Loyal Followers

Friday, March 04, 2011

ini ujian, bukan peperiksaan! :D



Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah.
 Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. 
 surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud,
 “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.
Dan aku percaya Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya yang tidak mampu.


Ya Allah, bertimpa-timpa ujian yang kau beri padaku yang orang lain tidak pernah dapat membaca di luarannya dan jika inilah ujian-Mu kepadaku, maka tabahkan lah hatiku untuk menerimanya
Semoga kejayaan hidup di dunia dan di akhirat menjadi milikku :)


cool bebeh cool! 

 Nik Imana 

2 comments: