignment berganda sempena kedatangan lembaga kelayakan undang-undang yang aku x reti pun nak buat iaitu 'motor vehicle accident'. sampailah mengis di malam hari buat assignment tak tahu nak rujuk kat mana, baca akta pengangkutan jalan lepas tu tulis dengan teresak-esak. dan tidak keseorangan pula dengan kos-kos nak print assignment berganda tuh. lepas siap semua hati pun rasa gembira macam fasa rama-rama. aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari. masa tengah-tengah final exam aku dikejutkan dengan kerosakan netbook yang tak sampai 6 bulan lagi aku beli. pegi check kat tempat beli kata nya rosak hardisk, mereng pulak kepala aku nak fokus jawab exam pun tak boleh, repair lambat pulak nak siap. dalam kepala aku duk fikir mana aku nak cekau duit nak bayar nanti, kalau bagitau mak bapak aku konpem kena leter, aku malas nak tadah telinga takut bernanah. satu masalah lagi aku dah beli tiket nak p KL tapi netbook tu aku tak tau sempat siap ke tak dan dengan itu aku terpaksa la jual balik tiket tuh. lepas je abis paper last dengan izin Allah cina kedai tu call cakap netbook aku dah siap dah kena cas beberapa ratus, almarhum lagi duit aku, tu pun duit pinjam. setelah itu aku pulang bercuti semester selama 3 bulan dengan amannya di rumah. 6 hb Jun aku dah start praktikal di high court kota bharu, bayangkan rumah aku sejam dari situ yang memerlukan aku berulang alik dengan kereta, kos minyak kereta RM15 sehari, tiket parking RM2 sehari, belanja makan RM10 sehari, maknanya sehari aku kena spent RM27 duit Malaysia. Dalam masa 22 hari bekerja aku dah habis duit sebanyak RM594 duit Malaysia! itu baru sebulan abang-abang kakak-kakak, dah la praktikum tak dapat elaun 1 sen pun, duit habis lagi adalahhhhhhhh. plus dengan report yang nak kena print then buat hard cover, habis la 50 duit Malaysia lagi.  Baru 2-3 hari habis pratikal, semalam pulak aku accident dengan suzu dimax (kereta ala-ala toyota hilux), aku nak cross t-junction then tak nampak langsung kereta tu then kereta tu langgar kereta aku sampai aku terbabas ke tepi jalan, aku brek tapi masa tu hujan jalan pun licin dan oleh sebab nak elak dari melanggar makcik yang jual murtbak kat tepi jalan tu, aku pusing stereng aku ke kanan tehn langgar pondok telefon sampai la kerete aku bahagian depan rosak teruk dan tayar belah kiri depan aku tercabut. tapi alhamdulillah syukur kepada Tuhan sbb aku dan 2 adik perempuan aku yang lain tak cedera. itulah dinamakan takdir, aku duk ulang-alik hari-hari pegi praktikal tu tak de pulak nak accident, tengok-tengok semalam jugak yang kena. megikut segala teori yang aku belajar dan jawab masa exam tort pasal motor vehicle accident tu, aku terus pegi buat report polis. tapi ape yang merunsingkan aku, mana aku nak carik duit nak bayar repair kereta yang aku rasa nak kena spent almost RM1000 duit Malaysia, then nak bayar copy report RM300, bayar saman kecuaian RM300, nak kena bayar kt Telekom sbb aku langgar public phone tu, nak kena bayar kat tauke kedai emas sebab iklan kedai dia rosak yg aku pun tak tahu berpa anak kena bayar, kena bayar tolltruck yg bawak kereta aku pegi workshop semalam. aku pun tk tahu berapa ribu nak kena cari duit, tak kan aku nak suruh abah aku yang bayar, aku yang buat salah aku lah yang kena bayar, tapi masalahnya mana aku nak dapat duit banyak macam tu, kalau aku dah keje lawyer lain lah perasaannya. yang paling tak boleh blah, masa aku praktikal tu aku tengok orang duk mintak kurangkan kadar saman kat majistret, ni aku sendiri pulak yang kena merayu kat tuan/puan majistret tu nanti. hidup aku memang betul-betul praktikal lah! belajar motor vehicle accident, terus accident. tengok cara-cara orang kena masuk majistret, at last aku kena jugak macam tu. effective dan produktif betul la hidup aku nih. maka dengan itu terkuburlah hasrat aku nak simpan duit nak pergi melancong ke langkawai, pangkor dan penang semester depan dan aku rasa bulan puasa ni aku kena pegi bukak kedai kat bazar ramadhan jual agar-agar bentuk ikan. kadang-kadang rasa sedih tapi kadang-kadang rasa macam aku akan lebih matang dan kuat untuk terima dugaan-dugaan berbentuk kos tinggi macam ni. mcm dulu aku dah pernah accident kat highway langgar sign board, ni aku langgar kereta dengan pondok telefon pulak. aku ni agaknya memang vendalisma berprofil tinggi lah gamaknya, suka menghancurkan kemudahan-kemudahan awam secara tidak sengaja. ni hari ni famouslah aku pagi-pagi buta lagi dah ramai orang datang nak melawat aku, diorang kata ada orang cerita aku cedera, ada yang pergi tengok pondok telefon tumbang ingatkan aku cedera parah, macam-macam ceritalah. famouslah aku buat seketika ini. macam-macamlah cubaan dunia, bagi yang tak pernah alami pengalaman macam aku ni, korang boleh sangat lah kalau nak try tapi kena pastikan yang korang banyak duit dalam bank in case senang kalau korang langgar lamborgini ke, wolkwogen ke murah sikit nak bayar.


-sekian, selamat hari jumaat.-