Loyal Followers

Saturday, October 30, 2010

.gomo kelate gomo.

hye readers!
seperti yang korang tahu mlm nie perlawanan akhir Piala Malaysia 2010
antara Kelantan menentang Negeri Sembilan
dan aku selaku rakyat Kelantan mesti la sokong negeri aku


Barisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha.
 sedikit komen peribadi aku untuk perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini
kita tak boleh nafikan yang pasukan Negeri Sembilan bukanlah pasukan underdog sebab mereka pernah merangkul gelaran juara mengalahkan pasukan Kelantan pada musim lepas dan sudah semestinya mereka pasukan yang hebat, tp itu bukan tekanan untuk pasukan Kelantan. Ya, mereka memang ada Rezal Zambery Yahya, Aidil Zafuan (laki rita rudaini), Shukor Adan , Idris Karim di barisan pertahanan, tapi itu tak bermakna kita perlu takut sebab pasukan Kelantan yang juga mempunya barisan pertahan yang teguh bhai, orang tak boleh kacau. 


yang paling aku suka pasal pasukan bola sepak negeri aku ni ialah semangat jati diri penyokong negeri Kelantan sendiri. Korang bayangkan eh, bila dah boleh masuk final diorg sume excited nak datang bukit jalil, nak bagi sokongan, walaupun FAM naikkan harga tiket tu x jejaskan sikit pun semangat diorang sume, setiap daerah hantar berbuah bas pergi KL dengan kos yg diorg tanggung sendiri, x kira lg budak2 u yg duk negeri2 lain yg sanggup charter bas nk g BUkit Jalil dan jugak sampai ada yang sanggup gadai motor semata2 sebab nak buat belanja datang bukit jalil. Bukan dekat bhai Kelantan dengan KL nie, mahu makan 6 jam lebih gak kalau nak bandingkan dengan Negeri Sembilan ke KL. Walau ceruk mana pun penyokong Kelantan nie tinggal, diorang mesti akan datang jugak, x kesah la kat stadium negeri mane pun pasukan diorang main, memang akan penuh jugak dengan penyokong Kelantan. Kalau xde semangat macam penyokong pasukan Kelantan nie maka xde la meriah mane arena bola sepak Malaysia nie, sebelum nie pun suam2 kuku je sambutannya.


Ok part semangat tu dah bagus dah tp yang aku lemah cket nie part attitute. Macam musim lepas sampai ade yang bakar kerusi stadium. Aku pun x leh nak cakap ape lah sebab mungkin ade la part yang diorg tak puas hati mase pertandingan tu, dengan pihak penganjur ke ape kita tak tahu, tapi sampai bakar2 kerusi tu mmng bg aku x patut la. aku ade dengar kat hot fm, pesanan dari MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz yang berpesan pada pemain dan penyokong Kelantan, "Gomo Kelate Gomo, tapi gomo tu biarlah berdisiplin dan menjaga adab kita."


  Set kito hok g jd penyokong nie jago la sikit perangai tu, behave molek sikit jange duk katok ore koksey duk wat munoh barang ore walaupun kadang2 ade benda yang kita rasa ore buat x adil ngan kita, tp mugo kito nie bukan ore x dop ilmu, set kito nie kebanyakan semua pakat ngaji tinggi2 kijo sedap2 blako patut bulih pikir la, semangat2 ugok tapi kena ado la limit sikit, jange bui malu ko negeri kito. narak ko tiap2 tahun nak tukar kerusi baru gak parok jgk boh. hahaha. kalau pun kita dop puah hati, lepas nie kita bulih mengadu pada saluran hok betul la, jange duk bertindak sndiri. kalau betul2 set penyokong nie sygkan negeri kito, tulom la jaga disiplin dan jange malukan nama baik kita sebagai Penyokong Kelate, tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi! ko guano set kito, walaupun aku dop g stadium tp aku pun sokong jugok mlm nie. set kito jange pecoh, gapo pun terjadi tu semua adat permainan.

Gomo Kelate Gomo!


-Nik Imana-

4 comments: