Loyal Followers

Tuesday, December 29, 2009

isu2 panas penutup tirai 2009


2009 telah mencetuskan byk kontroversi
x kira la dlm industri hiburan ke
sistem perundangan Malaysia ke
sistem pemerintahan Malaysia pun byk
dan antara isu2 panas yg telah dicetuskan
oleh golongan2 tertentu sebagai penutup tirai
Tahun 2009 adalah:-

ISU 1
Bajet Tahun Depan Hampir Tidak Lulus di Parlimen

Bagaimana bajet tahun depan hampir tidak lulus di Parlimen kerana ramai anggota Barisan Nasional tidak hadir ketika pengundian dikira. Ini adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Implikasinya kerajaan sekarang terselamat hanya dengan tiga undi. Cuba kita bayangkan kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lima lagi menteri tidak hadir, apakah kerajaan sekarang sudah jatuh?
Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat malam 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, yang mana 63 orang Ahli Parlimen menolak, manakala 66 lagi menyokong. Dikatakan 70 lagi anggota Dewan Rakyat BN tidak hadir ketika pengundian itu diminta oleh pembangkang yang mungkin tahu ramai di antara mereka itu tidak hadir. Walaupun alasan yg dikemukan boleh diterima pakai kerana ada di antara mereka berada di tanah suci Makkah waktu itu selain daripada beberapa orang lain berada di luar negara untuk tugasan rasmi, yang lain tentunya boleh hadir. Apakah ini menunjukkan ramai ahli Yang Berhormat kita tidak memberikan tumpuan serius terhadap tanggung jawab mereka sebagai Ahli Parlimen, hanya mereka sendiri yang mengetahui.




ISU 2
Kehilangan Enjin Pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 

Peristiwa kehilangan enjin jet TUDM pula adalah sesuatu yang amat memalukan. Mulanya dikatakan satu enjin pesawat F-5E hilang. Itu saja pun sudah tidak masuk akal apatah lagi yang kedua lima bulan kemudian. Kini terbongkar pula bahawa pelbagai peralatan dan kelengkapan ketenteraan yang lain turut lesap.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyatakan kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan lain akan diketahui berikutan dengan pemeriksaan audit yang lebih terperinci yang sedang dilangsungkan sekarang.

Kehilangan dua enjin jet itu diketahui selepas audit dilakukan atas arahan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin yang sebelum ini menjadi Panglima TUDM. Beliau menyifatkan mereka yang terbabit itu sebagai pengkhianat negara. Hingga kini, tidak pula diketahui jenis peralatan dan kelengkapan yang hilang itu. Apakah ia juga termasuk berbagai peralatan yang sensitif dan berbahaya? Kerajaan sepatutnya sudah boleh jelaskan secara terperinci apakah peralatan ketenteraan yang hilang selain dua enjin jet F-5E itu. Dalam kes enjin itu, segala dokumen mengenainya juga hilang kerana tanpa dokumen itu, enjin berkenaan tidak mungkin boleh dijual. Tentunya dokumen itu disimpan di tempat yang difikirkan selamat, maknanya bukanlah dalam sebarang laci atau almari biasa.

Gambarannya tentulah kehilangan itu membabitkan pihak yang mengetahui selok belok sistem simpanan dan pengeluarannya. Tentunya ia mungkin membabitkan pegawai tinggi dalam TUDM kalau pun tidak di Kementerian Pertahanan. Apa pun dikatakan seorang Brigadier Jeneral dan empat anggota lain TUDM sudah pun dikenakan tindakan. Tetapi kini kedengaran banyak suara mereka yang terbabit harus dibawa ke muka pengadilan sebagai pengkhianat negara.

Ini adalah kerana peralatan strategik demikian hanya boleh di eksport dengan restu kerajaan di mana peralatan itu dibuat. Antara negara itu ialah Amerika Syarikat pembekal jet tempur kita selain pelbagai peralatan lain termasuk peluru berpandu. Negara lain termasuk Russia dan Perancis. Ia juga menimbulkan tanda tanya bagaimana selamatnya simpanan segala peralatan dan kelengkapan ketenteraan kita. Tentunya negara asing yang menjadi pembekal pelbagai peralatan pertahanan kita itu juga akan berasa cemas jika peralatan berbahaya demikian boleh jatuh ke tangan puak ekstrim dan pengganas.

Kesimpulannya ialah wujud kelemahan dalam sistem simpanan peralatan itu hingga enjin jet pun boleh hilang selain daripada pelbagai kelengkapan dan peralatan lain. Walaupun Zahid menjamin sistem rekod termasuk peraturan inventori segala kelengkapan pertahanan negara di Kementerian Pertahanan dan ketiga-tiga ketumbukan iaitu tentera darat, udara dan laut amat kemas, beliau tidak pula boleh memberi jaminan ia tidak boleh dibolosi. Ini bermakna sistem itu sendiri kini tidak kemas. Memandangkan kelengkapan ketenteraan yang disimpan termasuk pelbagai jenis peralatan tentera yang berbahaya dan sensitif, ia tidak harus boleh jatuh ke tangan orang lain. Oleh itu sistem inventori dan simpanan yang perlu diwujudkan sebolehnya 100 peratus terjamin kalis sebarang perlakuan tidak diingini termasuk kecurian.

Kemudian diberitakan pula enjin itu sudah pun dieksport ke luar negara. Ini juga menimbulkan pelbagai persoalan lain. Siasatan menunjukkan enjin pertama dibawa keluar dari tempat simpanannya di markas Skuadron Ke-12 Scorpion di Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di kem Sungai Besi pada 26 Jun, 2007, manakala enjin kedua pada 1 November tahun sama. Bagaimanapun, kehilangan itu hanya disedari pada Mei 2008 hampir setahun daripada kehilangan pertama. Anehnya, laporan polis terhadap kehilangan itu hanya di buat pada 4 Ogos, iaitu tiga bulan selepas jenayah itu diketahui.

Persoalan juga timbul bagaimana enjin itu boleh pula dieksport ke luar negara? Tentunya ia perlu mendapatkan persetujuan Kementerian dan pihak Kastam. Ini menunjukkan banyak persoalan yang perlu dijelaskan kerajaan untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat serta juga negara pembekal kelengkapan ketenteraannya.

(sumber dari Berita Harian)

Natijahnya, dalam isu kehilangan enjin pesawat ini
Malaysia akan menghadapi masalah besar.
Pembelian senjata dan peralatan ketenteraan daripada Amerika
ialah di bawah program Foreign Military Sales (FMS)
iaitu Kerajaan Amerika mengawal setiap senjata/peralatan ketenteraan
yang dijual kepada negara luar untuk menjamin
ianya tidak terjatuh ketangan negara yang disenarai hitam oleh Amerika.
Malaysia bertanggungjawab ke atas keselamatan
dan pergerakan peralatan tersebut.
Kehilangan barang2 tentera kali ini amat banyak,
termasuk log booknya sekali iaitu rekod penyelenggaraan peralatan tersebut.
Malaysia boleh dituduh sebagai agen atau
pusat penyeludup peralatan ketenteraan
ke negara-negara yang dilarang oleh Amerika.
Wahai pemimpin-pemimpin negara,
sekarang bala akan jatuh ke atas kepala anda semua.
Malangnya rakyat juga akan memikul sama.

-Nik Imana-

No comments:

Post a Comment