Loyal Followers

Tuesday, January 20, 2009

Allah jua menentukan...



Seringkali kita dengar ayat yang selalu meniti dari bibir ke bibir bahawa "Manusia hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan"...
Tidakkah kita terfikir bahawa apa yang kita rancang juga telah terlebih dahulu dirancangkan untuk kita???

Manusia merancang..
Allah jua merancang..
Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang..

Oleh sebab itu, jika apa yang kita rancang itu tidak kesampaian kita tidak sepatutnya menyalahkan takdir kerana apa yang terjadi juga telah dirancang oleh Allah dan mungkin setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya...

Seperti juga diriku, aku hanya mampu merancang hidup dan masa depanku tanpa memikirkan kemungkinan yang berlaku...
Dan kini, apa yang aku rancangkan untuk hidupku selama ini semuanya sudah hancur...
impian hanya selamanya tinggal impian...
tapi itu tidak bermakna aku kalah, aku harus berusaha dan terus berusaha...

Untuk jangkamasa yang akan datang, aku akan terus berusaha untuk mencapai cita-citaku dan cinta???
biarlah ia datang dengan sendiri...
Sesungguhnya pinta hatiku sudah tertutup untuk insan yang bernama lelaki buat masa sekarang...

Kepada Ahmad Rahimi@Ahmad Syahrinmie Izhan...
Semoga kau bahagia dengan hidupmu...
Ubahlah diri untuk kau menjadi seorang yang lelaki yang terbaik untuk seorang wanita...

Mencintaimu adalah bahagia untukku...
Allah jua yang tahu...



Trip to Palace Of Justice...




Group I bergambar depan Istana Kehakiman bersama Puan Hamsiah & Kak Suzi


Tempat hakim2 negara


Istana Kehakiman Negara


ngah tunggu bas laaa...sempat lg posing...

CINTA DALAM HATI



Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu


Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku


Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku


Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


Monday, January 19, 2009

Broken Heart....










Lelaki memang tak boleh dipercayai...
hati aku dah hancur berkecai,dah koyak rabak...

tapi kenapa aku still ingat dia???

Ya Allah,tolanglah lenyapkan dia dalam hidup dan fikiran aku...

Kalau dia memang dikurniakan untukku,kau ubahlah dirinya...

dan kalau dia bukan untukku,kau kurniakanlah aku lelaki yang jauh lebih baik darinya...
Nana,hidup dengan semangat baru...

yuhuu...!!!