Loyal Followers

Saturday, July 17, 2010

.ok aku mmng x reti pakai heels.

Aku memang manusia yang dilahirkan tanpa kebolehan untuk memakai kasut tumit tinggi. Ya aku mengaku aku x hot sbb aku mmng x reti pakai heels dan aku yakin tak ada manusia yang boleh ajar aku pakai high heels, even kate perry pun mmng x bleh nk ajar aku. Bab high heels aku memang fail. Wedges yang lebih tinggi daripada 1.5 inci pun aku tak lepas. Nak wat mcmn kan, inilah aku si pencinta selipar2 flat sebagai contoh selipar penjajah (japanese selipar) Terok btul la wei kasut platforms budak sekolah pun lagi tinggi daripada selipar yang aku biasa pakai g kelas.

Seriously, aku terpegun dengan kebolehan model membuat catwalk sambil memakai kasut-kasut yang impossible. Tapi ternyata, even the best fall down sometimes.

Mulanya aku ternampak gambar Katie Fogarty jatuh semasa sedang catwalk di website Sartorialist. Aku pun tengokla video tu kat Youtube. Nampak sangat painful. Tapi dia maintain cool je, dia bukak kasut pastu sambung jalan barefoot.

Aku terjumpa video pasal model-model yang jatuh masa runway kt youtube. Aku rasa sedikit kesian kalau tengok model jatuh tapi rasa kelakar pulak kalau Miss Universe jatuh. Tu lah siapa suruh lambai macam retard.


Kasut yang buat Naomi Campbell jatuh masa runway 1993:


Hmm. Sadistik gila orang yang buat kasut ni.

Yang kt bawah nie gambar high heels race pulak. Bagi aku yang tak reti jalan dalam high heels ni, mereka kelihatan seperti wanita bionik yang ada superpower luarbiasa.


Mereka benar-benar sedang berlari ok. Tanpa kontrol ayu ke apa. Lihatla muka yang determined nak menang tuh.

Lg satu aku x paham la knpe wanita2 diluar sana tu sanggup tampal plaster kt tumit semata2 sbb nak pakai wedges dan heels yg tinggi mcm bukit. kalau aku la biar la x bergaya, asalkan tumit x merana. at last tngok penuh parut hitam kt atas tumit sbb melecet.
tp aku rse dgn profession aku yg akan dtg ni, aku kena blaja pakai heels. at least untuk praktikal kejap pun jadilah. dah 2 x kan lah pakai kemeja & blazer cantik2 last2 pakai selipar. oh sgt tidak logik! 


Nota Kaki: kalau ade org bg free pun kasut mcm Naomi Campbell tu, seribu tahun pun aku x kan pakailah! Simple2 sudehhh..kalau kau x nak aku sbb aku x reti pakai heels pun aku x kesah, skurang2nya aku x perlu jd org lain utk puaskan hati kau, wat penat je aku jaga hati org, hati aku ade org kesahhhh???


-Nik Imana-

4 comments:

  1. ;):):):)

    hee.. lawak3 .. tp sakit jugk..

    ReplyDelete
  2. nana bg la kasut free kt k.bel...mesti k.bel pakai haha

    ReplyDelete
  3. oh kak bel, klu saiz kaki kita sama x pe lah jugak..hahaha..

    ReplyDelete