Loyal Followers

Tuesday, August 18, 2009

Gelombang Ke 2 H1N1

Masa i nak tido smlm tetiba dpt mesej dr my ex-rumet, Kak Lin

From: Kak Lin
Message: Elak dari penyakit berjangkit, baca "SALAAMUN QAULAN MIR RABBIR RAHIM" sebanyak 28 kali tiap2 hari semasa penyakit berjangkit ini berterusan..pls forward to all muslims...

I pun x tahu kebenaran mesej 2 tp sebagai muslim kita bertanggungjawab utk menyebarkan ape yg baik, semoga kita dilindungi dari wabak nie...



Bangun tido pg td, terdetik hati nk bukak Berita Harian Online
dah brape orang la agaknya mangsa H1N1 stakat nie...

TAJUK: GELOMBANG KEDUA H1N1 OKTOBER

Musim tengkujuh dijangka percepat wabak

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.

Menteri Kesihatan berkata, ketika ini Malaysia berada di tahap kecemasan kesihatan kerana angka kematian akibat H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Sekiranya kadar kematian disebabkan H1N1 melebihi 0.4 peratus, kementerian dengan segera akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan darurat kesihatan," katanya.

Beliau menjelaskan mengikut panduan WHO, peratusan kematian H1N1 dikira berdasarkan jumlah kes jangkitan dan didarab 20 serta dibahagi jumlah kematian.

Berdasarkan angka korban 64 orang dan 4,425 kes jangkitan sehingga semalam, bermakna
peratusan kematian H1N1 di Malaysia kini hanya sekitar 0.007 peratus.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan semalam, 284 pesakit lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala 33 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Liow berkata, beliau sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam berhubung status darurat kesihatan.

"Kerajaan mendapati negara belum di tahap untuk diumumkan darurat kesihatan kerana kadar kematian disebabkan virus H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Selain daripada jumlah kematian, kementerian juga perlu mengambil kira perkara lain seperti nasihat pakar kesihatan yang sedang memantau situasi virus ini daripada semasa ke semasa," katanya.


Kawan-kawanku, kita bleh lihat sendiri betapa seriusnye penularan wabak H1N1 di Malaysia skrg nie
Kita sebagai manusia tidak mampu utk menghalang wabak ini
Tapi 1 yang kita mampu buat sebagai seorang muslim
Banyak2 kan lah berdoa kepada Allah minta kita dilindungi

Tiba2 terdetik keinsafan dalam diri
bahawa kita manusia tidaklah sehebat mana
dengan kemunculan H1N1 saje kita boleh rebah...

Oleh itu fikir-fikirkan lah wahai saudaraku....

2 comments:

  1. takut nana
    ko kena pakai mask tau nanti

    ReplyDelete
  2. memang la nak pakai
    tp malas nk p beli kat PKU laaa

    nak rompak mask abah aku la
    byk2..

    hahahaha...

    ReplyDelete