Loyal Followers

Saturday, January 02, 2010

Tragedi 2009 (SANI EXPRESS)


Kalau korang perasan, Bas Sani Express ni warna dia merah menyala,
baru dan kebanyakannya jenis 2 tingkat...



mcm i sbgai student universiti,
memang bas express la cara utama nak balik klate terchenta!
Masa tu rasanya tak ada lagi bas jenis 2 tingkat ni.
Teringin jugak nak nak bas 2 tingkat..he..he..gediks!
Okey, back to cerita bas Sani Express...

i sangat terkejut bila mendengar berita kemalangan maut
di KM278.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.
10 penumpang maut dalam kemalangan 
Bas Sani Express pukul 1 pagi tu. 
Moga roh orang Islam yang maut dalam tragedi itu
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman … amin...



Biasa la kan, setiap kali ada kemalangan maut melibatkan bas express, macam-macam pendapat dikeluarkan. Bagi pihak keluarga yang terlibat, memang tidak sah kalau tak menyalahkan pemandu bas, atau syarikat bas. Malah ada yang menyalahkan pihak JPJ dan PLUS.Well, itu mmng x leh nk komen la kan, itu hak masing-masing . Tapi mengikut Sani Express, pampasan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas Sani Express di Ipoh tu. Itu menunjukkan pihat Sani Express tidak lepas tangan.

setahu i la kan bas Sani Express ni pulak baru berusia 3 bln
dan bas tu masih baru dan keadaan bas ada sangat tip-top.
Pulak tu bas Sani Express ni ada teknologi canggih Speed Limiter.
Speed Limiter ni membolehkan had kelajuan bas dikunci pada 97km/j.
So, pemandu tak boleh memandu melebihi had kelajuan.
Tambah lagi, ada sistem GPS yang boleh track berapa laju bas di bawa.
Kata CEO tu, bas hanya di bawa pada kelajuan 91km/j.
Pemandu pulak negatif ujian dadah.

Okey, berbalik kpd persoalan kenapa kemalangan maut
masih boleh berlaku walaupun kenderaan diselenggara dengan baik?
Sebab yang kita nampak paling jelas sekali adalah  KECUAIAN pemandu.

Dalam kes bas Sani Express nie,
pemandu mengakui dia terlelap beberapa saat.
Itu sebab yang jelas. Sebab yang kita tak nampak?
Sebab Allah dah takdirkan kemalangan tu berlaku.
Sebab ajal mereka yang meninggal sudah tiba.



Sewajarnya kita yang masih hidup ni mengambil pengajaran,
bknnye menunding jari sesama sendiri.
MAUT itu akan tiba bila-bila masa.
Kita perlu insaf, bertaubat dan sentiasa ingat bahawa
kita adalah makhluk Tuhan yang lemah...
Drpd nye kita dtg dan kpdnye kita pulang...

-Nik Imana-




No comments:

Post a Comment