Loyal Followers

Thursday, September 30, 2010

.kenapa lelaki menangis?.

kenapa lelaki menangis? secara umumnya, kita tahu kaum lelaki susah sangat nak mengalirkan air mata berbanding perempuan..ada yang kata lelaki susah untuk menangis sebab ego & nak control macho..betul gak tu, tp korang tahu x sebenarnya lelaki pun menangis tapi mereka hanya menangis di dalam hati je, tu pun sebab kesakitan dan kekecewaan yang tak dapat ditanggung barulah diorg akan mengalirkan air mata yang susah nak mengalir itu..diorg tu menangis bukan macam menangis meroyan macam sesetengah perempuan nie, diorg mmng nangis tp ala-ala cool gitewww..hehehe..


kalau perempuan, biasanya kalau tngok movie yg sedih2 ckit pun da nangis tp lelaki nie x..mngikut pengalaman aku lah kan, biasanya kaum lelaki nie akan menangis bila perkara tu berkait rapat dengan keluarga & kisah cinta diorg..aku pernah nampak lelaki mengalirkan airmata bila paksu aku menangis bila kami kehilangan atuk aku, pakcik aku yg menitiskan airmata kerana kematian anak sulungnya semasa lahir, airmata seorang atuk yg terlalu gembira melihat cucunya yang mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan dan juga airmata seorang abah yang berjauhan dengan anak-anaknya utk bekerja mencari rezeki..


percaya atau tidak, adakalanya lelaki jugak akan menangis bila diorang kecewa bercinta..bukan la maksudnya bila gaduh je manangis, tp bila seseorang lelaki itu menyayangi seorang perempuan dgn setulus hatinya hingga sanggup merendahkan ego lelakinya dan bila cinta diorang dikhianati, kekecewaan itulah yg akan membuatkan lelaki menitiskan airmata..Airmata lelaki bukan bermaksud jatuhnya ego atau kalah tetapi ia menunjukkan kekecewaan yg tidak dapat ditanggung oleh hati..sesungguhnya bukan senang lelaki nak menangis sebab perempuan dan perempuan, kau patut menghargai kalau lelaki manangis sebab kau..
Dalam hadis Nabi saw bersabda:

"Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya. 
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya."


Percayalah disebalik ketegasan dan keegoaan yang ditunjukkan oleh lelaki, masih ada kelembutan dihati. Andai hati mereka sebagai lelaki tersentuh mereka juga akan bersedih tapi cara mereka meluahkan dan menghilangkan rasa kesedihan itu mungkin berlainan dengan perempuan. Berbanding perempuan yang suka menghilangkan rasa bebanan dihati dengan menangis...

p/s: ini adalah pandangan dari pengalaman diri semata-mata, tak ada kena-mengena dgn mana-mana lelaki atau perempuan...


- Nik Imana -

Tuesday, September 21, 2010

.Persembahan Tahniah.

Ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA
D.K., S.P.M.K



Sempena Perlantikan dan Pemasyhuran Sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim
Serta Jajahan Takluknya



Yang Merafak Sembah dan Junjung Kasih

Anak Cucu Raja Man Raja Abdullah & Nik Mustapha Raja Hasan


Takbir!!! Daulat Tuanku...

Monday, September 20, 2010

.penting ke hensem atau cantik?.

*peringatan! klu rse panjang sgt nk baca, tngok gambar jelah yer..hahaha..*




hi reader!
uwaaa..busy dowh raya nie smpai x sempat nk update blog
aku busy betul nie, x tipu lah!!! hahaha..
dan cuti raya yg lebih kurang 3 minggu yg aku nekad nk balik siapkan assignment & study utk test semuanya tinggal habuk je! wat berat beg aku je wat balik buku sudahnya angkut balik datang kampus nihhh!!!


ok2 sbnrnya nak tulis pasal benda lain..

"kalau rupa jadi taruhan, pudar sedikit berpaling hati"

senang cerita dalam bahasa mudahnya kalau kita menilai dan memilih org berdasarkan kecantikan & kesempurnaan rupa paras, jika pudar kesempurnaan itu maka beralihlah hati..
ini bahasa senang kalau korang x phm lg x tahu lah, pegilah tanya mana2 cikgu komsas ataupun lecturer retorik korang..hahaha..


aku yakin dan percaya kalau lelaki, stok2 pompuan yg jd pilihan diorg mesti gaya ala-ala


Lisa Surihani
aku yg pompuan nie pun mngaku lisa mmng cantik
kalau lelaki apatah lagi, klu dpt tp carik pompuan lain jgk aku x tahu la nk cakap ape lagi



Juliana Evans
si patung dalam cerita dongeng Sayang Cendana ni pun cantik gak
biasa lah klu kacukan tu jarang2 je yg x cantik..
alah semua pompuan yg lahir dr kacukan mak bapak dia sendiri mmng cantiklah! huhuhu..


dan bagi pompuan pulak, kira ikut mata aku la nie eh?
stok2 lelaki yg akan jd pilihan pulak ala-ala macam


Zul Huzaimy Marzuki
hensem ke? ada gaya la..
aku terpengaruh sbb tngok cerita Kau Laksana Bulan kat TV1 
mcm hensem je dlm citer tu, romantik lg...
hahaha..sengal2..


yg nie aku x tahu la ape namanya
klu x silap aku nie pelakon indonesia yg berlakon dgn Agnes Monica tu
aku pun lupa la citer ape, tp aku google tngok ade gambar dia, kira lulus la nk wat contoh kt sini..hahaha..



klu yg nie tngok gambar mst pompuan2 terpikat la kot
klu tngok live aku x tahu la pulak mcmn kan
tp rsenye mcm ade market jgk la utk wat contoh..hahaha..


ok2 berbalik pd tajuk
aku cuma nk ckp yg kalau korang pilih lelaki sbb muka dia hensem
sbb dia hidung mancung ke, ade janggut ke, rambut dia cacak2 ke, bulu kening dia lebat ke, bergaya mcm ala2 pelakon hollywood
pilih pompuan sbb muka dia cantik
sbb hidung dia mancung, bibir dia merekah, mata dia bundar, rambut dia cantik mcm dlm iklan shampoo, muka licin mcm x pernah tumbuh jerawat, cara jalan mcm model
kalaulah satu hari Tuhan tarik balik nikmat kesempurnaan yg Dia bg tu
adakah kasih syg korang tu sama mcm dulu?


contohnye la kan kalau pilihan korang tu accident
hidung dia kene wat plastic surgery, dah x mancung mcm dulu
nak ke korang kt dia lg mcm dulu?
kalau la si pompuan tu bibir dah pecah, tempang dh x boleh jln mcm model, kulit berparut sana-sini
nak ke lg korang kt dia?


itulah sbnrnya maksud
"kalau rupa jadi taruhan, pudar sedikit berpaling hati"

bkn nak ckp kt sape2, aku tulis pun utk peringatan diri sendiri jugak, mmng x salah utk mencari kesempurnaan dan nak dptkan yg terbaik tp kalau terlalu mengejar kesempurnaan, bila dah hilang dah xde maknanya lagi..
hehehe..pnjang plak entry aku nie..


dah2 la, babai ~

-Nik Imana-

Friday, September 10, 2010

.selamat hari raya.

hye readers!
sedar x sedar dah sebulan kita menjalani ibadah puasa
dan esok kita dah nak sambut raya!


dikesempatan ini saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
sejuta kemaafan dipohon andainya ada terkasar bahasa tersilap bicara di blog ini
semoga syawal ini akan memberi seribu keberkatan pada kita sekeluarga ~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas Daripada,
Nik Nur Imana Bt Nik Li

Tuesday, September 07, 2010

.boleh ke kita jd kawan lg?.

hye readers!
da lme da x update blog, biase la dekat2 nk raya nie busy cket
mane nk housekeeping, nk jahit labuci2 kt baju, nk wat biskut raya
macam2 la kan, tambah2 aku ni k.long lg la byk keje..hehehe..


berbalik pd tajuk entry aku td
"boleh ke kita jd kawan lg?"



credit to Iqtiyani Bashir

bagi aku, ia akan jadi boleh bila setiap pensel didatangkan sekali dengan pemadam
and why do i say so?
cuba korang fikir la ek, klu korang bercinta bagai nak rak tu
mesti la byk kenangan2 korang dgn pasangan korang tu
yang manis2 tu sume dialah yg masam2 pun dialah
and and do u think is that easy to erase all the memories and let the them go as 'let bygone be bygone'
cakap mmng senang yer tuan2 puan2
tp nak buat tu susah unless korang mmng couple main2 or x de prasaan syg pun kt pasangan korang tu, itu mmng la boleh jd kawan
and bukan stkt kawan je, korang nk ber'abang' ber'kakak' angkat siap pun boleh
mcm yg selalu budak2 skolah zaman skrg buat tuh..hahaha..


dan aku pulak mase zaman2 aku couple dulu
aku pernah ckp kt pakwe aku konon2 nye
'if after this kita xde jodoh, all i want is we still can be friend'
and pakwe aku jawab,
'boleh ke? u mampu?'


dan skrg baru aku sedar bahawa aku mmng x mampu pun 
nk realisasikan ape yg aku cakap tuh
it was left undone! hahaha..
dan kalaupun aku mampu tp besertakan dengan hati yg pecah
dan dan aku salute sape yg dulunya bercinta bagai nak rak
at the end clash and still boleh jd kawan baik ngan ex dia tu
sbb bg aku putus cinta akan datang sekali dengan putus sahabat 
dan dan kalau terjalin kembali pun ia x mungkin akan seperti dulu


"berkawan dengan 'bekas' umpama anjing mati 
yg mak kau cakap kau boleh simpan bangkainya"


babailah...

-Nik Imana-

Sunday, September 05, 2010

.bila setan jd orang.

Bila Cinta - Fili


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku



Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


p/s: lagu ini sgt sesuai buat mereka2 yg dulunya pernah jatuh cinta 
dengan seorang setan yg dalam hatinya ada taman ~

(=,=)'

sekian, terima kasih..


Saturday, September 04, 2010

.rumah manis rumah.

hye readers!
sory dah lme x update blog nie
ari nie aku nk tulis entry pasal rumah manis rumah 
ataupun lg senang korang fhm, 'home sweet home'



hahaha..korang jgn jeles sbb aku dah balik rumah since 30 hb lg
aku tau korang sume msti ballik lambat kan? kan? kan?
klu x 3 hb pun, mst 2-3 hari before raya kan?
ala ciannye..hehehe..
dan kini aku berada di tanah tumpah darah ku 
TANAH MERAH, KELANTAN


perhatian!!! 
ini logo geng2 Tanah Merah kt facebook
Dengan niat menyatukan anok-anok Tanoh Meroh,
tak kira maghi kut alik kampung mano sekali pong
duk kt negeri mano skali pong
kito semua tetap anok jati Tanoh Meroh...
jom pakat balik wat penuh sesak kt bandar TM tuh
yeah! hahaha...


kepada perantau2 yang still countdown nak balik raya
selamat pulang ke desa tercinta
pandulah dengan cermat di musim perayaan ini



pd yg dah balik kampung tu
ringan2 kan la tangan tolong mak bapak kemas rumah
yg anak dara tu tolong 2 la wat biskut raya ke kek raya ke
save budget skit raya thn nie...hahaha..

p/s: maaflah bahasa aku tunggang langgang cket kali nie, ade bahasa melayu ade bahasa dialek kelantan ade bahasa inggeris..kita kena lah flexible cket! hahaha...

-Nik Imana-

Wednesday, September 01, 2010

.tolong la baca.




dear abang,
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. 
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas..
abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... 
cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...


kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang





Dear Ayang,
bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...





-Nik Imana-