Loyal Followers

Monday, November 01, 2010

.Arwah Nik Mustapha b. Raja Hasan.

hye readers!

ini first entry aku utk bulan november. kt sini dah dua hari hujan x berhenti, aku x tau la petanda nk banjir ke ape. aku dah tido td tp terjaga kul 3 pg, x semena2 mlm nie aku termimpikan arwah atuk aku, Nik Mustapha Bin Raja Hasan. dalam mimpi aku, arwah atuk aku datang tersenyum kat aku, pastu aku terus terjaga. mungkin arwah atuk aku datang pada cucu sulungnya kerana ingin memberi peringatan bahawa, 'k.long, dah lama k.long x sedekahkan surah yasin utk tok ayah.' Ya Allah, lekanya aku, baru aku sedar yg sejak akhir2 nie aku jarang sedekahkan surah yasin untuk ahli-ahli keluargaku yg dah meninggalkan kami. kalau kat rumah, abah aku akan selalu pesan kat kami adik beradik kena selalu sedekahkan surah yasin pada arwah atuk & ahli keluarga yg dah pergi meninggalkan kita sebab kita hidup & kesenangan yg kita dapat atas dunia nie pun dengan harta hasil titik peluh mereka jugak, mereka bekerja keras utk kesenangan anak cucu mereka. sedar x sedar dah lebih 3 tahun arwah atuk aku meninggalkan kami semua. aku ingat lagi atuk aku meninggal pada 9 Jun 2007 yang mana esoknya ialah hari jadi aku. aku ingt lagi mase tu aku tgh cuti pertengahan semester masa aku form 5 kt MRSM Kuala Krai, sepanjang cuti tu pun aku dah bergilir-gilir jaga atuk aku kat Hospital Tanah Merah, masa tu aku ngan paksu jee yg selalu gilir2 sbb yg lain2 kerja. Masa tu paksu aku bru je dapat anak first tp dia sanggup jaga atuk aku walaupun kadang2 dia terpaksa tinggalkan isteri & anaknya yg baru berusia beberapa bulan. Atuk aku dimasukkan ke hospital aku x pasti bpe lama tp sbb dia ade darah tinggi, kencing manis & jantung (penyakit 3 serangkai). sepanjang tempoh tu, kami anak-anak & cucu-cucu selalu dtg melawat dia, tiap hari minggu kt dlm wad akan penuh ngan family kitorg dtg melawat, terpancar jelas wajah gembira disebalik wajah lemah atukku. lepas 2 minggu kt hospital, keadaan dia makin teruk, doktor ckp ade sakit buah pinggang, mse tu atuk aku dah nak ckp pun x boleh, bila aku jaga dia walaupun dia dah x mampu nak cakap, kadang2 dia senyum tengok aku, bila aku nangis dia pun mengalir airmata. dlm family aku kebanyakannya kerja dgn kementerian kesihatan, so kami x de masalah nk jaga atuk aku memandangkan makcik2 aku pun ramai nurse, diorang dah biase buat keje salin pampers patient, mandikan patient, uruskan makan minum patient, jadi bukan saru masalah utk mereka handle atuk aku mse tu. sakit atuk aku dah semakin teruk, masa tu jugaklah abah aku dapat tahu yg permohonan dia balik bekerja di Kelantan dah diterima dan permohonan maksu aku utk balik mengajar di semenanjung juga diterima. Abah aku terpaksa balik ke Pahang utk uruskan pertukaran sekolah adik2 aku memandangkan cuti sekolah dah nak habis. Masa tu jugak atuk aku terpaksa dipindahkan ke Hospital Kota Bharu (yg kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Zainab 2). Masa tu keadaan atuk aku dah teruk, dah x boleh cakap, dia mampu pandang je kitorang semua, dada pun turun naik turun naik, kat dada penuh dengan wayar situ sini, dengan alat bantuan pernafasan segala. esoknya aku dah nak balik asrama, alangkah sedihnya hati aku nk meninggalkan atuk aku dengan keadaan mcm tu. esoknya sebelum balik asrama aku jaga atuk aku & keadaannya masih sama, lagi teruk rasanya tp mase tu aku tengok mata dia bersinar2. mase tu abah aku ngah on the way balik dr pahang, setiap jam call tnye atuk aku. betapa beratnya hati aku nak tinggalkan atuk aku mcm tu, setiap kali tengok mesti jatuh air mata aku. hari tu aku balik asrama pakcik aku hantarkan sbb abah x sampai lg, aku mmng x sedap hati sgt smpai separuh jalan aku suruh pakcik aku patah balik, aku x nak g asrama lg, x kesah la ape nk jadi pun. kami terus g hospital & bila smpai sana aku tengok ramai sgt org, abah aku pun baru smpai, keadaan atuk aku dah makin teruk, kami bergilir2 baca suruh yasin, aku x tahu lah nk gambarkan mcmn sedihnya aku masa tu, nak menangis tp aku tahan sbb aku ingt pesan paksu aku, "na, walaupun mcmn sedih pun kita, kita kena tahan jgn bagi tok ayah nmpak kita menangis depan dia, nnt dia lagi sedih. kita kena kuat semangat, baru dia pun ade semangat nak lawan sakit dia" dan aku pegang kata2 paksu aku tu. makin lama makin tak teratur nafas atuk aku & masa tu abah & pakcik2 aku berbincang ngan doktor utk buang alat bantuan pernafasan yg atuk aku pakai, abah aku cakap kalau dia dah nak pergi pun biar lah dia pergi dengan tenang. selepas 2-3 minit buang alat tu, nafas atuk aku makin perlahan dan akhirnya pukul 6.10 ptg dia menghembuskan nafas yg terakhir. aku dan paksu aku hanya mampu bersandar di satu sudut hospital & melihat atuk aku menghembuskan nafas terakhir dr jauh, kami mmng dah x mampu nak tengok lagi. di kala itulah air mata aku mengalir laju dan dr satu sudut wad itu aku nampak paksu aku mnangis di bahu isterinya, pak uda aku menangis smbil ditenangkan isterinya, pak nik aku menangis smbil memukul-mukul dinding hospital, makcik2 aku menangis dlm pelukan suami masing2, nenek aku yg menagis di bahu sedara-mara kami dan abah aku yg begitu tabah hanya menitiskan setitis air mata smbil membacakan yasin di penjuru katil arwah atukku. 





gambar2 yg aku sempat amek masa ku jaga arwah atuk aku dulu. 
saja wat kenangan tp tiap kali tengok mesti menangis.

kat rumah nenek aku masa nak uruskan jenazah tu, aku nangis sungguh2, teresak-esak sampai bengkak mata.  lepas sorang2 datang tenangkan aku, satu pun aku tak pakai. aku sedig yg amat sangat sbb aku teringatkan satu peristiwa yg aku kenang sampai sekarang. dulu mse kecik2 aku x rapat sgt ngan atuk aku sbb family kitorg duk tempat lain, atuk aku pun jarang2 ade kt umah kt kg sbb zaman muda2 dulu dia selalu g kebun dia, seminggu sekali bru balik rumah. mase tahun 2005 aku amek PMR, masa tu perangai aku teruk gila, aku malas belajar, asyik main sukan latihan itu latihan ini, duk mesej sana sini sbb mase tu bru dapat hp, pelajaran ntah kemana, masa tu pulak abah aku keje kt pahang then xde sape nk nasihat & tegur perangai aku. lepas trial PMR tu bru aku sedar diri then dlm mase tu lah aku pulun belajar smpai akhirnya PMR aku dapat result yg boleh di katakan bagus dan melayakkan aku masuk MRSM.aku happy gila mse tu sbb x sangka dlm masa singkat tu aku push diri aku utk blaja tu aku boleh berjaya. tp bila aku bgtau abah aku psl result aku tu, abah aku ckp, "eleh tu je dapat? tu lah sape suruh main2 lagi masa belajar." aku pun merasa sangatlah sedih dgn kata2 abah aku tu dan aku x balik rumah pun, aku g umah atuk aku. atuk aku tanye dapat berapa result, then bila aku bgtau, aku boleh nampak dia gembira betul dia menitiskan air mata. terharu betul aku tengok. dia tanya aku abah aku ckp ape, then aku bgtau la aku sedih sbb abah aku ckp mcm tu, dia marah sangat kt abah aku, dgn serta merta dia panggil abah aku dtg rmh dia, aku ingt lg ayat dia, "knpe kau cakap kt anak mcm tu? anak dapat result bagus patut gembira bukan ckp mcm tu. kau ingat dulu kau pandai sgt ke? aku dulu x pernah marahkan kau walau ape pun keputusan peperiksaan kau." lebih kurang mcm tu lah ayatnya. depan2 abah aku jugak dia keluarkan duit sekeping RM50 dan bg aku. aku terharu sgt sbb yg aku tahu selama nie atuk aku nie dia seorang yg cermat, dia xkan bg duit kt orang senang2, then aku terharu sbb dia sanggup back up then marah abah aku smpai dia jatuhkan air mata yg smpai skrg aku x faham utk apakah air mata itu. sbb tu la aku sedih sgt bila dia x de, setiap kali aku dapat result exam, x kesah la SPM ke exam ape2 pun, klu aku dapat teruk mesti aku nangis, aku teringatkan atuk aku, klu aku kena marah dah x de orang nak back up aku lagi, dah xde orang nk marah balik orang yg marah aku lagi. itulah sebenarnya yg membuatkan aku sedih sangat2, walaupun dulu aku x rapat sgt ngan dia tp dia sanggup back up aku bila aku kena marah. dan masa tu baru aku sedar yg sebenarnya atuk aku sayang aku. tp sekarang dia dah x de, jadi aku kena belajar la defend diri aku sendiri kalau kena marah, dulu dia nak suruh paksu aku jd doktor tp mamat tu dah amek engineering, lepas tu dia suruh plak aku jd doktor tp aku plak skrg amek law. tapi x kesah la aku jadi ape pun  tp aku akan pastikan aku berjaya supaya nanti atuk aku akan rasa bangga ngan aku setiap kali dia balik jenguk anak cucu dia. kepada arwah atuk ku, Nik Mustapha Bin Raja Hasan, tok ayah telah berjaya mendidik kami, anak-anak dan cucu-cucu menjadi manusia yg berguna dan kami akan pastikan doa kami akan sentiasa mengiringi tok ayah.





nie sume gambar family aku blah abah

dan antara sebab inilah selama aku hidup 20 tahun atas mukabumi Allah nie, aku tak pernah celebrate hari jadi aku sebab aku rasa xde sebab aku nak bergembira, cukuplah sekadar bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan berharap supaya dapat lagi merasa tarikh 10 Jun tahun depan. lama aku amek masa nk tulis entry nie, dr kul 3 smpai la skrg, dr air mata jatuh berjurai2 smpai la dah kering. huhuhu. kepada sesiapa yg baca cerita aku nie smpai habis, sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah kpd arwah atukku, Nik Mustapha Bin Raja Hasan & arwah makcik ku, Raja Shuryani Bt Raja Man.

Al- Fatihah.

p/s: kadang2 aku x faham knpe ade org yg x hiraukan atuk nenek mak ayah diorg kt kg, ingat dah cukup besar la kot boleh pakai kete besar2 ade rumah besar2 keje best2, dia x sedar yg sume tu dtg dr siapa? atuk aku nie dulu x de la rapat mane ngan aku, dia meninggal aku dah nangis x berenti, klu jadi ape2 kt atuk nenek aku blah mama ku yg duk puja aku dr kecik tu aku x tau la jadi ape kt aku, gila agaknya.


cucumu,
Nik Nur Imana Bt Nik Li
0755 a.m. 1 November 2010

2 comments: