Loyal Followers

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sore.
 
 
waktu sekolah dulu-dulu, kalau esok nak hari guru mesti malam tu korang sibuk-sibuk suruh papamama makbapak mummydaddy korang beli hadiah nk kasi kt cikgu kan? kalau cikgu yg baik-baik x pernah marah student mesti selalu dapat banyak hadiah kan? tapi kalau cikgu disiplin yang suka marah-marah yang suka cubit perut yang suka pukul tangan guna pembaris mesti x dapat hadiah langsung kan? tak pun dapat la hadiah gelas ke tisu ke tuala sapu muka ke kan? 
 
 
kadang-kadang kesian kat cikgu, student-student ni selalu bagi hadiah mug, cawan set, tuala la, x pun frame gambar. bayangkan la klu setiap tahun dapat hadiah macam tu, dah la banyak, mana cikgu-cikgu kita nak simpan hadiah-hadiah tu semua? kesian cikgu kita nak kena beli almari baru nak simpan cawan set, frame gambar, mug yg student bg. student-student sebenarnya kena kreatif untuk mempelbagaikan hadiah hari guru. sebagai contoh, student boleh bagi sabun daia atau pun dinamo, ini lebih menyenangkan kerja cikgu kita sebab cikgu-cikgu akan memanfaatkan hadiah kita dengan menggunakan sabun utk basuh baju mereka, x pun student boleh bagi pelbagai set sos seperti sos cili, tomato, tiram dan sos ikan sbb cikgu kita boleh guna time mereka masak dan kita juga boleh hadiahkan set pencuci muka anti-penuaan. seperti yang kita tahu cikgu-cikgu kita mesti kebanyakannya dah meningkat usia dan hadiah kita tu boleh membantu meningkatkan keremajaan kulit mereka. cikgu-cikgu dah banyak berjasa pada kita kenapa tak kita balas jasa mereka dengan cara sebegitu? kenapa?
 
 
dulu abah aku selalu cakap, "long, kalau susah-susah tak tahu nak jadi ape, jadi je cikgu. senang keje, banyak cuti boleh balik kampung." orang lain termasuk abah aku selalu ingat yang kerja cikgu ni senang, banyak cuti, keje half day, tapi sebenarnya kerja cikgu nie berat sbb mereka ni lah orang yang bertanggungjawab untuk lahirkan doktor, engineer, arkitek, peguam, akauntan, juruterbang, saintis dan golongan-golongan yang bergaji tinggi yang lain. aku pulak bukan tak nak jadi cikgu, tapi kalau aku jadi cikgu sape lagi nak jadi benda-benda lain tuh? hahaha..klu aku jadi cikgu, dengan murid-murid aku sekali jadi tak bertauliah macam aku.
 
 
 dan dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer aku kat 
 
- Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2
- Sekolah Kebangsaan Bechah Laut
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai
- Universiti Teknologi MARA 
- Universiti Utara Malaysia 
 
semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.
terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ini.
 
 
 Nik Imana   
 

4 comments:

  1. hehehe..da tuh je student mampu beli..kekekekeke

    ReplyDelete
  2. xkan student sekolah menengah x de duit, brg avon boleh je beli..huihuihui

    ReplyDelete
  3. sugar2 kapas strawberry: hahaha..xkan student university pun nk bg mug jgk?

    ReplyDelete
  4. momoe: errrrr..mcm penah komen mcm tu..hahaha :D

    ReplyDelete