Loyal Followers

Tuesday, January 20, 2009

Allah jua menentukan...



Seringkali kita dengar ayat yang selalu meniti dari bibir ke bibir bahawa "Manusia hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan"...
Tidakkah kita terfikir bahawa apa yang kita rancang juga telah terlebih dahulu dirancangkan untuk kita???

Manusia merancang..
Allah jua merancang..
Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang..

Oleh sebab itu, jika apa yang kita rancang itu tidak kesampaian kita tidak sepatutnya menyalahkan takdir kerana apa yang terjadi juga telah dirancang oleh Allah dan mungkin setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya...

Seperti juga diriku, aku hanya mampu merancang hidup dan masa depanku tanpa memikirkan kemungkinan yang berlaku...
Dan kini, apa yang aku rancangkan untuk hidupku selama ini semuanya sudah hancur...
impian hanya selamanya tinggal impian...
tapi itu tidak bermakna aku kalah, aku harus berusaha dan terus berusaha...

Untuk jangkamasa yang akan datang, aku akan terus berusaha untuk mencapai cita-citaku dan cinta???
biarlah ia datang dengan sendiri...
Sesungguhnya pinta hatiku sudah tertutup untuk insan yang bernama lelaki buat masa sekarang...

Kepada Ahmad Rahimi@Ahmad Syahrinmie Izhan...
Semoga kau bahagia dengan hidupmu...
Ubahlah diri untuk kau menjadi seorang yang lelaki yang terbaik untuk seorang wanita...

Mencintaimu adalah bahagia untukku...
Allah jua yang tahu...



No comments:

Post a Comment