Loyal Followers

Saturday, May 21, 2011

ditelan mati emak, diluah mati bapak.


assalamualaikum


hidup memang tak selalu indah, kadang-kadang ada suka kadang-kadang ada duka, kadang-kadang ada senang kadang-kadang ada susah. bukan niat nak mungkir janji tapi mungkin takdir yang x nak kasi. bukan dipinta masalah dan halangan tapi mungkin masih tak berkesempatan. haihhh. ditelan mati emak diluah mati bapak, nak simpan dalam mulut lama-lama memang lah tak dapat. last sekali yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, ayam terlepas tangan bau tahi. hah peribahasa ape lagi yang sesuai? ape lagi?




- Iqbal Rahimi, saya minta maaf. -


 Nik Imana   

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sore.
 
 
waktu sekolah dulu-dulu, kalau esok nak hari guru mesti malam tu korang sibuk-sibuk suruh papamama makbapak mummydaddy korang beli hadiah nk kasi kt cikgu kan? kalau cikgu yg baik-baik x pernah marah student mesti selalu dapat banyak hadiah kan? tapi kalau cikgu disiplin yang suka marah-marah yang suka cubit perut yang suka pukul tangan guna pembaris mesti x dapat hadiah langsung kan? tak pun dapat la hadiah gelas ke tisu ke tuala sapu muka ke kan? 
 
 
kadang-kadang kesian kat cikgu, student-student ni selalu bagi hadiah mug, cawan set, tuala la, x pun frame gambar. bayangkan la klu setiap tahun dapat hadiah macam tu, dah la banyak, mana cikgu-cikgu kita nak simpan hadiah-hadiah tu semua? kesian cikgu kita nak kena beli almari baru nak simpan cawan set, frame gambar, mug yg student bg. student-student sebenarnya kena kreatif untuk mempelbagaikan hadiah hari guru. sebagai contoh, student boleh bagi sabun daia atau pun dinamo, ini lebih menyenangkan kerja cikgu kita sebab cikgu-cikgu akan memanfaatkan hadiah kita dengan menggunakan sabun utk basuh baju mereka, x pun student boleh bagi pelbagai set sos seperti sos cili, tomato, tiram dan sos ikan sbb cikgu kita boleh guna time mereka masak dan kita juga boleh hadiahkan set pencuci muka anti-penuaan. seperti yang kita tahu cikgu-cikgu kita mesti kebanyakannya dah meningkat usia dan hadiah kita tu boleh membantu meningkatkan keremajaan kulit mereka. cikgu-cikgu dah banyak berjasa pada kita kenapa tak kita balas jasa mereka dengan cara sebegitu? kenapa?
 
 
dulu abah aku selalu cakap, "long, kalau susah-susah tak tahu nak jadi ape, jadi je cikgu. senang keje, banyak cuti boleh balik kampung." orang lain termasuk abah aku selalu ingat yang kerja cikgu ni senang, banyak cuti, keje half day, tapi sebenarnya kerja cikgu nie berat sbb mereka ni lah orang yang bertanggungjawab untuk lahirkan doktor, engineer, arkitek, peguam, akauntan, juruterbang, saintis dan golongan-golongan yang bergaji tinggi yang lain. aku pulak bukan tak nak jadi cikgu, tapi kalau aku jadi cikgu sape lagi nak jadi benda-benda lain tuh? hahaha..klu aku jadi cikgu, dengan murid-murid aku sekali jadi tak bertauliah macam aku.
 
 
 dan dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer aku kat 
 
- Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2
- Sekolah Kebangsaan Bechah Laut
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai
- Universiti Teknologi MARA 
- Universiti Utara Malaysia 
 
semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.
terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ini.
 
 
 Nik Imana   
 

Sunday, May 15, 2011

memang aku bodoh criminal agaknya :(

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera atau selamat tengahari.


straight to the point, aku rasa aku memang bodoh criminal la agaknya. sem lepas pun carry mark criminal aku cukup-cukup makan. result criminal pun cukup-cukup makan je. sem ni aku jawab final pun boleh-boleh la setakat nak makan. tapi bila tengok markah mid-sem test tadi terus tak lalu makan. aku rasa hari tu xde la aku frust tak leh jawab mid-sem criminal. tapi rupanya sangkaan aku meleset, lepas ni malas nak sangka-sangka dah. aku rasa frust lah sebab aku dah bagi effort untuk subjek ni. tapi mungkin Allah tak nak bagi lagi kat aku. mane tahu mungkin Allah nak bagi aku dean list sem ni. haaaaa! jangan terkejut pulak orang loser mcm aku dapat DL. alhamdulillahhhh..eh2..aminnnnnn. ataupun mungkin aku ni budak baik, so aku x sesuai dengan bidang-bidang berkaitan criminal nie. ececehhhhh kalau aku ni baik, maksudnya xde la org jahat dalam dunia ni :)


aku rasa memang Allah nak tunjuk kat aku bahawasanya aku x de bakat untuk nak jadi Magistret ke, pendakwaraya ke, timbalan pendakwaraya ke sbb aku x reti criminal. mungkin aku dah boleh start tukar angan-angan nak jadi peguam syariah pulak tak pun keje bank je jadi legal advisor, boleh dapat bonus..hehehe..tak pun keje ngan firm buat civil suit, xde nak apply criminal lagi. ohhh sampai begitu sekali kekecewaan aku


lepas satu-satu masalah hidup
masalah teknologi
masalah diri sendiri
aku anggap tu semua dugaan musim exam
klu aku boleh hadapi dengan tabah
maknanya aku hebat! hehehe :)


semoga korang boleh hayati kekecewaan jiwa raga aku ni
bukan nak merungut, saje nak bercerita


 selamat menonton!
hidup mat luthfi, ang memang memahami aku.


 Nik Imana   

Tuesday, May 10, 2011

I stalk your profile.



OMG! OMG! td aku dengar satu lagu ni kt youtube, awesome gilosss!
dah la hensem, charming, suara sedap pulak tuhhh.
setahu aku budak ni orang Brunei, tu pun klu x silap lahhh.
jeng jeng jeng memperkenalkan,

#
#
#
#
#


JAZZ HAYAT


korang mesti dengar lagu ni
sape x dengar memang rugi..erk..



ohhh puak-puak stalker yg suka stalk profile bekas-bekas sekalian

lagu ni memang sesuai sangat ngan korang :)



 Nik Imana   

Monday, May 09, 2011

as the reds go marching on!



red is the colour, football is the game,

we're all together and winning is our aim!!



With Rooney and ronaldo and the magic at their feet.
There's no competition - in the English premier league
were the champions of the world
and were the greatest football team
as the reds go marching on on on
Glory, glory, Man United!


walaupun masa MU lawan Chelsea smlm aku tgh bertungkus-lumus study consti sbb hari ni aku ade exam tp aku tetap sokong team aku dari kejauhan sambil dengar sorakan budak laki tengok bola kt cafe. nk dikira sorakan tu sepatutnya byk la gol tp ok la tu 2 - 1..hehehe..
mane penyokong Chelsea kt sini mane? mane?


Manchester United & The Red Warrior,
We Are The Reds! 


p/s: esok aku exam Public International Law, 
sape-sape ada soklan spot bgtau aku, juling aku nk baca nota panjang sgt. =)


 Nik Imana   

mana satu boyfren korang?



hey! hey! hey! td aku duk borak ngan kengkawan sambil minum teh cicah biskut kering. ok kitorang borak pasal   nnt bila dah keje nak bakal suami keje ape? hehehe..topik perbincangan mmng berbulu giler tp itu masa depan wehhh, kena fikir jugak tu, kita kena memilih jugak tau. itu pada pandangan aku jela, korang punya pemikiran aku tak tahu, sbb bagi aku otak yang kacak lagi diperlukan berbanding muka yang kacak. muka kacak x boleh bagi kita senang, tp otak yang kacak dan cantik boleh bg kesenangan & kebahagiaan hidup pada kita sampai bila-bila. muka hensem lama-lama jd buruk tp otak yg hensem lagi lama lagi hebat. 
amacam teori aku? boleh diterima pakai x? hahaha..


antara,



PILOT



ARCHITECT



DOKTOR



PEGUAM



ENGINEER

hah, mane satu yang korang nak pilih jd bakal suami korang? yg mane? yang mane?
semua kt atas tu semua yang otak cantik-cantik semuanya...
selamat beramal :)


 Nik Imana   

Thursday, May 05, 2011

aku stress!


buat kesekian kalinya aku update blog aku utk bulan Mei yg mulia ni
bukan aku malas wehhh, tp aku byk urusan dunia nk kena buat, urusan alam maya ni aku x sempat nak ambik tahu, bkn sbb kering idea, idea tu byk tp kadang-kadang sbb xde masa nk menulis panjang-panjang, nak aje aku paste assignment aku kt dlm blog ni, wat entry..hahahaha..

aku tgh stress sbb universiti lain sume dah start exam dah lama dah tp aku tgh study week lg, org lain dah sibuk2 berjimba kt rumah aku pulak baru sebok-sebok bwk nota nak pegi amek final exam. org lain dah nk final paper, aku bru nk start first paper, mmng cis! cis! cis! sgt lah!

aku stress sbb byk gilossss ohhh buku nk kena baca, dah la semua masukkkk, naik juling mata aku baca buku yg font besar semut merah, kaler buku ala-ala kertas peta harta karun, tebal buku ala-ala karpet pakisan! aiseyman tension sungguh aku, klu baca terus faham x pe jugak, ni baca line sama sepuloh kali pun x phm-phm, baca Public International Law lg aku mereng, kenapa la dunia zaman dulu smpai skrg suka buat byk perjanjian itu ini, lepas tu gaduh-gaduh dgn negara lain masuk kes kat International Court of Justice (ICJ) lps tu kes-kes diorang skrg ni aku kena baca pastu kena hafal, bala apakah ini!!! menyesal dulu aku tido dalam kelas =,="

aku stress la baca kes criminal, geli gilossss ohh study 'rape'. td kt library aku p study tajuk 'rape'. geli dan keji la baca kes-kes rape ni, aku jd emo sbb ada yg perogol tp terlepas dr tuduhan merogol, aku rasa mcm nk p ckp je kt pakcik judge tu, x de rasa kemanusiaan ke? klu pompuan tu menggedik, pakai seksi2, contribute to the offence x pe la jgk, haihhhh! x cukup dengan pompuan ade pulak 'buggery with an animal' - ni kalau korang x tau p google translate x pun google search sbb aku nk tulis pun x sampai hati sbb bkn stakat ngan haiwan, ngan mayat pun ada, keji hina laknah sunggoh manusia-manusia yg buat perkara terkutok seperti itu! stupid punya orang!

yg paling aku stress ialah kenapa mak aku cantik tp aku x cantik mcm mak aku? kenapa? kenapa? kenapakahhhhhh? mana peginya genetik-genetik cantik dan kurus kepunyaan mak aku tu? kenapa tak terlekat kat aku? kenapa muka mak aku licin xde jerawat tp muka aku ada jerawat, kenapaaaaaa? aku rasa mak aku mmng awet muda sbb Loyar Lawa ckp mak aku mcm kakak aku, sobs..sobs..sobs..
tp ape-ape pun aku tetap bangga ada mak yg baik hati mcm mak aku, korang pun mesti bangga dengan mak korang kan? to show your proud-ness and support to mother's day campaign, please make your mum's picture as your profile picture on facebook as what i've done! :)


♥ you ma!
You're the best mum in the world! :)

 Nik Imana