Loyal Followers

Thursday, January 13, 2011

review novel | cinta 3 suku


nie hanya quick entry pasal novel yg aku baca 2-3 hari lepas
kira mcm review la eh, saja nk share ngan korang sbb novel nie best woooo!
tajuk novel ni 'CINTA 3 SUKU' hasil nukilan Herna Diana
yg aku tau dia nie penulis muda, bru masuk industri tulis novel nehhh
mula2 tengok tajuk aku cam x leh nk bayang, mcmn la cinta 3 suku tuh
kalau org yg otak 3 suku nie aku tahu lah!


best doe novel nie cerita dia sempoi & ringan, sesuai utk bacaan remaja mcm kita
bkn la ke arah kesusasteraan melayu sgt, korang baca pun rilek sbb byk dialog2 kelakar
aku baca pun mcm terbayang2 watak Nurul Iman tu comel mcm Sharifah Amani
Kapten Azahari pulak aku bayangkan mcm Baim Wong pelakon Indon tuh
Dr. Razif mcm Fiz Fairuz & Kak Suhaila mcm Ayu Raudhah
hahaha..hebat x imaginasi aku? kang klu aku nk wat drama adaptasi dr novel ni
nie lah pelakon2 yg aku nk amek berlakon drama aku! hahaha..

aku review la sikit cerita nie eh
'Sketsa Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara minah sewel dan mamat 3 suku. Sejak itu pertemuan demi pertemuan tercipta dan yg anehnya setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran antara mereka. Nurul Iman (cesss nk dekat2 ngan nama aku) seorang gadis comel yg nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah angkat tersayang menjadikan dia sebatang kara dan dia dihalau oleh ibu tiri lalu membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Dr. Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih sayang. Kapten Azahari seorang juruterbang yg hanya dikenali sebagai Arie, pertemuannya dgn Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celupar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Sememangnya Iman & Arie tidak sehaluan tetapi haluan berbeza itu membawa mereka ke satu titik keserasian. Terjerat dgn keinginan Tok Wan utk melihat mereka bersatu sebelum menemui ajal, merka akhirnya terpaksa berkahwin. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupanya penuh onak dan duri...
selebihnya korang kena baca sendiri! :)

novel nie korang boleh dapatkan dgn harga RM19.90 je, kt MPH berlambak
x rugi kalau buat koleksi novel peribadi, murah je ponnn
aku mmng la x beli sbb aku lg suka pinjam! hahaha..
aku pun satu hari nnt klu x leh jd lawyer, aku nk jadi novelis
tp aku malu nk publish cerita aku kt sini..hehehe..nnt korang kutuk aku plak! :p

ok2 aku blah dulu!
Membaca Jambatan Ilmu

-selamat membaca-

lovessss,
Nik Imana

4 comments:

  1. lama x layan novel T_T

    p/s : konspirasi terpaksa ditunda pada waktu dan masa yang ditetapkan. hehehehe

    klik sini,
    jom cuti-cuti malaysia =)

    ReplyDelete
  2. hahaha..wokeyhhhh! aku tunggu :)

    ReplyDelete
  3. waaaaa...lama gila tak baca novel..novel ni mcm best je..huhu..dulu selalu baca novel akak aku..haha.. hye imana,,visit my blog taw...dan jgn lupa follow..follow taw..hehe..thanx follow..(wlaupun belom follow lagi..hehe)..-->
    http://aliefcmoi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. try la baca, tu pun klu betul2 ada masa free..:D

    ReplyDelete