Loyal Followers

Sunday, July 18, 2010

.aku mmng x phm knpe org suka puji diri sendiri.

Pertama sekali aku hanya mahu katakan bahawa aku menulis entri ini tanpa berniat nak attack sesiapa, aku tulis secara general. Tetiba dpt idea nk post entry mcm nie, so aku tulislah.


Aku sebenarnya rasa janggal dengan orang yang suka angkut bakul sendiri. Betul ke cara aku menggunakan pepatah ni? Aku baru belajar dari cikgu BM aku mse darjah 6 dulu. Kenapa orang panggil orang yang suka puji diri sendiri 'angkat bakul sendiri' eh? Ya betul! siapa lagi nak angkat bakul kita kalau bukan diri sendiri? Lagipun buat apa kita nak pergi angkat bakul orang lain? Tp mmng kita x boleh la nk angkat bakul sendiri, itu mmng weird ok! Aku rasa macam aku tak paham dari mana datangnya pepatah ni. Sesiapa yang tahu, beritahulah aku.

Anyway.

Tapi aku rasa semacam bila orang suka puji diri sendiri cantik atau kacak. Contohnya satu insiden ni dimana aku keluar dengan beberapa orang perempuan masa aku 17 tahun. Sesetengah tu rapat dengan aku, sesetengah tak. Seorang kawan telah bertanya kenapa lelaki di depan kami dalam bas asyik memandang ke arah kami. Ada seorang menjawab,


"They’re not looking at you guys la, they’re looking at me. Hahaha."


Sekali, dua kali, even lima kali, aku masih dapat menerima lawak macamni dengan sambutan ketawa tak ikhlas. Gelak sekadar nak menjaga hati pembuat lawak. Sebab lawak memuji diri sendiri hot memang tak kelakar. Hanya teman lelaki/teman wanita kamu saja rasa lawak macamtu comel dan kelakar. Kawan-kawan rapat yang gelak pun akan gelak untuk menjaga hati.


Kau cuba buat lawak macamtu dengan aku 20 kali, aku mesti malas nak layan kau. Bukan cemburu. Haih. Ramai orang dalam dunia ni lawa tau, bukan kamu seorang. Boleh berdarah telinga aku kalau kena dengar setiap seorang bukan saja cakap pasal diri sendiri, tapi puji diri sendiri lagi. Ramai orang cakap- layan saja lah, bukan dia kacau hidup kita pun, biarlah dia syok sendiri.


Lagi satu aku bosan dengar perempuan yang suka buat cerita macam kononnya dia hot gila, asyik kena ngorat, bla bla bla. Pasal pakcik jual kebab senyum kat dia pun nak cerita. Haih. Please lah. Benda tu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Kalau aku, aku rasa malu nak cerita kat orang aku kena ngorat. nie dah tahap terlebih self confident dah nie. maruah beb maruah. aku pun tumpang malu. =,="


Tapi seriously lah, macam mana sebenarnya cara nak layan lawak memuji diri sendiri yang tak kelakar ni? Terutamanya kalau kena dengar hampir tiap-tiap hari, serabut alam tau x?


Nota kaki: Aku baru tahu pepatah yang sebenarnya adalah 'masuk bakul angkat sendiri', terima kasih Dewan Bahasa & Pustaka!


yang masih boleh cool,
Nik Imana...
=)


6 comments:

  1. nk wat cmne..bajet howt kowt...
    tp aku lyn je org cmni...tp rmai ke kwn aku cmni???hehehe...sabar jelah nana erk
    ^_________^

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku redha la aku x hot, skurang2 xde la aku nk puji2 diri sendiri..kwn yg prangai camni ade la lebih kurang..;p

    ReplyDelete
  3. k.bel perasan dpt band5 haha
    ada org yg k.bel kenal..suke perasan laki nak kat dia..tp bila tanya lelaki tu...budak tu jawab "sape dia tu tak kenal pon" haha

    ReplyDelete
  4. hahaha..budak mcm 2 lagu haru biru hidup kwn2 dibuatnye..
    hahaha..kesian kot..:)

    kak bell, sama2 la kita kumpul band smpai ke jinjang pelamin..hahaha..

    ReplyDelete
  5. kelakar je org cmni...
    kdng2 layan best kot nana...
    tgk dorg perasan..
    tp aku skali perli je..
    mkan dlm pulak budak too nnt..
    tp de jgak yg wat2 bodoh..
    to lg la pelik..
    xde perasaan ke aper..
    ^____________^

    ReplyDelete
  6. aku x tau la jenis yg mcmn 2, psikopat kot..hahaha..puji plak dpn2 org rmai..klu stkt puji diri dia ok la lg walaupun sebenarnye meluat, tp yg x leh blah kutuk2 org plak..siyesly vengom btul..hahaha..

    ReplyDelete