Loyal Followers

Monday, May 03, 2010

kentut lagi!

aku x tau la knpe aku ske sgt tulis pasal kentut nie
mgkin sbb kentut nie unik kot
hahahha..yeke???
aku tak pernah terfikir pun pasal fakta saintifik kentut ni 
tp sebenarnya kentut berkait rapat dengan kesihatan kita
kalau tak percaya, baik korang baca…….



Kenapa kita kentut?
Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan. Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar
Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus.

Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.

p/s: Sebenarnya kentut merupakan antara nikmat Tuhan yang paling bes, betul tak? hahahahaha...

-Nik Imana-

No comments:

Post a Comment