Loyal Followers

Monday, April 11, 2011

sape soulmate kau.


soulmate. sape soulmate kau? ntah, aku pun x tahu sape soulmate aku, yg lagi penting aku x tahu soulmate tu ape. meh sini aku bgtau hang pa semua, soulmate ni dia mungkin x sama, x selari pandangan, x sama tinggi, x sama putih, tak sama frekuensi kenyaringan suara dgn kita, tapi dialah yang sudi menerima kita seadanya walaupun kelemahan kita tak terhitung banyaknya. Allah menciptakan kita dengan mata yang sama kandungannya, tapi pandangan berbeza. Alhamdulillah kelemahan kita yg orang lain paling tak suka, dia bleh je terima kita. nak jadi soulmate bukan senang, kena seiring dan sejalan, kena saling sudi, kena selalu tolak ansur. entah la, aku pun sampai sekarang x jumpa lg soulmate aku. sebenarnya aku confuse, soulmate tu boyfren ke sahabat? x kesah la boyfren ke sahabat ke adik angkat ke mak tiri ke besan ayah kau ke, yg penting soulmate kau tu yg boleh terima kau seadanya kau!



sampailah umur aku dua bulan lagi nak masuk 21 tahun, aku rasa aku belom jumpa lagi soulmate aku yg boleh share masalah suka duka dengan aku yang boleh share makanan dengan aku yang boleh share duit dengan aku yang boleh share bantal dengan aku yang boleh share topup dengan aku yang boleh share satu penyakit kulit dengan aku dan yang paling penting yang boleh share harta sepencarian dengan aku! hahaha..of course la, duit u duit i jugak, duit i, duit i lah, u jangan nk kebas. hahaha. nasib lah lelaki kalau dapat girlfren mcm ni.


teori aku mudah, soulmate ni bukan sesuatu yang aku perlu cari sebab dia akan datang sendiri. cuba fikir, x kan la bila kau tengok orang tu hensem kau rasa dia lah soulmate kau, kau p tackle dia, kau share masalah dengan dia, kau share duit PTPTN kau dengan dia, kau share harga diri kau dengan dia, kau share makanan dengan dan at last bila kau dah sedar, dia share semua hutang-hutang dia dengau kau. hahaha. masa tu kau menangis lari pitching pun dah x guna. aku bukan ape weh, aku rasa kita sebagai perempuan merangkap wanita x perlu la terkejar-kejar sangat nak carik boyfren. ada yg bangga sebab dia hot dia ada boyfren kacak dah bercinta bertahun-tahun tp hakikatnya tu bukanlah lelaki yang sebenar-benarnya untuk dia. mungkin lepas tu datang seorang lelaki yang biasa dari setiap sudut dan tidak sekacak bekas-bekas nya yg dulu tp datangnya lelaki itu dengan keikhlasan dan boleh menerima kekurangan dirinya.




siapa soulmate korang, korang pun x boleh jangka. aku sendiri pun x dapat nk menilai lagi siapa yg aku boleh jadi soulmate aku, yang boleh jaga aku seumur hidup aku, yang boleh menerima baik buruknya aku, yang boleh memberi kasih-sayang dan kehidupan yang sempurna utk aku. aku mungkin boleh list down kan apa kreteria lelaki yang aku nak, macamana ciri-ciri soulmate yg aku cari, tp aku tak boleh jangka siapa dan bagaimana yang akhirnya akan datang pada aku. cewahhhhh jiwang seyh ayat aku, x tau camne boleh tulis camni..hahahaha..ini la yg aku nk share ngan korang, tp aku x tahu samada korang faham tak maksud yang aku cuba nak sampaikan ni.


ok lah weyh, aku x tau nak mencarut apa lagi ni, kalau korang rasa ade something nak share dengan aku dan blogger lain pasal soulmate korang, boleh la mencelah kat sini. 
minggu ni aku byk keje, aku blah dulu.
babai! :)




 Nik Imana   

Wednesday, April 06, 2011

kau blogger jenis apa?


Assalamualaikum. rasa macam dah lama sangat abaikan blog, x update, x up-to-date, whatever-lah! with too many problems, assignments, presentations, activities, mid-sem tests, cases & articles to reviewed until i don't know how to describe it. and actually these are the things that i have to bear once i get into the law school. hate to talk about this. fullstop!


dalam masa aku update blog, sebenarnya aku ada jugak usha2 blog org, tu pun sebab ternampak kt news feed facebook dan notification yg berlambak-lambak dr sahabat blogger. bagus der, korang teruskan dengan hubungan antara blogger yg korang jalinkan tu, aku tengok mcm best tp aku xde peluang lagi nk join. 

"kau blogger jenis apa?"
"aku blogger yg tak bertamadun, aku rasa aku nak update, aku update-lah, aku rasa aku malas update, aku biarkan je blog jadi macam rumah hantu. kau pulak jenis mcmn? "


ada macam2 jenis blogger dlm dunia ni, ada yg jenis jadi blogger utk cari side income mcm buat butik online, contohnya --------------> SHAWL AYUCINTA
aku suka kottt online shopping kt blog dia, byk shawl shantek gua cakap lu, walaupun aku tak pernah beli tp aku saja nak suggest kt korang. jadi blogger macam dia ni disamping boleh dijadikan sumber pendapatan, boleh jugak tambah earning nuffnang. hahaha. 


dalam dunia ni ada jugak blogger yang berhati mulia yg mana mereka2 yg ber-blogging dengan tujuan ilmiah dan untuk share info dengan pembaca. dan contoh yang terbaik ialah
 blog kawan aku --------------> WAN IZWAN BLOG
blogger jenis ni diorang suka berkongsi pandangan ilmiah terhadap sesuatu isu atau tentang ilmu2 agama dan pengalaman2 hidup diorg.


aku suka jugak baca pasal kisah2 hidup blogger ni. ada blogger yang ber-blogging semata-mata untuk mengisi masa lapang dengan bercerita mengenai apa yang terjadi dalam hidup dia. best baca bila kita dapat tahu kisah hidup orang lain yg mungkin cara hidup mereka berbeza dengan kita.
 aku suka baca blog -------------> NURULISM
aku suka cara dia bercerita, mcmn dia dengan suami dia, mcmn perasaan dia masa nk dapat baby, mcmn hidup dia lepas ada baby dan mcmn dia hidup di tempat orang, ohhh sweet sgt tauuu. aku rasa para isteri yang tak bekerja patut buat blog dan jadi blogger mcm dia sbb at least diorg boleh share apa yg terjadi dalam hidup diorang, petua2 yang diorg boleh share pasal masakan, apa yang diorang masak utk family hari ni, it's such a good thing to be applied for a fulltime housewife :)


ade juga jenis blogger yang suka buat tutorial. tutorial cara nk pasang gadjet kt blog, tutorial cara nk pakai shawl/pashmina, tutorial guna adobe photoshop, mcm2 lagi lah.
ni ada blog classmate aku baek punya tutorial shawl/pashmina dia tunjuk kat hang pa
jeng jeng jeng ----------------> BLOG LOYAR LAWA
jangan lupa klik nuffnang yer, dia nk beli shawl baru 


ni pulak ada sejenis blogger lagi, ni bloger jenis suka cerita pengalaman dia duk kt oversea
aku suka baca ohhhh, walaupun dulu masa SPM aku mls blaja, fizik bio addmath aku dapat B, sbb tu aku x layak p blaja oversea mcm orang lain, tp aku suka ahh baca pengalaman2 org duk oversea, tengok tempat2 best yg blogger2 ni p jenjalan, tak dapat  kurang2 dapat tengok gambar pun dah kira ok bai!
utuk keterangan lanjut korang bleh usha blog ------------------->BLOG JOEGRIMJOW


sebagai seorang pelajar undang-undang, aku patut tahu dan patut selalu baca artikel pasal undang2, dan sepatutnya lah aku baca artikel2 blog yg dikeluarkan oleh master-master of the laws
ni pulak jenis blogger yang akan publish2 artikel yg berkaitan undang-undang dalam blog diorang, dah tu kalau dah kau keje lawyer mesti la kau kena tulis artikel pasal undang-undang, kalau kau doktor, kena la tulis artikel pasal perubatan, kalau kau ahli politik, mesti la kena tulis artikel politik mcm Anwar Ibrahim. hehehe. 
klu nak try baca korang boleh rujuk blog -----------------> ROGER TAN KOR MEE
manusia ini manusia hebat! Roger Tan pernah pegang jawatan sebagai Advocate & Solicitor (Singapore & Malaya), Barrister (Gray's Inn), Notary Public & Commissioner for Oaths, Writer & Ex-Malaysian Bar Council. kau mampu? aku nak jumpa pun aku takut. hahaha.



aku rajin aku update, aku malas aku tak update, tu lah jenis aku! 
blah lu, babai!

 Nik Imana