Loyal Followers

Saturday, January 01, 2011

01.01.2011 | Faizal Yusof Meninggal Dunia


nie entry pertama aku untuk tahun baru 2011 nie
td bila bukak facebook terkejut bila tengok banyak status kawan2 
tulis pasal Faizal Yusof dah meninggal dunia pukul 2.30 ptg tadi
bagi mereka2 yg minat drama bersiri Adamaya kt TV3 mesti kenal dgn watak Dani yg dilakonkan Faizal Yusof, lakonannya sgt berkesan sehingga mampu memiliki peminat tersendiri


mengikut sumber dari Twitter, bekas suami Siti Nor Diana ini meninggal akibat serangan jantung dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi sebentar tadi
jenazah masih di tempat kejadian dan akan diuruskan untuk ke rumahnya di Sentul ptg nnt
sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Faizal Yusof atas pemergian yg x disangka2 nie, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman & diberi keampunan oleh-Nya..


tahun 2010 pun Malaysia dah kehilangan ramai2 orang2 yg berbakat
mcm Allahyarham Din Beramboi, Shamrin ( Fotograf) & yg terbaru Dato' Mustafa Maarof
aku sendiri pun tahun lepas dah kehilangan 4 orang kawan masa sekolah & universiti
aku kadang2 mcm x boleh nk fikir mcmn manusia boleh meninggal tanpa kita sangka
baru borak dua tiga hari lepas tgh sihat2 lg, tengok2 dapat berita dah meninggal
tapi semua tu urusan Allah S.W.T, kita manusia nie x boleh nk assume bila kita akan mati
aku nie pun hari ni tgh elok2 lg duk update blog, duk main facebook
tgk2 esoknya dah sampai ajal aku, siapa tahukan?


semoga Allah S.W.T. memanjangkan usia orang2 disekelilingku dan 
memelihara mereka dari segala bala bencana  & malapetaka di dunia.


"Dari Nya kita datang dan pada Nya jua kita pulang"

-Nik Imana-

2 comments:

  1. yanee! kena pcaya, kang klu aku mati nnt kau jgn x pcaya pulak..hehehe

    ReplyDelete